いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, December 25, 2010

Main-main Dengan Gambar dalam Majalah!

Bila difikirkan balik, main-main dengan gambar dalam majalah, best jugak kan? Heeee~


Ada lagi laaaaaaaaaaaaaaa. :)

Wednesday, December 22, 2010

10 Creative Doorstops

Ohh, sungguh comel mereka-mereka ini, bukan? :)


Ada lagi gambar...

Koleksi Gambar Keluarga. Menarik atau Pelik?

Assalamualaikum Semua!

Gambar keluarga menggambarkan sebuah keluarga. Hahaha, memang la kan. Dah nama pun gambar keluarga, memang la gambar tu gambar keluarga. ;D Jom jenguk mana yang ada!

Gambar lagi. . .

Tuesday, December 7, 2010

Tataplah Puas-puas Profile Facebook(versi lama) Anda

Assalamualaikum semua!

Hari ni hari kedua Leelee dengan profile baru Facebook yang semak. Tak best, tak best! Huuuu, tak leh tukar lagi~ Profile kita tu semak kiri kanan. Dengan atas bawah. Dengan tagged photos terjuntai. Sakit ja mata memandang.


Kepada sesiapa 'ter-upgrade' profile, jom la join satu page kat Facebook. Semua pakat dok komplen kat situ. Jom, jom! Kepada yang belum upgrade tu, jangan seronok sangat. Tengok la puas-puas profile anda tu. Nanti ada yang terubah sendiri.

*Pendek betul entri hari ni. :P

Monday, December 6, 2010

Profile baru Facebook Semak!

Assalamualaikum semua!

Huh, hari ni merupakan hari yang teruk buat Leelee. Dari pagi, sampai la sekarang. Aduh! Antara perkara buruk ialah:

1. ID terjatuh semasa nak kunci pintu rumah.

2. Handphone terjatuh selepas turun dari tangga.

3. Handphone strip pulak terjatuh.

4. Leelee hampir jatuh dari tangga.

5. Masa bergegas ke kelas Calculus, beg terbukak.

6. Masa masuk kelas Calculus, digelakan orang.

7. Terpaksa duduk di bahagian belakang dalam kelas Calculus (terlewat).

8. Satu apa pun tak paham apa yang diajar dala kelas Calculus (tak boleh tumpu. Orang kat depan tinggi sangat.

9. Masa beli makanan ; polystyrene terbalik.

10. Profile Facebook dah tak boleh tukar ke bentuk lama!

Yang last tu yang teruk tuu. Aduhai~ Silap betul tadi. Ingatkan, bila kita upgrade, boleh kita tukar pada yang asal. Rupa-rupanya tidak. Sepatutnya, kat tepi "GET THE NEW PROFILE" tu, bagi la warning yang kalau dah ubah, tak boleh patah balik! Ishh, geram betul!

Tengok, semak kan?

Cara 'deactivate' tu tak bertahan lama pun. Ramai yang menyesal, nak ubah pada yang lama. Apakan daya, yang lepas dah lepas. Waaaa, macam nak nangis ja bila tengok profile dah jadi huduh. :'( So, bagi yang nak upgrade tu, baik fikir beribu-ribu kali. Nanti menyesal tak sudah. Kalau suka, teruskan dengan niat tu.

P/S : Sebab hal ni, Leelee terpaksa batalkan entri ala artis Jepun untuk hari ni. Isk.

Sekian. :'(

Sunday, December 5, 2010

Ooh, Tidak!!

Assalamualaikum semua! :)

Sejak awal minggu lepas, perasaan gila akan J-Drama juga K-Drama dah mula muncul dalam hati ini. Aduh, susah betul nak buang perasaan ini. Ooh, tidak!! Sekali tengok, terus saja nak sambung lagi. Bila dah tamat, rasa nak menangis saja. Tak dapat terima kenyataan yang drama tu dah tamat, kononnya lah. Tapi, kenapa mesti setiap drama atau cerita kena tamat? KENAPAAAA?!!!

Alamak, ter'over' la pulak. Hahaha. Okay, okay. Balik kepada idea utama, Leelee nak bercerita sikit pasal sebuah drama Jepun yang diadaptasi daripada sebuah manga "Yankee-kun to Megane-chan". Drama ni, nak kata dah lama ditayangkan, baru jugak; nak kata baru, tak la baru sangat. Drama ni ditayangkan di Jepun pada bulan April 2010. Baru jugak ehh? Hehehe.


Drama ini mengisahkan tentang seorang yankee(budak nakal/samseng), Shinagawa Daichi(Narimiya Hiroki) yang tak tahu apa yang dia nak buat dalam hidupnya. Tak ada impian lah maksudnya, kan? Suatu hari, seorang pelajar perempuan yang bernama Adachi Hana(Naka Riisa) meminta tolong Daichi untuk membawanya ke sekolah kerana kakinya sakit ketika Daichi berada di tepi pantai.


Hari pertama di sekolah, Hana menjadi ketua kelas dengan keinginan hatinya. Dia sentiasa mendesak Daichi untuk terlibat dalam kegiatan kelas. Dia takkan mengalah selagi Daichi tak ikut katanya. Tiba satu hari, Daichi dapat tahu yang Hana merupakan bekas yankee.


Hana yang menyesal menjadi yankee, cuba mengubah dirinya menjadi perempuan yang biasa. Dia berusaha membantu Daichi supaya tidak membuat kesalahan sepertinya yang dulu. . . "Yankee akan tetap yankee", begitulah rakan sekelas mereka sering katakan. Menjadi seorang dipulaukan, terasing, memang menyedihkan.


Waaaaaaaa, drama ni memang bestttt! Siapa yang belum tengok tu, dipersilakan tengok. Tak rugi dehh. ;D Yang tak bestnya, cepat sangat drama ni habis. Haihhh.


Sekian. :)

P/S : Jangan lupa tengok, tau?! :D

Ada Apa Dengan Status 'SPONGEBOB PATRICK' Di Facebook?

Assalamualaikum semua!

Huhh, dah lama Leelee tak update blog kan? Huhuhu, idea tak dapat nak keluar. Tak kiralah berapa kali perah otak pun, macam tu jugak.

Okay, berbalik kepada tajuk entri kali ini. Selepas pukul 12 tadi, ramai pulak rakan rakan kat Facebook yang update status tentang kartun bawah laut. Benda kuning dalam laut yang hidup dalam sebuah nanas. Haihhhh, pelik pelik. Nampaknya, Leelee ni dah ketinggalan zaman agaknya, eh? Sudah la sekarang ni tengah obses tentang drama Jepun. Dengan tiba-tiba, FACEBOOK pulak dilanda dengan virus SPONGEBOB. Memang hangat la. Ishhhh, memang menganggu ketenteraman jiwa betul! Iskkk, nak layan drama Jepun pun dah tak ada mood.

Tadi, terlintas dalam kepala nak cari alasan virus ni tersebar. So, pergi la search dekat FACEBOOK untuk 'posts by everyone'. Fuhhhh, setiap saat empat lima status yang diupdate. Ada jugak yang menghadapi masalah sukar untuk memilih PATRICK ataupun SPONGEBOB. Semuanya PEREMPUAN yang update. Pelik kann? Yang lelaki, garu kepala saja. Kasihan.. :P

Lawak saja apabila membaca status orang yang tak tau hal ini. HAHAHA. Rasa macam ketinggalan zaman. Fuhh, memang rasa diri diasingkan, rasa bodoh saja. HAHAHA. Jom baca status yang ada.


Klik untuk imej yang lebih besar






Sekian. :)

P.S : Tadi baru ja tau. Hehehe, ingatkan hari Spongebob sedunia. Rupa-rupanya bukan. Haha. Nak tau sebabnya? Cari kat jawapan kat Yahoo! Ada kat situ. Elok jaaa. ;D

Friday, November 26, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 5)


Bab 5 : ‘SURPRISE!’

Mone masuk ke kamar dan teruk dimarahi oleh Yan. Dia melihat keadaan Zaty dan cuba untuk memujuknya. Akan tetapi, pada saat yang genting, pundi kencingnya pula penuh dan keinginan untuk ke tandas amat tinggi. Pada masa itu, ahli-ahli F5 mengambil kesempatan masuk ke dalam kamar. Mereka semua mengelilingi Zaty dan membuat muka tak puas hati. Leelee pergi memanggil Mone di tandas dengan nada marah kerana Mone mengambil masa yang lama. Tiba-tiba, Shekin masuk ke tandas dan mengucapkan selamat kepada Mone. Nasib ahli-ahli F5 agak baik kerana Mone tidak mendengar ucapan tersebut. Leelee kemudiannya menyuruh Shekin masuk ke dalam kamar untuk menyambut hari lahir Mone bersama-sama. Dia terpaksa menahan air kecilnya kerana disuruh ke kamar. Apabila Mone keluar dari tandas, Leelee terus menarik telinga Mone sambil marah-marah.

Sampai di kamar, dia tersenyum melihat ahli-ahli kamar berkumpul. Dia bagaikan sudah menghidu rancangan mereka. Mereka semua memarahi Mone tetapi dia masih tersengih-sengih. Zaty menangis dan Mone duduk di hadapannya. Mereka semua mendengar percakapan Mone dan Zaty. Mereka semua diam seketika.

“Mone, sebenarnya kami menangis sebab . . . Yan,hang sambung la, ”Zaty tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Laa. Hang la cerita.”

“Sebab . . .”

“ ‘Happy birthday’,” sambung Pika.

Mereka semua menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir versi bahasa Inggeris kepada Mone. Yan dan Syaza menabur bedak ke atas kepala Mone. Bukan itu sahaja,mereka juga memukulnya dengan bantal. Sekali lagi lagu Selamat Hari Lahir dinyanyikan oleh mereka.

“Happy birthday to you,”

“Happy birthday to you,”

“Happy birthday to . . . Mo . . . ne~, ”

“happy birthday to you !”

Mereka bertepuk tangan meraikan hari lahir Mone. Mereka bersalam-salaman sementara Pika dan Cikyu melakukan perkara yang tak senonoh kepada Mone.

“Minta maaf Mone. Hang dah tak suci, ”ucap Cikyu ketika bersalam dengan Mone. Mereka satu kamar ketawa dan gembira menyambut hari lahir Mone. Mungkin hari itu merupakan salah satu daripada hari-hari indah mereka semua.

TAMMAT

Huhh, dah tamat pun. merapukan cerita ni? Hahaha. Leelee memang tak reti buat cerita pun. ;D

Sunday, November 21, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 4)


Bab 4 : BUAT TERUK


Setelah pulang ke kamar, dia menukar pakaiannya kembali dan bersiap-siap untuk bersolat Isya’. Dalam pada itu, Zaty berada di dalam surau. Dia sedang mengarang ayat yang sesuai untuk menyambut hari lahir Mone. Apabila Mone masuk ke dalam surau, dia membuat bising dengan salah seorang yang berada di situ. Hal tersebut telah membuatkan Zaty berasa tertekan. Dengan muka ‘tension’nya, dia memarahi Mone. Mone merenung Zaty dengan pandangan yang tajam lalu menjeling kepadanya. Dia terus memakai telekung dan tidak mengendahkan Zaty. Sedang Mone sembahyang, Zaty keluar dari surau tersebut dan terserempak dengan Kak Chik yang menetap di kamar F2. Mereka bertegur sapa sesama sendiri. Zaty mengambil kesempatan untuk bertanya tentang ayat-ayat sedih.

“I miss my mom,” jawab Kak Chik.

“Bukan. Lagi sedih dari itu,” balas Zaty.

“Erm. Pi dok sana la.”

Zaty menggunakan ayat-ayat tersebut bagi mendorongnya untuk menangis. Hal ini adalah untuk menjayakan rancangannya. Dia pulang ke kamar dengan mata merah yang berair lalu menuju ke katil Leelee.

“Rasa macam nak nangis la. Sedih,” beritahu Zaty lalu mengesat matanya dengan tuala jingga.

Dia pergi ke katilnya lalu baring sambil melayan perasaannya. Mone meletakkan kain telekungnya yang telah dilipat di atas katilnya. Dia terus keluar tanpa menghiraukan Zaty. Mata Cikyu yang asalnya sedang membaca mesej di skrin ‘handphone’nya tertumpu kepada Zaty yang sedang menangis. Dia berbual-bual dengan Zaty dan disuruh memanggil Nanie.

“Nanie, Ty panggil. Acik tak tau sebab apa dia menangis,” beritahu Cikyu.

Nanie yang khusyuk mengulang kaji terpaksa berjumpa dengan Zaty. Mone yang memerhatikan Nanie berasa serba salah. Setelah berbincang dengan Nanie, Zaty meminta Nanie untuk memanggil Yan. Yan berjumpa dengan Zaty dan Nanie pulang ke meja ‘study’nya. Mereka berdua berbincang tentang rancangan seterusnya.

Tiba-tiba Yan meluru masuk ke dalam bilik ‘study’ dan memarahi Mone. Dia tidak putus-putus bertanya tentang apa yang telah berlaku dan apa yang membuatkan Zaty menangis. Suaranya kedengaran satu bilik. Suasana bertukar menjadi senyap sepi. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. Wana yang sedang membuat kerjanya berasa terganggu dengan suara nyaring Yan. Dia tidak lagi dapat menahan sabarnya. Akhirnya, sabarnya meletup dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Tambahan lagi,dia tidak tahu apa yang berlaku.

Saturday, November 20, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 3)




Bab 3 : KOAY TEAW SUP


Lampu pendaflour menerangi kamar F5. Along yang sedang tidur nenyak tiada siapa yang ganggu. Kelihatan Leelee sedang menulis karangan dengan kusyuk. Pika pula sedang menjemur ‘anak-anaknya’ di bawah kipas. Syaza masuk ke kamar dan menuju ke katil Leelee dan bertanya tentang karangan yang dikarang. Dia kemudiannya menukar pakaian untuk ke dewan makan.

“Syaza, betulkah malam ini makan koay teaw sup?” soal Leelee.

“Betullah. Selalu aku pergi hari Selasa makan koay teaw sup.Aku nak pergi gosok tudung ni. Sekejap lagi hang panggil aku di surau. Okay?”

Leelee hanya mengangguk dan meneruskan pengarangan. Pika yang selesai menjemur pakaiannya meminta karangan yang dikarang oleh Leelee. Dia membaca sambil ketawa. Masuk pula Mone ke dalam kamar untul bersiap-siap.

“Oi Mone, awalnya hang siap. Baru pukul 10.15,” tegur Leelee.

“Biasalah. Aku nak kena salin seluar lagi. Nanti lambat pulak.”

Setelah selesai menyalin seluar, dia disuruh menutup suis lampu oleh Pika. Dia kemudiannya ditegur oleh Pika kerana memadamkan lampu yang salah. Apabila Leelee melihat Mone hampir siap, dia terus mencapai tudung lalu keluar dari kamar dan mengunci pintu kerana enggan pergi bersama Mone.

“Wei, tunggu la aku,” ujar Mone dengan nada sedih.

Leelee membuka kunci pintu dan bersembunyi di tepi tangga bersama Yan dan Pika. Mone terkejut apabila mereka menjerit ketika lalu di hadapan mereka. Mone, Leelee dan Yan berjalan dan meminta Aini memanggil Syaza di surau. Mereka bertiga pergi ke dewan makan bersama-sama dan melihat penghuni-penghuni asrama lelaki beratur panjang untuk mengambil makanan. Syaza memberitahu dia ternampak makanan diletak di atas pinggan dan bukannya mangkuk.

“Laaa. Bukan koay teaw sup la. Ini semua hang punya pasal la Mone. Sebab hang, koay teaw sup tak ada. Buat penat saja aku mai,” ujar Leelee. Syaza menyokong kata-kata Leelee, begitu juga dengan Yan. Leelee pulang ke kamar kerana telah ditipu oleh Mone tentang menu ‘supper’ malam itu.

Setelah kesesakan penghuni-penghuni asrama lelaki reda, mereka terus masuk ke dewan makan kerana tahap kelaparan Mone bertambah dari masa ke masa dan tidak dapat dikawal lagi. Yan terus-menerus mencari gaduh dengan Mone yang buat-buat ‘cute’. Mone makan dengan lahapnya kerana tidak makan sejak petang tadi. Setelah selesai, Yan membaca doa sesudah makan dan meletakkan pinggan dan gelas plastiknya di hadapan Mone. Dia tanpa berkata apa-apa, terus bangun dan meninggalkan meja tersebut. Syaza menyusuli Yan dari belakang. Mone terpaksa mengangkat pinggan dan gelas tersebut seorang diri.

Oh, Lukisan Baru!

Assalamualaikum!

Sudah lama kawan Leelee yang seorang ni minta untuk lukiskan gambar dia. Dan akhirnya, pada hari ini, sudah siap pun lukisan! Mwahahhaha! Tapi, tak jadi pun. Nampak muka kartun saja. Hhahaha. Biasalah kan, lukis pun cincai sahaja. Lagipula, Leelee bukannya pandai melukis pun. Kira okay lah, kan? Heheheeh. Sekadar nak hilangkan rasa bosan saja.

---------

------

----

--

-

Ini lah lukisan tersebut. Zulfa namanya, sedap bukan? ;bb

Klik untuk imej yang lebih besar. :)


Friday, November 19, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 2)

Untuk baca Bab 1, klik sini.

Bab 2 : AIR MATA

Seperti kebiasaannya, bilik ‘study’ yang berlangsir jingga pasti akan separuh penuh selepas azan Isyak berkumandang. Penghuni-penghuni asrama perempuan tingkatan lima sedang berusaha berlipat ganda kerana peperiksaan SPM bakal tiba 8 hari lagi. Ada juga di antara mereka yang belum mula mengulang kaji walaupun sedar akan kehadiran SPM yang dekat. Ahli-ahli kamar F5 semuanya sedang mengulang kaji mata pelajaran yang penting kecuali Ama. Hanya dia seorang sedang membaca majalah Dara. Mungkin dia ingin menambahkan ilmu pengetahuannya agar mudah untuk membuat karangan.

Dalam pada itu, Zaty mengajak Mone berbincang tentang isi hatinya. Mereka pergi ke bilik seterika kerana keadaannya sesuai dengan tujuan mereka. Zaty memulakan perbicaraannya dengan Mone. Dia meluahkan segala-galanya tentang perkara yang telah dilakukan oleh Mone sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati. Zaty tidak lagi memendamkan perasaannya yang selama ini bergunung dalam hati. Hal ini hanya menambahkan beban dan masalah kepadanya. Bergelinang kolam matanya semasa menceritakan masalahnya kepada Mone. Dia menegur fiil Mone yang buruk.

“Mone, Ty tak puas hati dengan kata-kata Mone sebelum ini,” beritahu Zaty kepada Mone dengan nada sedih. Mone terasa dengan penjelasan Zaty. Dia memujuk Zaty yang telah menangis. Malam tersebut bagai memahami isi hati Zaty. Hujan renyai-renyai menambahkan lagi kesedihan Zaty pada saat itu.

Setelah selesai, Zaty keluar dari bilik seterika dengan senyuman. Dia seterusnya pergi ke bilik ‘study’ dan berjumpa dengan Nanie. Dia menceritakan perbicaraannya dengan Mone kepada Nanie.

“Nanie, tadi Ty tipu Mone. Ty kata Ty tak puas hati dengan dia. Dia rasa bersalah tambah lagi bila Ty menangis depan dia,” cerita Zaty kepada Nanie. Nanie tersenyum lebar mendengar cerita Zaty kerana cerita tersebut tipu belaka.

“Kasihan Mone,”ujar Nanie sambil senyum.

“Okaylah tu. Mula-mula kita buat dia sakit hati dulu. Selepas itu,baru kita buat dia ‘happy’”, jelas Zaty, mengangkat keningnya sambil tersengih-sengih bagai kerang busuk.

Thursday, November 18, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 1)

Assalamualaikum semua!

Hehehe, entri lagi untuk hari ini. ;D Cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah yang sangat dicintai oleh penghuni-penghuni di situ. Selamat membaca karya yang tak seberapa. Al-maklum lah, 'first time' tulis cerita yang agak panjang ni. Hihihihi.



Bab 1 : RANCANGAN


Tepat pukul 6.20 petang,kedengaran satu bunyi yang amat membingitkan telinga menandakan waktu makan malam telah tiba.Syaza yang agak kelaparan mempercepatkan langkah ke kamarnya,F5 yang telah mndapat anugerah kamar tercantik dan terbersih dengan mengumpul sebanyak 75% setelah selesai menunaikan solat Asar.Apabila tiba di kamar,dia terus mengejutkan rakannya,Mone yang sedang lena dibuai mimpi indah untuk bertanya sama ada dia ingin mengisi perut atau tidak.

"Mone,bangun Mone.Hang nak pergi makan tak?"Syaza membangunkan Mone lalu bertanya.

"Tak nak la,"balas mone ringkas.

Dia berasa tidurnya terganggu.Mimpinya yang indah belum sempat menemui kesudahan.Namun begitu,dia tahu bahawa mimpi tersebut sukar untuk menjadi kenyataan.Dia terus bangun dari pembaringannya dan terus duduk di tepi katil rakannya,Ama yang bercadar biru muda lambang sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Teknik Alor Setar atau lebih dikenali dengan panggilan Astech.Pada waktu itu,dia tidak sedar bahawa sang matahari mula mengundur diri memberi peluang kepada sang bulan untuk memperagakan diri.Dia hampir terpedaya dengan keadaan persekitaran yang hampir sama dengan waktu pagi.


"Ish,ingatkan aku dah lewat untuk ke sekolah!Rupa-rupanya Maghrib hampir menjelang.Nasib baik aku tak tanya Syaza tadi.Kalau tak,dah tentu dia gelakkan aku,"bisik hati kecilnya.

Mone memerhatikan Syaza yang sedang membangunkan Leelee untuk mengajak makan bersama.Setelah itu,Mone terus menuju ke tandas blok G,aras bawah untuk berwuduk seterusnya menunaikan solat Asar.Dia berdoa supaya Allah permudahkan urusannya ketika menjawab soalan peperiksaan SPM kelak.Setelah selesai,dia bersiap-siap untuk membasahkan dan membersihkan dirinya.Dia naik ke aras 2,blok G dan menuju ke tandas untuk merealisasikan hasratnya.Pada masa yang sama,Damie turut membersihkan dirinya di tandas blok G,aras bawah.

Ketika Leelee kelihatan ingin keluar dari kamar sambil memegang kain telekung serta anak tudung berwarna hitam,Damie menyoal Leelee sama ada dia ingin bersolat di surau besar atau tidak.Dia menerima jawapan negatif begitu juga apabila menyoal Mone.

ketika Mone pergi menunaikan solat Maghrib,Yan,Jart,Leelee dan Mas mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Odie.Mereka melanjutkan lagi perbincangan tentang rancangan untuk mengenakan Mone sempena hari lahirnya yang bakal tiba pada pukul 12 tengah malam nanti.Mereka bergelak tawa merancang perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada Mone.Mone masuk dan terus ke lokernya untuk membelek telefon bimbit.Apabila Cikyu masuk,Pika dengan sengajam menyoal Cikyu dengan nada yang kuat tentang rancangan yang akan dilakukan oleh mereka.

"Cikyu,kejap lagi nak buat apa kat Mone?"

"Baling tahi,"balas Cikyu dengan muka yang serius.Mereka satu kamar ketawa setelah mendengar jawapan Cikyu.

Gila J-Drama juga K-Drama

Assalamualaikum semua !

Sudah lama tak singgah sini. Janji pun entah ke mana. Hehehe. 'Time' cuti, ingatkan boleh la nak ber'blogging'. Ternyata, tak boleh jugak walau berdepan dengan lappy hari-hari. Aduhai~ Adakah ini yang dikatakan sibuk bercuti? :D Mengarut saja Leelee ni, kan? Hahaha.

Okay, berbalik kepada tajuk entri! Sejak mula trimester yang ke-2, Leelee mengesyorkan kepada housemate supaya menonton satu drama jepun, iaitu; "Mei-chan no Shitsuji" yang dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Mei-chan's Butler'. Selepas dari itu lah, si Natasha dah mula gilakan drama Jepun juga Korea. Disebabkan oleh ke'sweet'an jalan cerita, dia jadi begitu. Sanggup tidur lewat walaupun kelas esok harinya bermula pukul 8 pagi.


Mei-chan no Shitsuji

Seorang lagi, namanya Fatimah. Dia dari dulu lagi merupakan penggila drama-drama korea. Semakin menjadi-jadi keinginan mereka terhadap gelaja ini. Haihhh. Penyebabnya apa? Satu drama saja dah boleh menawan hati mereka. Betapa kuatnya pengaruh gejala ini. Kesannya, tidur tak cukup, tidur pun boleh termimpikan drama tersebut. Tambahan lagi, tumpuan dalam kelas tidak seratus peratus. Kadang-kadang fikiran melayang-layang memasuki dunia drama tersebut. Kesan yang teruk apabila sampainya 'final exam'. Hehehe, mengarut saja kan kesan-kesan tu. :P

Okay, tamat sudah cerita entri kali ini. Sambung nanti pula yaaa? :) Hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca.

P/s : Untuk contest tu, lain kali ehh? Hehehe.

Saturday, October 9, 2010

Berhabuk!

Assalamualaikum rakan-rakan,

Fuhh, dah lama betul tak update blog. Berhabuk kan? Huhu. Sibuk betul sekarang. Aduhai, nak online pun susah. Internet lambat, kalah sloth. Jenuh nak tunggu. Sehari pun tak habis nak load satu website. -.-

Esok lusa dah final. Wahh, cepat benar kan masa berlalu? Terasa bagai semalam baru daftar masuk uniten, dah nak habis trimester 1. Teruk, teruk, teruk! Tak tahu macam mana. Study pun tak berapa nak reti. Kalau faham apa yang dipelajari, nak jawab soalan tak reti. Masalah sungguh! Fuhh. Takut sekali!

Hurm, okay lah. Sampai di sini sahaja. Nanti Leelee update lagi. Mau study sampai jadi panda nih. Hehe, doakan kejayaan bersama! Ingat, setiap perbuatan baik, pasti akan dapat balasan yang baik. Tak rugi, kan? Hehe. ;D

P.S : Nanti, Leelee akan adakan satu CONTEST yang amat mudah! Nantikan entri berikutnya, ya?! ;D

Wednesday, August 25, 2010

Si Betina Gatal !

Assalamualaikum semua, oh para pembacaku yang setia. :P

Ini merupakan entri kedua pada bulan Ogos ini. Whoa~ semakin bertambah bulan, semakin berkurang entri. Sampaikan boleh buat hipotesis pula. :) Huhuhu. Apa boleh buat, ilham tak ada. Jikalau Leelee tulis entri tentang diri Leelee, entri yang seperti diari yang sepenuhnya, sudah tentu bosan. Tiada siapa yang mahu baca, bukankah begitu? :)

Hari ini merupakan hari yang agak baik. Kelas pun ada 2 sahaja. Kelas Bahasa Inggeris, pensyarahnya tiada. Akan tetapi, ada pula kerja yang dia tinggalkan. Hari Khamis ini dia mahu tengok. Teruklah, satu apa pun tak buat lagi. ~.~ Itulah yang buatkan kami lemah. Seterusnya, Leelee dengan bangganya ingin memberitahu bahawa Leelee telah berjaya pergi ke Upten ( foodcourt yang terletak di pintu belakang Uniten) seorang diri. Yeah!! First time kot seorang diri pergi. Betul lah kata orang, apabila kita terlalu terdesak, kita akan mampu untuk menghadapi cabaran yang sedang kita hadapi.

Ehh, terlajak lah pulak. Berbalik kepada tajuk entri, " Si Betina Gatal ". Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, petang tadi yang pada waktu itu, azan waktu Maghrib sudah berkumandang. Leelee ternampak satu aksi yang panas dan juga aksi manja di tepi jalan. Ya Allah, si betina cuba menggoda si jantan dengan melakukan aksi panas ! Tak senonoh betul ! Pada mulanya, si jantan tak layan pun. Si betina tetap tak putus asa. Ya la, macam mana si jantan tu nak layan kalau ada orang yang lalu lalang kat situ. Betul tak? Apabila 'line' sudah 'clear', si jantan pun mulalah menunjukkan belangnya. Terus sahaja dia 'ngap' si betina tu. Si betina tu pula, bukannya nak melawan ka apa. Dia dengan relanya terima apa yang si jantan tu buat. Haishhh, memang tak senonoh. Sudah la waktu Maghrib. Leelee tak sempat nak ambil gambar atau pun video sebab masa tu, Leelee belum lagi berbuka. Maklum lah, terlambat beli makanan.

Apalah yang nak jadi dengan kucing zaman sekarang. -__-' Waktu Maghrib pun menjadi. Kucing sudah menjadi haiwan yang tidak malu. Perlukah kita memansuhkan peribahasa "malu-malu kucing"? :)

Wednesday, August 18, 2010

Ooh UNITEN, Teruknya Aku!

Assalamualaikum semua ! :)

Sudah lama blog ini tak diupdate. Berhabuk teruk, kan? Proses mencuci mengambil masa yang agak lama. Maaf para pembaca setia ku. Masa yang panjang diperlukan untuk memikirkan penulisan yang seterusnya. :P Lagi pula, sekarang ini Leelee 'agak' sibuk. Macam-macam terjadi. Itu, ini. Aduhai~


Okay, berbalik kepada tajuk asal. UNITEN, sudah hampir dua bulan Leelee belajar di sini. Akan tetapi, masih tak dapat nak menyesuaikan diri. Rasa menyesal datang sini. Aiyaaa. ;( Kawan pun tak ada. Lagi la teruk. Salah siapa? Diri sendiri, semestinya !

Minggu lepas, sepatutnya Leelee pulang ke Kedah. Disebabkan program Campus Survival yang diadakan pada sabtu lepas, tak jadi Leelee balik Kedah. Oleh sebab SCORUN dan berkaitan dengan assignment jugak. Leelee terpaksa berkorban. Memang boring tahap semasa program itu dijalankan.

Berikutan merupakan gambar yang berjaya diambil. :)


Letih tengok orang hias booth. Hahaha. Dari jauh, nampak cantik pulak kan? :) Leelee terlibat dalam persembahan bagi kelas kami. Menari, main-main atas pentas dengan kain kuning yang dipinjam dari kelab ASTENA. Baju hitam kami kena pakai. Agak baik jugak persembahan kami. Leelee ja yang buatkan persembahan tu nampak teruk, berterabur! ;( Dah la tak tau nak buat apa semasa lagu diubah. Semua pakat tengok sesama sendiri. Hahaha, okay lah jugak dari tercengang kat depan tu. :)

Cerita sudah habis. Huhuhu, langsung tak MENARIK~ -___-' Itu sahaja yang Leelee mampu tulis. Sudah, Jumaat ini ada test Fizik. Hurm, macam mana lah nanti~ Nak study, tak reti pulak. Kenalah reti-retikan. . . . Setakat ini sahaja untuk malam ini. Sekian~

Tuesday, July 13, 2010

Kedah VS Selangor. Mana Lebih Baik?





VS


Assalamualaikum~

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Disebabkan Maksu mencadangkan tajuk entri kali ini, Leelee pun terimalah. Okay jugak kalau nak tulis tentang pengalaman ini.

Dari Kedah ke Selangor, negeri yang banyak beza dari segi percakapan mahupun budaya ataupun adat. Jika di Kedah, orang-orangnya bercakap agak kasar kedengaran. Lain dengan Selangor, lembut sahaja didengar.Itu adalah perbezaan antara percakapan. Kira Selangorlah yang menang. :D

Maksu serta Paksu.

Seterusnya, perbezaan dari segi adat pula. Orang di negeri Selangor mengadakan kenduri perkahwinan selama dua hari( rasanyalah ). Itu pun, Maksu yang beritahu. Kalau di negeri Kedah pula, sehari sahaja kami buat. Taklah lama-lama sangat. Nanti naik boring pula, kan? Hehehe.

Sepanjang di Selangor ini, Leelee rasa memang tak best. Rasa nak balik, tapi tak boleh balik pula. Memang tak best! :(( ( Tu baru duduk tak sampai 2 minggu) Huhuhu. Hidup segan, mati tak mahu. Rasanya sesuai kot peribahasa itu dengan hidup kat sini.

Whooaa~ Banyak betul masalah yang perlu diatasi. Yang pertama sekali, ketakutan yang tak mungkin akan hilang. Uishhh, memang susah. Dari dulu lagi memang macam ni. Nak pergi kedai seorang pun takut, apatah lagi nak bercakap dengan orang dekat kedai itu. Susah, susah. Hishh. Silap besar kot datang ke sini. Tak syoq terus.

Tapi, duduk sini, boleh jumpa dengan si Haris yang suka membebel. Bergolek-golek, bersama-sama. Tetap tak best. Hahaha. :P

Paksu Haris.


Kesimpulannya di sini, negeri sendirilah yang paling terbaik. Di sini, memang susah nak jumpa orang Kedah. Ada itu, memang lah ada. Tapi, susah nak cam. Mereka seperti menyembunyikan identiti sendiri. Tak sampai sehari, dah tukar loghat. Itu yang tak best. Apa-apa pun, HIDUP KEDAH!!!




Peribahasa Ooh Peribahasa

Assalamualaikum anda-anda. :)


Hari ini, Leelee ingin membuka tajuk tentang PERIBAHASA. Kadang-kadang, Leelee terfikir, "mengapakah peribahasa tersebut begitu?". Rasa ingin tahu pun datang. Akan tetapi, siapalah yang ada jawapannya? Siapalah yang mencipta peribahasa-peribahasa tersebut?


Bagai Kacang Melupakan Kulit.

Bagai kacang melupakan kulit bermaksud seseorang yang melupakan jasa baik seseorang kepadanya. Persoalannya di sini, mengapa orang yang mencipta peribahasa ini menggunakan kacang? Kenapa tidak dia menggunakan jagung, durian, ataupun epal? Tidakkah anda terfikir kenapa? Dalam kes ini, kacang tidak bersalah. Hal ini kerana, dia bukannya sengaja mahu meninggalkan kulit. Orang yang makan kacang yang sebenarnya bersalah kerana dia telah memisahkan kulit daripada kacang. Memang tidak patut, kacang pula yang dipersalahkan dalam hal ini.


Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum.
Peribahasa ini bermaksud, apabila kita ke tempat orang, tersebut. Kita akan mengikut budaya tempatan. Kita akan sesuaikan diri di tempat tersebut. Dalam peribahasa ini, pencipta menggunakan Kambing dan juga Harimau. Kenapalah pencipta tidak menggunakan haiwan lain? Contohnya Kucing, Gajah, Lembu dan juga Kuda. Adakah kerana Kambing dan Harimau ada kaitan? Siapa yang tahu?


Ada Udang di Sebalik Batu.
Ada udang di sebalik batu bermaksud ada muslihat atau niat di sebalik sesuatu perbuatan yang baik. Ada apa di sebalik batu? Udang? Ikan ada tak? Banyak lagi binatang yang ada berdekatan dengan batu, tetapi, kenapalah pencipta ini memilih udang? Pelik juga. Ada juga ikan yang hidup di sebalik batu. Bentuknya seakan-akan ular. Rasanya, jikalau ikan itu digunakan dalam peribahasa ini, lebih sesuai. :P


Babi Merasa Gulai.
Maksudnya ialah, menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. Kenapa pilih Babi? Adakah sebab Babi itu sangat hina? Adakah kerana Babi sangan lurus? Pelik, Babi juga yang dipilihnya. Tiada binatang lain lagi kah? Keldai juga ada bukan? :)


Belut Jatuh ke Lumpur.
Peribahasa ini pula bermaksud, senang sekali. Belut digunakan dalam peribahasa ini kerana badannya licin. Teramat senang untuk jatuh jika kita memegangnya.Oleh sebab badannya yang berlendir. Akan tetapi, ada juga ikan yang badannya licin. Antaranya ialah ikan Keli dan juga ikan Semilang. Badan mereka juga licin. mengapa pencipta peribahasa ini tidak memilih mereka? Mungkin beliau ingin memilih binatang yang terbaik sahaja.


Lima sahaja yang Leelee boleh ulaskan pada malam ini.*Ulaskah begitu? Hehehe, pandai-pandai saja meng'komplen' pasal peribahasa ni. sudah orang cipta itu, sudah la. Terima saja hakikatnya. :PP Apa pula pendapat anda tentang hal peribahasa ini? Kongsi la yaaaa. Oke lah, nak tidur kot. Nak siap-siap juga untuk esok pagi. Hehehehe. Daaa.


Assalamualaikum~
Sehingga bertemu lagi di lain ENTRI. :) Selamat Malam. ZzzzzZZzz

Friday, July 9, 2010

Aku Keseorangan :(

Assalamualaikum~

Hari ini ialah hari Jumaat, 9 Julai 2010. Ditakdirkan oleh Allah yang housemate aku semua pulang ke rumah masing-masing. Jadi, tinggal lah aku disini, keseorangan. Melayan kesedihan, memikirkan masalah yang datang. Waaa, sedih kena tinggal seorang. Harap-harap, boleh la balik esok hari. Maksu pula tak angkat telefon, risau ni. Takut tak boleh balik saja esok. Hari ini, langsung tak keluar rumah. Takut punya pasal. Aiyoo. O__o Kalau ayah tau, memang sah-sah kena marah. Susah laa.



Oleh sebab itu, untuk mengisi masa lapang, Leelee pun online la. Dari pagi sampai lah malam. Huhuhu, malam-malam takut sorang-sorang. Oleh itu, Leelee bukak lagu untuk menghilangkan perasaan takut ni. Hehehe. T__T

Nak BALIK~ :((

Monday, July 5, 2010

Cara-cara Mempopularkan Diri

Adakah menjadi seorang popular itu sesuatu yang seronok? Hurm, mahukah anda menjadi seorang yang popular? Kalau mahu, silakan baca entri ini. Hehehe. Ada la sedikit tips untuk menjadi popular. Kalau nak ikut, boleh saja. :))


Antara cara-cara mempopularkan diri ialah ;



  • Berjalan-jalan di depan khalayak ramai dengan memakai pakaian dalam sahaja.
  1. Cubalah anda berjalan dengan selambanya di depan khalayak ramai, semestinya orang akan memandang anda. Semua mata akan tertumpu kepada anda. Semestinya, akan ada orang yang mengambil gambar anda. paling kuat pun masuk surat khabar.


  • Menari atau menyanyi di atas meja semasa di tempat kerja atau di dalam kelas.
  1. Menyanyilah anda seperti seorang bintang yang terkenal di atas meja tersebut. Nescaya,orang akan mengenali dan mengingati anda. Nama anda akan tidak asing lagi di tempat kerja mahupun di dalam kelas. Tak kiralah suara anda itu sedap ataupun tidak.Begitu juga jika anda melakukan tarian.


  • Melakukan jenayah.
  1. Dengan melakukan sesuatu jenayah, anda boleh menjadi terkenal di tempat anda sendiri. Setelah anda melakukan jenayah dan telah ditangkap oleh polis, semua orang akan bercakap mengenai anda. Nama anda akan sentiasa disebut oleh orang ramai.



  • Mengada-adakan cerita.
  1. Mengada-adakan cerita bermaksud menceritakan sesuatu yang palsu kepada rakan anda. Jika anda berbuat demikian, selalunya ramai yang akan membenci anda dan nama anda akan di blacklist. Ini bermaksud, ramai yang akan kenal anda. Cerita tentang anda akan tersebar dengan cepat.


  • Membuli kanak-kanak.
  1. Anda hanya perlu membuli kanak-kanak yang ada berdekatan dengan rumah anda. Setelah itu, kanak-kanak tersebut akan mengadu kepada ibu bapa mereka. Jadi, para ibu semestinya akan menceritakan hal ini kepada kaum-kaum ibu yang lain supaya berwaspada dengan anda. Anda semestinya akan dikenali di tempat anda. Tak kiralah muda ataupun tua.


Hanya 5 cara sahaja yang boleh Leelee bagi. Yang lain tu, belum difikirkan lagi. Hehehe, mahukah anda menjadi popular dengan cara ini? Jika ya, anda sememangnya sangat mahukan populariti. Okay, itu sahaja untuk malam ini. Selamat mencuba~ :]

Bermulanya Kelas


Assalamualaikum,

Hari ini, Isnin, 5 July 2010 merupakan hari pertama kelas bermula. Setelah selesai semua orentasi, penat datang lagi. Huhuhu. Takut tak takut, Leelee kena lah pergi jugak. Kelas pertama merupakan kelas Fizik yang bermula pada pukul 9 pagi. Leelee pun siap awal, takut terlambat pula nanti. Keluar saja dari rumah, jumpa seorang yang bernama Sofia. Alhamdulillah, ada juga orang yang boleh pergi sekali.

Semasa sampai di BA, kami pun cari lah kelas kami. Kelas kami lain-lain, tak sama. Tak apa lah, semasa sampai di depan kelas, Whoaaaa~ ramainya lelaki. Tapi, kalau ramai lelaki tu tak hairan lah. Sebab, semasa sekolah dulu pun sama. Perempuan ada dalam 9 orang saja dalam kelas Leelee, kursus kejuruteraan elektrik dan elektronik. Bidang kejuruteraan memang lah lelaki lagi ramai.

Semasa dah nak masuk kelas, baru lah nampak perempuan. Rupa-rupanya, awal sangat kot Leelee sampai situ. Heehheeh.Dalam kelas tu, pensyarah bagi penerangan saja tentang apa yang bakal kami hadapi nanti. Selesai kelas Fizik, kelas pengiraan pula datang. Agak jauh jugak kena jalan pergi BN. Sudah la masa yang diberi pun 10 minit saja. Tapi, tak apa kot sebab dapat jugak kawan yang boleh pergi sama-sama. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Sesudah habis kelas tersebut, Leelee pergi kembali ke BA untuk urusan borang apa entah.Banyak kali pusing situ sebab nak cari pejabat kewangan. Penat kot. Dua kali naik turun. Fuhh, penat. Selepas itu, balik pula ke rumah. berBLOGWALKING sebentar sementara tunggu pukul 2. Sekarang, dah kurang berblogwalking. Sibuk kot. Traffik pun dah menjunam. :(



Setelah itu, pukul 1.45 tengahari, Leelee pun tunggu kat pondok pak guard. Tunggu kawan yang satu kelas. Kami sampai di BL pada pukul 2.03 macam tu. Wow, masuk kelas, memang senyap terus. Seram saja rasa. Kami kena tubuh kan 10 kumpulan dan dalam satu kumpulan itu mempunyai 3 orang ahli. Kumpulan Leelee tak cukup lagi 1 orang, jadi, orang yang tak datang dalam kelas itu, masuk ke dalam kumpulan kami.

Sesudah itu, Leelee pun kembali ke BA untuk ke Pejabat Pendaftar. Leelee ke sana untuk meminta borang LOG, LOI dan LOC (kot). Whoooaaaaaa! Malu jugak la nak cakap dengan orang kat situ. Silap cakap, Leelee tersebut 'depa' yang asalnya 'pejabat kewangan'. Malu, malu, maluuuu~ Wohooo, tak apa lah. Yang lepas tu dah lepas. Kira okay lah jugak dari tak cakap langsung. :) Dalam perjalanan pulang ke rumah, Leelee tak boleh berhenti senyum mengenangkan peristiwa tersebut. Hahaha, lawak lah~ (sendiri saja yang rasa)

Alhamdulillah, semuanya baik saja hari ini. Syukur kepada Allah S.W.T.

Sunday, July 4, 2010

Selesai Orentasi

Yeahhh~ Ehh, sebelum tu, assalamualaikum semua. Hehehe.

Wahh, dah lama tak update blog sejak masuk UNITEN. Gembira selepas habisnya minggu orentasi. Yeyeye~ Orentasi kat sini agak okay lah. Boleh kata best jugak la.

Pada mula daftar sini, memang ramai gila. Takut tu memang ada, terketar kot. Jantung laju saja berdegup, "dup dap, dup dap". Tapi, alhamdulillah. Selesai jugak pendaftaran masuk. Esoknya, orentasi bermula. . . Takut jugak nak hadapi orentasi, tapi ternyata, tak lah teruk sangat orentasi ni.


Oh, ID ku

Sejak datang sini, muka dah banyak naik jerawat. uwaaa~ Ni yang tak syoq. :( Aduhai, habis lah muka yang licin ni, dah tak rata. Dan selepas habisnya orentasi oleh MPP, ada pula orentasi kelompok Ilmu. Rasanya lah, orentasi kelompok ilmu ini lagi best kot. Huhuhu~ Tapi 2 hari saja orentasi ni. Pagi Sabtu, kami ada explore race. Penat jugak lari sana sini (padahal dalam kelompok saja). Dan, kumpulan kami dapat tempat yang kedua. Yeahh~


Kumpulan Manisnya

Natasha, Fatimah, Leelee

Petang itu pula, kami dikehendaki membuat satu persembahan untuk malam kebudayaan yang akan diadakan pada malam itu juga. Mana-mana 5 kumpulan yang terpilih, mereka akan bertanding pada malam itu. Jadi, Pada tengahari, waktu untuk berehat, Leelee pun terfikir lah untuk menari ntuk persembahan itu. Apabila tiba masa untuk perjumpaan, ahli kumpulan yang lain dah ada idea untuk persembahan. Kami pun tengok lah tarian yang mereka pilih tu. Tapi, step tu banyak sangat. Oleh itu, Leelee nak sangat mereka tengok tarian Hana wo Pun tu.

Jadi, Leelee pun bisik lah dekat Yasmin, housemate pasal hana wo pun tu. Dengan tak sengaja, ada seorang ahli kumpulan yang terdengar. Apa lagi? Leelee pun cakaplah pasal itu. Mula-mula, Leelee tunjuk lagu Kiss! Kiss! Kiss! dulu. Mereka kata step dia susah. Selepas itu, Leelee tunjuk pula lagu Hana wo Pun. Fuhh, ada jugak yang kata okay. Jadi, kami pun try la menari lagu tu. Memang kelam-kabut sebab susah nak ikut disebabkan kena menari terbalik. Beberapa minit kemudian, fasi sudah pun panggil untuk berkumpul untuk persembahan. Kumpulan kami mendapat giliran yang ke- 8 untuk membuat persembahan.

Natasha, Yasmine, Leelee

Apabila tiba giliran kami, kami pun menari lah sambil tengok videoklip. Memang berterabur pun kami menari. Ada juga dengar orang kata "comel~". Okay jugak la yaa. Huhuhu. Setelah semua persembahan telah dibuat, kak fasi pun beritahu kumpulan mana yang berjaya untuk meneruskan pertandingan pada malam itu. Kami sangat terkejut apabila nama kumpulan kami disebut pada akhir sekali. Rasa macam tak adil lah pulak. Ada lagi kot kumpulan lain yang buat persembahan dengan lebih baik. Sudah lah kami tengok video klip. Kakak tu cakap, tarian kami ni comel. Sebab tu lah dia pilih. Dan dia nak kami berlatih tanpa tengok video klip untuk malam itu.

Kami pun berlatihlah pada petang itu.Dan kami buat persembahan baik sikit dari petang itu. Kumpulan lain semua lagi baik dari kami.Hurm, tak apa lah. Akhirnya, acara penyampaian hadiah tiba. Kumpulan kami mendapat tempat yang ke-4 untuk persembahan. Kira okay la jugak, kan? Dari yang ke-5 jadi yang ke-4. Huhuhu.

Explorace (Salah lokasi)

Sudah lepas orentasi, hari ahad menjelang. Kini, hari ahad sudah habis. bakal tiba pula hari Isnin. Aduhai, ada kelas la pulak esok ni. Ni yang takut. Kegembiraan telah bertukar kepada ketakutan. Tak ada geng nak pi kelas sekali. T__T Esok, harap-harap boleh la dapat kawan. Amin~