いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, April 29, 2010

Tips hilangkan rasa BOSAN~

Kadang-kadang kita tak tau nak buat apa, tak ada kerja. Jadi, rasa bosan pun datang menyelubung. Pernahkan anda semua rasa bosan? Kalau ada sesiapa yang tak pernah rasa bosan tu, mesti hidup dia happy sentiasa. HOHOHO~ Okay lah ,di sini, Leelee nak bagi sikit tips untuk hilangkan rasa bosan. "Aii, macamlah kami ni tak reti nak hilangkan bosan". Ish,mana tau kan? Selalu jugak orang dok habaq kata dia tu boring nahh, sia tanya cara lagi. (= Tapi, cara ni berdasarkan pengalam Leelee la. Kalau buat perkara-perkara ni, hilang sikit rasa bosan tu. HIHIHI. Antara tipsnya ialah ;



1.Main game.
*Kalau main game ni, kena la sungguh-sungguh. Kena pilih game yang mencabar. Dahtu, kena ada aim untuk menang. Kalau saja-saja main dan tak ada goal,dah tentu lagi bosan.



2.Menyanyi.
*Menyanyi lah lagu kegemaran walaupun suara tak sedap. Tapi,jangan lah menjerit macam nak buat konsert. Nanti bising pulak orang yang terpaksa dengar nuh. Kalau tak ada orang, boleh lah nyanyi kuat-kuat.



3.Menari.
*Mainkan video yang atau lagu yang anda minat. Selepas itu, menarilah ikut rentak dan hati anda. Ikutlah nak menari cara apa pun. Bukan saja bosan yang hilang,malah lemak juga.


4.Berangan.
*Bayangkan apa-apa yang anda idamkan selama ini. Bayangkan macam dah jadi realiti. Pasti tak rasa bosan. HIHI~


5.Kenakan orang.
*Yang ni kena lah rancang dari awal. rancang dulu, bila time bosan baru la buat. Tapi jangan la kenakan orang tu teruk-teruk. Nanti ada pulak yang kena masuk hospital. Mana tau, kena belasah atau kena bunuh. Kot-kot la orang yang akan dikenakan tu orang yang tak boleh sangat dibuat macam-macam ni.


6.Tidur.
*Kalau dah tak tau nak buat apa sangat, tidur la senang. Memang tak akan bosan punya. HAHA. Lagi-lagi la kalau kita mimpi yang best-best. Mesti layan gila tidur tuu. HEEE~ :p


Itu saja yang selalu Leelee buat pun bila-bila dah rasa bosan. Tak banyak pun. Huhuhu~ Kalau anda rasa bosan, apa yang anda akan buat untuk hilangkannya? Cerita la sikit. Nak tau jugak nii. Hihihi. (=

Monday, April 19, 2010

UNITEN atau Kolej Matrikulasi Pulau Pinang?

HaizZz,dua sudah dapat.UNITEN dapat asasi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,kursus yang sama masa menengah atas di SMT Alor Setar aka ASTECH.KMPP pula dapat Sains Fizikal.Mana satu perlu pilih pun belum pasti.Memang memeningkan kepala.Aduhai~Rasa-rasanya kedua-duanya bagus.Oleh sebab itu,L telah membuat beberapa penelidikan dengan bertanya kepada beberapa orang yang agak berpengetahuan.

First sekali merupakan orang yang memang mempunyai pertalian darah iaitu ; Al-Bakri ibn Hamid,merangkap Paksu."Matrik sama ja taraf mcm asasi tu.beza dia asasi tu mmg konpom dah bleh sambung degree kat U tu gak..dah klo nana mmg nak amik hat tu amik uniten ja la.."inilah jawapan beliau.

Yang kedua pula merupakan Dina Farhana Roslan,kawan semasa di sekolah rendah dan juga menengah rendah.L bertanya pula tentang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Akan tetapi,beliau hanya menjawab akan perihal asrama sahaja.HAHAH,bukan yang tu pun jawapan yang ingin didengar.Namun,tak mengapa lah.( =

Namun begitu,L masih belum puas hati dengan jawapan mereka.Jadi,tanya pula pendapat orang ramai tentang mana satu yang patut dipilih.Ramai yang beri jawapan UNITEN.Hurm,jadi perlulah terima walaupun tak ada kawan yang boleh pergi bersama.Hal ini kerana KMPP ramai pelajar ASTECH yang dapat di situ.Terima saja la~Jadi,hari ini ayah nak selesaikan hal-hal yang berkenaan UNITEN.Kiranya,memang sudah confirm nak sambung situ lah.Aiyaaa.