いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, April 29, 2010

Tips hilangkan rasa BOSAN~

Kadang-kadang kita tak tau nak buat apa, tak ada kerja. Jadi, rasa bosan pun datang menyelubung. Pernahkan anda semua rasa bosan? Kalau ada sesiapa yang tak pernah rasa bosan tu, mesti hidup dia happy sentiasa. HOHOHO~ Okay lah ,di sini, Leelee nak bagi sikit tips untuk hilangkan rasa bosan. "Aii, macamlah kami ni tak reti nak hilangkan bosan". Ish,mana tau kan? Selalu jugak orang dok habaq kata dia tu boring nahh, sia tanya cara lagi. (= Tapi, cara ni berdasarkan pengalam Leelee la. Kalau buat perkara-perkara ni, hilang sikit rasa bosan tu. HIHIHI. Antara tipsnya ialah ;



1.Main game.
*Kalau main game ni, kena la sungguh-sungguh. Kena pilih game yang mencabar. Dahtu, kena ada aim untuk menang. Kalau saja-saja main dan tak ada goal,dah tentu lagi bosan.



2.Menyanyi.
*Menyanyi lah lagu kegemaran walaupun suara tak sedap. Tapi,jangan lah menjerit macam nak buat konsert. Nanti bising pulak orang yang terpaksa dengar nuh. Kalau tak ada orang, boleh lah nyanyi kuat-kuat.



3.Menari.
*Mainkan video yang atau lagu yang anda minat. Selepas itu, menarilah ikut rentak dan hati anda. Ikutlah nak menari cara apa pun. Bukan saja bosan yang hilang,malah lemak juga.


4.Berangan.
*Bayangkan apa-apa yang anda idamkan selama ini. Bayangkan macam dah jadi realiti. Pasti tak rasa bosan. HIHI~


5.Kenakan orang.
*Yang ni kena lah rancang dari awal. rancang dulu, bila time bosan baru la buat. Tapi jangan la kenakan orang tu teruk-teruk. Nanti ada pulak yang kena masuk hospital. Mana tau, kena belasah atau kena bunuh. Kot-kot la orang yang akan dikenakan tu orang yang tak boleh sangat dibuat macam-macam ni.


6.Tidur.
*Kalau dah tak tau nak buat apa sangat, tidur la senang. Memang tak akan bosan punya. HAHA. Lagi-lagi la kalau kita mimpi yang best-best. Mesti layan gila tidur tuu. HEEE~ :p


Itu saja yang selalu Leelee buat pun bila-bila dah rasa bosan. Tak banyak pun. Huhuhu~ Kalau anda rasa bosan, apa yang anda akan buat untuk hilangkannya? Cerita la sikit. Nak tau jugak nii. Hihihi. (=

18 kelopak bunga.:

Ismail Noh said...

Suka yang last sekali, 100% berkesan diperakui ramai..hihi

Leelee said...

Yaaa.
memang2.haha~
xleh nafi lagii. ;p

LUKISAN PENA said...

part kenakan orang tue best lah..
mesti tak bosan dah..bila orang cari balik

koru said...

kenakan orang la best..dapat mngeratkan silaturrahim lagi =)

Leelee said...

haha.
kena la blasah balek paa.

miss hav0c said...

kenakan orang laaaa paling bagus..

Leelee said...

haha.
kenakan orang merupakan amalan yang xbrapa digalakkan nii.
=D

Aidi-Safuan said...

cuba bagi contoh yang anda penah kenakan kat orang lain. :p

Leelee said...

hurm,
msa kat skolah,da curik pencil case sorang budak neh.dh la tyme tu homework dia x siap lgik.ckgu tu plak garang nk mampoih.
bila dia tya,wat2 xngaku la.
lama-lama bila tgk muka dia dh merah,ngaku gak lah.tapi nseb bek dia tu xmarah
haha.
xterukk pon.
;p

khaisya said...

ko tertinggal sumthing main game atau tgok muvee..konfirm x borink..huhuhuh

MissNafa said...

hurm..tido 2 memang paling masyuk ah~
saye boleh tido sampai sakit 1 badan kalau bosan sangat. haha :)
cakap cik khaisya 2 betol. tgk movie.. hehe.. xstdy pon xp. asalkan ade movie.. :)

Leelee said...

betollah,kdg2 tgk movie bleh hilgkan gak rasa bosan tuh.
huhu,tapi leelee xmnt tgk movie.sbb tuh xboh.heee~

Mijie said...

ops LeeLee trggal satu..chatting..klu bowink chatting lah..bru x bowink..heheh

Leelee said...

ha.
betol gak.lupa2.
tapi ada jgk,kalo chat pon boring gak.
xtau nk smbg paa.
haha.

Wzulhilmi said...

wah!! byknya tips!! :)

koru said...

hilangkan boring dgn kira jerawat dimuka leh ke?

Leelee said...

kalo byk,boleh kot.
hahaha.

atikNAOshi said...

bnda paling best buat klu bosan adalah TIDO..hihi..

syiokkk!