いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, October 27, 2011

Kerana Plagiarism, Pelajar Dibunuh

Kolej kediaman putera, Universiti XXX, pukul 3 pagi

Di dalam bilik yang hanya diterangi lampu meja yang malap, seorang pelajar sedang duduk tekun menyiapkan sesuatu di meja belajarnya. Rakan sebiliknya sudah pun tidur dengan nyenyak. Malam itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas dan juga bunyi kerja yang dihasilkan oleh pelajar tersebut.

"Haaa, siap juga akhirnya assignment ni! Plagiarism, tak plagiarism. Janji siap", kata pelajar tersebut sambil tersenyum.

Kolej kediaman putera, Universiti XXX, pukul 7  pagi

Suasana pagi sangat kelam-kabut. Pelajar-pelajar mengerumuni satu tempat, di mana seorang pelajar mati terbunuh. Dada pelajar tersebut berlapikkan kerja assignment, ditusuk dengan sebilah pisau dapur, tepat pada jantungnya.
Do not Cross

"Boleh kamu semua beritahu kami, di mana kamu berada dan apa yang kamu buat pada jam 3 hingga 6 setengah pagi tadi?" soal seorang anggota polis kepada semua pelajar yang berada di situ.

Makmal kimia 1, Universiti XXX, pukul 9.45 pagi 


Para pelajar asasi kejuruteraan, kelas 1 sedang menunggu lab instructor datang dengan penuh sabar. Miki dan Misa duduk menunggu di atas tangga berdekatan dengan makmal kimia 1.


"Weh Miki, kau dengar tak cerita seorang budak lelaki kena bunuh pagi tadi?" soal Misa.

"Ehh, ya kah? Sebab apa dia kena bunuh?" soal Miki kembali.

"Entah, aku pun tak tau. Rasanya ada kena mengena dengan assignment sebab budak tu kena tikam dengan pisau. Antara pisau dengan dada dia, ada kertas assignment yang dah lengkap".

"Ish, siapa la yang sanggup bunuh orang sebab assignment," keluh Miki.

"Eh, jom masuk. Sir Raja dah sampai", ajak Misa.

Kolej kediaman puteri, Universiti XXX, pukul 1 pagi + 1 hari


Cahaya bulan purnama menerangi kawasan tersebut. Suasana di situ sunyi sepi.  Kedengaran suara dua orang pelajar perempuan sedang bercakap-cakap dari bilik belajar.

"Miki, boleh tak kau tolong aku buat assignment ni? Esok aku dah nak kena hantar", soal Misa memohon bantuan Miki.
Assignment

"Ala, senang saja tu. Kau copy saja apa yang kau jumpa, lepas tu kau paste and edit la apa yang patut. Bukannya lecturer tu perasan sangat pun.

"Tapi, tu kan plagiarism namanya".

"Kau ni, siapa yang suruh kau tangguh assignment tu? Haihh", keluh Miki.

"Baik, baik", jawab Misa, mengalah.

Tanpa melengahkan masa, Misa terus mencari maklumat untuk menyiapkan assignmentnya, manakala Miki menyambung semula ulangkajinya kerana ujian Fizik semakin hampir. Tidak lama selepas itu, Miki perasan yang dia terlupa bawa kalkulator.

"Misa, aku naik atas kejap tau. Terlupa bawa kalkulator la", beritahu Miki. Misa hanya menganggukkan kepalanya dan kembali menyambung kerjanya. Miki  keluar menujuk biliknya.

"Sikit lagi, sikit lagi nak siap", Misa senyum sendirian. Dia mengedit assignmentnya dan akhirnya siap. Dia tersenyum puas melihat kerjanya yang sudahpun siap.

Kalkulator

Kolej kediaman puteri, Universiti XXX, pukul 2 pagi + 1 hari


"Ish, dah tua dah aku ni", keluh Miki seorang diri sambil menuruni anak tangga. Sampai sahaja tingkat 3, dia ternampak seorang perempuan seakan terapung di tangga tingkat satu bertentangan dengan tempat dia berdiri. Miki terkejut, kaku. Kalkulator yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Rasa takut mula menguasai dirinya. Dia tanpa berfikir panjang, mula bergegas pulang ke biliknya. Sampai sahaja dibilik, terus dikunci pintu. Dia kemudian menyelubung diri dengan selimut, memaksa dirinya tidur.

Kolej kediaman puteri, Universiti XXX, pukul 7.30 pagi + 1 hari


Miki keluar dari biliknya untuk ke kelas. Kedengaran bunyi bising suara orang bercakap-cakap datangnya dari bawah. Dia pun menjenguk ke bawah dan terlihat polis ramai pelajar-pelajar perempuan mengerumuni tempat yang di mana dia ternampak seorang perempuan seakan terapung. Terus Miki bergegas ke tempat tersebut.

Alangkah terkejutnya, Misa terbaring kaku di situ, berlumuran darah. Sahabatnya itu berkeadaan sama dengan apa yang berlaku kepada seorang pelajar lelaki terbunuh semalamnya. Miki terduduk , air matanya mengalir tanpa di suruh.

"Aku nampak, aku nampak dia terapung semalam! Tak sangka dia akan dibunuh, tapi tak ada orang pun yang aku nampak bersama dia! Tak masuk akal!" air mata Miki terus mengalir.

TAMAT

P/s : Cerita yang diadaptasi daripada mimpi. Memang mengarut, kan? Maaf, Bahasa Melayu teruk.
*Gambar dari Google

0 kelopak bunga.: