いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, November 21, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 4)


Bab 4 : BUAT TERUK


Setelah pulang ke kamar, dia menukar pakaiannya kembali dan bersiap-siap untuk bersolat Isya’. Dalam pada itu, Zaty berada di dalam surau. Dia sedang mengarang ayat yang sesuai untuk menyambut hari lahir Mone. Apabila Mone masuk ke dalam surau, dia membuat bising dengan salah seorang yang berada di situ. Hal tersebut telah membuatkan Zaty berasa tertekan. Dengan muka ‘tension’nya, dia memarahi Mone. Mone merenung Zaty dengan pandangan yang tajam lalu menjeling kepadanya. Dia terus memakai telekung dan tidak mengendahkan Zaty. Sedang Mone sembahyang, Zaty keluar dari surau tersebut dan terserempak dengan Kak Chik yang menetap di kamar F2. Mereka bertegur sapa sesama sendiri. Zaty mengambil kesempatan untuk bertanya tentang ayat-ayat sedih.

“I miss my mom,” jawab Kak Chik.

“Bukan. Lagi sedih dari itu,” balas Zaty.

“Erm. Pi dok sana la.”

Zaty menggunakan ayat-ayat tersebut bagi mendorongnya untuk menangis. Hal ini adalah untuk menjayakan rancangannya. Dia pulang ke kamar dengan mata merah yang berair lalu menuju ke katil Leelee.

“Rasa macam nak nangis la. Sedih,” beritahu Zaty lalu mengesat matanya dengan tuala jingga.

Dia pergi ke katilnya lalu baring sambil melayan perasaannya. Mone meletakkan kain telekungnya yang telah dilipat di atas katilnya. Dia terus keluar tanpa menghiraukan Zaty. Mata Cikyu yang asalnya sedang membaca mesej di skrin ‘handphone’nya tertumpu kepada Zaty yang sedang menangis. Dia berbual-bual dengan Zaty dan disuruh memanggil Nanie.

“Nanie, Ty panggil. Acik tak tau sebab apa dia menangis,” beritahu Cikyu.

Nanie yang khusyuk mengulang kaji terpaksa berjumpa dengan Zaty. Mone yang memerhatikan Nanie berasa serba salah. Setelah berbincang dengan Nanie, Zaty meminta Nanie untuk memanggil Yan. Yan berjumpa dengan Zaty dan Nanie pulang ke meja ‘study’nya. Mereka berdua berbincang tentang rancangan seterusnya.

Tiba-tiba Yan meluru masuk ke dalam bilik ‘study’ dan memarahi Mone. Dia tidak putus-putus bertanya tentang apa yang telah berlaku dan apa yang membuatkan Zaty menangis. Suaranya kedengaran satu bilik. Suasana bertukar menjadi senyap sepi. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. Wana yang sedang membuat kerjanya berasa terganggu dengan suara nyaring Yan. Dia tidak lagi dapat menahan sabarnya. Akhirnya, sabarnya meletup dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Tambahan lagi,dia tidak tahu apa yang berlaku.

0 kelopak bunga.: