いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Friday, November 26, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 5)


Bab 5 : ‘SURPRISE!’

Mone masuk ke kamar dan teruk dimarahi oleh Yan. Dia melihat keadaan Zaty dan cuba untuk memujuknya. Akan tetapi, pada saat yang genting, pundi kencingnya pula penuh dan keinginan untuk ke tandas amat tinggi. Pada masa itu, ahli-ahli F5 mengambil kesempatan masuk ke dalam kamar. Mereka semua mengelilingi Zaty dan membuat muka tak puas hati. Leelee pergi memanggil Mone di tandas dengan nada marah kerana Mone mengambil masa yang lama. Tiba-tiba, Shekin masuk ke tandas dan mengucapkan selamat kepada Mone. Nasib ahli-ahli F5 agak baik kerana Mone tidak mendengar ucapan tersebut. Leelee kemudiannya menyuruh Shekin masuk ke dalam kamar untuk menyambut hari lahir Mone bersama-sama. Dia terpaksa menahan air kecilnya kerana disuruh ke kamar. Apabila Mone keluar dari tandas, Leelee terus menarik telinga Mone sambil marah-marah.

Sampai di kamar, dia tersenyum melihat ahli-ahli kamar berkumpul. Dia bagaikan sudah menghidu rancangan mereka. Mereka semua memarahi Mone tetapi dia masih tersengih-sengih. Zaty menangis dan Mone duduk di hadapannya. Mereka semua mendengar percakapan Mone dan Zaty. Mereka semua diam seketika.

“Mone, sebenarnya kami menangis sebab . . . Yan,hang sambung la, ”Zaty tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Laa. Hang la cerita.”

“Sebab . . .”

“ ‘Happy birthday’,” sambung Pika.

Mereka semua menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir versi bahasa Inggeris kepada Mone. Yan dan Syaza menabur bedak ke atas kepala Mone. Bukan itu sahaja,mereka juga memukulnya dengan bantal. Sekali lagi lagu Selamat Hari Lahir dinyanyikan oleh mereka.

“Happy birthday to you,”

“Happy birthday to you,”

“Happy birthday to . . . Mo . . . ne~, ”

“happy birthday to you !”

Mereka bertepuk tangan meraikan hari lahir Mone. Mereka bersalam-salaman sementara Pika dan Cikyu melakukan perkara yang tak senonoh kepada Mone.

“Minta maaf Mone. Hang dah tak suci, ”ucap Cikyu ketika bersalam dengan Mone. Mereka satu kamar ketawa dan gembira menyambut hari lahir Mone. Mungkin hari itu merupakan salah satu daripada hari-hari indah mereka semua.

TAMMAT

Huhh, dah tamat pun. merapukan cerita ni? Hahaha. Leelee memang tak reti buat cerita pun. ;D

Sunday, November 21, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 4)


Bab 4 : BUAT TERUK


Setelah pulang ke kamar, dia menukar pakaiannya kembali dan bersiap-siap untuk bersolat Isya’. Dalam pada itu, Zaty berada di dalam surau. Dia sedang mengarang ayat yang sesuai untuk menyambut hari lahir Mone. Apabila Mone masuk ke dalam surau, dia membuat bising dengan salah seorang yang berada di situ. Hal tersebut telah membuatkan Zaty berasa tertekan. Dengan muka ‘tension’nya, dia memarahi Mone. Mone merenung Zaty dengan pandangan yang tajam lalu menjeling kepadanya. Dia terus memakai telekung dan tidak mengendahkan Zaty. Sedang Mone sembahyang, Zaty keluar dari surau tersebut dan terserempak dengan Kak Chik yang menetap di kamar F2. Mereka bertegur sapa sesama sendiri. Zaty mengambil kesempatan untuk bertanya tentang ayat-ayat sedih.

“I miss my mom,” jawab Kak Chik.

“Bukan. Lagi sedih dari itu,” balas Zaty.

“Erm. Pi dok sana la.”

Zaty menggunakan ayat-ayat tersebut bagi mendorongnya untuk menangis. Hal ini adalah untuk menjayakan rancangannya. Dia pulang ke kamar dengan mata merah yang berair lalu menuju ke katil Leelee.

“Rasa macam nak nangis la. Sedih,” beritahu Zaty lalu mengesat matanya dengan tuala jingga.

Dia pergi ke katilnya lalu baring sambil melayan perasaannya. Mone meletakkan kain telekungnya yang telah dilipat di atas katilnya. Dia terus keluar tanpa menghiraukan Zaty. Mata Cikyu yang asalnya sedang membaca mesej di skrin ‘handphone’nya tertumpu kepada Zaty yang sedang menangis. Dia berbual-bual dengan Zaty dan disuruh memanggil Nanie.

“Nanie, Ty panggil. Acik tak tau sebab apa dia menangis,” beritahu Cikyu.

Nanie yang khusyuk mengulang kaji terpaksa berjumpa dengan Zaty. Mone yang memerhatikan Nanie berasa serba salah. Setelah berbincang dengan Nanie, Zaty meminta Nanie untuk memanggil Yan. Yan berjumpa dengan Zaty dan Nanie pulang ke meja ‘study’nya. Mereka berdua berbincang tentang rancangan seterusnya.

Tiba-tiba Yan meluru masuk ke dalam bilik ‘study’ dan memarahi Mone. Dia tidak putus-putus bertanya tentang apa yang telah berlaku dan apa yang membuatkan Zaty menangis. Suaranya kedengaran satu bilik. Suasana bertukar menjadi senyap sepi. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. Wana yang sedang membuat kerjanya berasa terganggu dengan suara nyaring Yan. Dia tidak lagi dapat menahan sabarnya. Akhirnya, sabarnya meletup dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Tambahan lagi,dia tidak tahu apa yang berlaku.

Saturday, November 20, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 3)




Bab 3 : KOAY TEAW SUP


Lampu pendaflour menerangi kamar F5. Along yang sedang tidur nenyak tiada siapa yang ganggu. Kelihatan Leelee sedang menulis karangan dengan kusyuk. Pika pula sedang menjemur ‘anak-anaknya’ di bawah kipas. Syaza masuk ke kamar dan menuju ke katil Leelee dan bertanya tentang karangan yang dikarang. Dia kemudiannya menukar pakaian untuk ke dewan makan.

“Syaza, betulkah malam ini makan koay teaw sup?” soal Leelee.

“Betullah. Selalu aku pergi hari Selasa makan koay teaw sup.Aku nak pergi gosok tudung ni. Sekejap lagi hang panggil aku di surau. Okay?”

Leelee hanya mengangguk dan meneruskan pengarangan. Pika yang selesai menjemur pakaiannya meminta karangan yang dikarang oleh Leelee. Dia membaca sambil ketawa. Masuk pula Mone ke dalam kamar untul bersiap-siap.

“Oi Mone, awalnya hang siap. Baru pukul 10.15,” tegur Leelee.

“Biasalah. Aku nak kena salin seluar lagi. Nanti lambat pulak.”

Setelah selesai menyalin seluar, dia disuruh menutup suis lampu oleh Pika. Dia kemudiannya ditegur oleh Pika kerana memadamkan lampu yang salah. Apabila Leelee melihat Mone hampir siap, dia terus mencapai tudung lalu keluar dari kamar dan mengunci pintu kerana enggan pergi bersama Mone.

“Wei, tunggu la aku,” ujar Mone dengan nada sedih.

Leelee membuka kunci pintu dan bersembunyi di tepi tangga bersama Yan dan Pika. Mone terkejut apabila mereka menjerit ketika lalu di hadapan mereka. Mone, Leelee dan Yan berjalan dan meminta Aini memanggil Syaza di surau. Mereka bertiga pergi ke dewan makan bersama-sama dan melihat penghuni-penghuni asrama lelaki beratur panjang untuk mengambil makanan. Syaza memberitahu dia ternampak makanan diletak di atas pinggan dan bukannya mangkuk.

“Laaa. Bukan koay teaw sup la. Ini semua hang punya pasal la Mone. Sebab hang, koay teaw sup tak ada. Buat penat saja aku mai,” ujar Leelee. Syaza menyokong kata-kata Leelee, begitu juga dengan Yan. Leelee pulang ke kamar kerana telah ditipu oleh Mone tentang menu ‘supper’ malam itu.

Setelah kesesakan penghuni-penghuni asrama lelaki reda, mereka terus masuk ke dewan makan kerana tahap kelaparan Mone bertambah dari masa ke masa dan tidak dapat dikawal lagi. Yan terus-menerus mencari gaduh dengan Mone yang buat-buat ‘cute’. Mone makan dengan lahapnya kerana tidak makan sejak petang tadi. Setelah selesai, Yan membaca doa sesudah makan dan meletakkan pinggan dan gelas plastiknya di hadapan Mone. Dia tanpa berkata apa-apa, terus bangun dan meninggalkan meja tersebut. Syaza menyusuli Yan dari belakang. Mone terpaksa mengangkat pinggan dan gelas tersebut seorang diri.

Oh, Lukisan Baru!

Assalamualaikum!

Sudah lama kawan Leelee yang seorang ni minta untuk lukiskan gambar dia. Dan akhirnya, pada hari ini, sudah siap pun lukisan! Mwahahhaha! Tapi, tak jadi pun. Nampak muka kartun saja. Hhahaha. Biasalah kan, lukis pun cincai sahaja. Lagipula, Leelee bukannya pandai melukis pun. Kira okay lah, kan? Heheheeh. Sekadar nak hilangkan rasa bosan saja.

---------

------

----

--

-

Ini lah lukisan tersebut. Zulfa namanya, sedap bukan? ;bb

Klik untuk imej yang lebih besar. :)


Friday, November 19, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 2)

Untuk baca Bab 1, klik sini.

Bab 2 : AIR MATA

Seperti kebiasaannya, bilik ‘study’ yang berlangsir jingga pasti akan separuh penuh selepas azan Isyak berkumandang. Penghuni-penghuni asrama perempuan tingkatan lima sedang berusaha berlipat ganda kerana peperiksaan SPM bakal tiba 8 hari lagi. Ada juga di antara mereka yang belum mula mengulang kaji walaupun sedar akan kehadiran SPM yang dekat. Ahli-ahli kamar F5 semuanya sedang mengulang kaji mata pelajaran yang penting kecuali Ama. Hanya dia seorang sedang membaca majalah Dara. Mungkin dia ingin menambahkan ilmu pengetahuannya agar mudah untuk membuat karangan.

Dalam pada itu, Zaty mengajak Mone berbincang tentang isi hatinya. Mereka pergi ke bilik seterika kerana keadaannya sesuai dengan tujuan mereka. Zaty memulakan perbicaraannya dengan Mone. Dia meluahkan segala-galanya tentang perkara yang telah dilakukan oleh Mone sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati. Zaty tidak lagi memendamkan perasaannya yang selama ini bergunung dalam hati. Hal ini hanya menambahkan beban dan masalah kepadanya. Bergelinang kolam matanya semasa menceritakan masalahnya kepada Mone. Dia menegur fiil Mone yang buruk.

“Mone, Ty tak puas hati dengan kata-kata Mone sebelum ini,” beritahu Zaty kepada Mone dengan nada sedih. Mone terasa dengan penjelasan Zaty. Dia memujuk Zaty yang telah menangis. Malam tersebut bagai memahami isi hati Zaty. Hujan renyai-renyai menambahkan lagi kesedihan Zaty pada saat itu.

Setelah selesai, Zaty keluar dari bilik seterika dengan senyuman. Dia seterusnya pergi ke bilik ‘study’ dan berjumpa dengan Nanie. Dia menceritakan perbicaraannya dengan Mone kepada Nanie.

“Nanie, tadi Ty tipu Mone. Ty kata Ty tak puas hati dengan dia. Dia rasa bersalah tambah lagi bila Ty menangis depan dia,” cerita Zaty kepada Nanie. Nanie tersenyum lebar mendengar cerita Zaty kerana cerita tersebut tipu belaka.

“Kasihan Mone,”ujar Nanie sambil senyum.

“Okaylah tu. Mula-mula kita buat dia sakit hati dulu. Selepas itu,baru kita buat dia ‘happy’”, jelas Zaty, mengangkat keningnya sambil tersengih-sengih bagai kerang busuk.

Thursday, November 18, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 1)

Assalamualaikum semua!

Hehehe, entri lagi untuk hari ini. ;D Cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah yang sangat dicintai oleh penghuni-penghuni di situ. Selamat membaca karya yang tak seberapa. Al-maklum lah, 'first time' tulis cerita yang agak panjang ni. Hihihihi.



Bab 1 : RANCANGAN


Tepat pukul 6.20 petang,kedengaran satu bunyi yang amat membingitkan telinga menandakan waktu makan malam telah tiba.Syaza yang agak kelaparan mempercepatkan langkah ke kamarnya,F5 yang telah mndapat anugerah kamar tercantik dan terbersih dengan mengumpul sebanyak 75% setelah selesai menunaikan solat Asar.Apabila tiba di kamar,dia terus mengejutkan rakannya,Mone yang sedang lena dibuai mimpi indah untuk bertanya sama ada dia ingin mengisi perut atau tidak.

"Mone,bangun Mone.Hang nak pergi makan tak?"Syaza membangunkan Mone lalu bertanya.

"Tak nak la,"balas mone ringkas.

Dia berasa tidurnya terganggu.Mimpinya yang indah belum sempat menemui kesudahan.Namun begitu,dia tahu bahawa mimpi tersebut sukar untuk menjadi kenyataan.Dia terus bangun dari pembaringannya dan terus duduk di tepi katil rakannya,Ama yang bercadar biru muda lambang sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Teknik Alor Setar atau lebih dikenali dengan panggilan Astech.Pada waktu itu,dia tidak sedar bahawa sang matahari mula mengundur diri memberi peluang kepada sang bulan untuk memperagakan diri.Dia hampir terpedaya dengan keadaan persekitaran yang hampir sama dengan waktu pagi.


"Ish,ingatkan aku dah lewat untuk ke sekolah!Rupa-rupanya Maghrib hampir menjelang.Nasib baik aku tak tanya Syaza tadi.Kalau tak,dah tentu dia gelakkan aku,"bisik hati kecilnya.

Mone memerhatikan Syaza yang sedang membangunkan Leelee untuk mengajak makan bersama.Setelah itu,Mone terus menuju ke tandas blok G,aras bawah untuk berwuduk seterusnya menunaikan solat Asar.Dia berdoa supaya Allah permudahkan urusannya ketika menjawab soalan peperiksaan SPM kelak.Setelah selesai,dia bersiap-siap untuk membasahkan dan membersihkan dirinya.Dia naik ke aras 2,blok G dan menuju ke tandas untuk merealisasikan hasratnya.Pada masa yang sama,Damie turut membersihkan dirinya di tandas blok G,aras bawah.

Ketika Leelee kelihatan ingin keluar dari kamar sambil memegang kain telekung serta anak tudung berwarna hitam,Damie menyoal Leelee sama ada dia ingin bersolat di surau besar atau tidak.Dia menerima jawapan negatif begitu juga apabila menyoal Mone.

ketika Mone pergi menunaikan solat Maghrib,Yan,Jart,Leelee dan Mas mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Odie.Mereka melanjutkan lagi perbincangan tentang rancangan untuk mengenakan Mone sempena hari lahirnya yang bakal tiba pada pukul 12 tengah malam nanti.Mereka bergelak tawa merancang perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada Mone.Mone masuk dan terus ke lokernya untuk membelek telefon bimbit.Apabila Cikyu masuk,Pika dengan sengajam menyoal Cikyu dengan nada yang kuat tentang rancangan yang akan dilakukan oleh mereka.

"Cikyu,kejap lagi nak buat apa kat Mone?"

"Baling tahi,"balas Cikyu dengan muka yang serius.Mereka satu kamar ketawa setelah mendengar jawapan Cikyu.

Gila J-Drama juga K-Drama

Assalamualaikum semua !

Sudah lama tak singgah sini. Janji pun entah ke mana. Hehehe. 'Time' cuti, ingatkan boleh la nak ber'blogging'. Ternyata, tak boleh jugak walau berdepan dengan lappy hari-hari. Aduhai~ Adakah ini yang dikatakan sibuk bercuti? :D Mengarut saja Leelee ni, kan? Hahaha.

Okay, berbalik kepada tajuk entri! Sejak mula trimester yang ke-2, Leelee mengesyorkan kepada housemate supaya menonton satu drama jepun, iaitu; "Mei-chan no Shitsuji" yang dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Mei-chan's Butler'. Selepas dari itu lah, si Natasha dah mula gilakan drama Jepun juga Korea. Disebabkan oleh ke'sweet'an jalan cerita, dia jadi begitu. Sanggup tidur lewat walaupun kelas esok harinya bermula pukul 8 pagi.


Mei-chan no Shitsuji

Seorang lagi, namanya Fatimah. Dia dari dulu lagi merupakan penggila drama-drama korea. Semakin menjadi-jadi keinginan mereka terhadap gelaja ini. Haihhh. Penyebabnya apa? Satu drama saja dah boleh menawan hati mereka. Betapa kuatnya pengaruh gejala ini. Kesannya, tidur tak cukup, tidur pun boleh termimpikan drama tersebut. Tambahan lagi, tumpuan dalam kelas tidak seratus peratus. Kadang-kadang fikiran melayang-layang memasuki dunia drama tersebut. Kesan yang teruk apabila sampainya 'final exam'. Hehehe, mengarut saja kan kesan-kesan tu. :P

Okay, tamat sudah cerita entri kali ini. Sambung nanti pula yaaa? :) Hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca.

P/s : Untuk contest tu, lain kali ehh? Hehehe.