いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Tuesday, July 13, 2010

Peribahasa Ooh Peribahasa

Assalamualaikum anda-anda. :)


Hari ini, Leelee ingin membuka tajuk tentang PERIBAHASA. Kadang-kadang, Leelee terfikir, "mengapakah peribahasa tersebut begitu?". Rasa ingin tahu pun datang. Akan tetapi, siapalah yang ada jawapannya? Siapalah yang mencipta peribahasa-peribahasa tersebut?


Bagai Kacang Melupakan Kulit.

Bagai kacang melupakan kulit bermaksud seseorang yang melupakan jasa baik seseorang kepadanya. Persoalannya di sini, mengapa orang yang mencipta peribahasa ini menggunakan kacang? Kenapa tidak dia menggunakan jagung, durian, ataupun epal? Tidakkah anda terfikir kenapa? Dalam kes ini, kacang tidak bersalah. Hal ini kerana, dia bukannya sengaja mahu meninggalkan kulit. Orang yang makan kacang yang sebenarnya bersalah kerana dia telah memisahkan kulit daripada kacang. Memang tidak patut, kacang pula yang dipersalahkan dalam hal ini.


Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum.
Peribahasa ini bermaksud, apabila kita ke tempat orang, tersebut. Kita akan mengikut budaya tempatan. Kita akan sesuaikan diri di tempat tersebut. Dalam peribahasa ini, pencipta menggunakan Kambing dan juga Harimau. Kenapalah pencipta tidak menggunakan haiwan lain? Contohnya Kucing, Gajah, Lembu dan juga Kuda. Adakah kerana Kambing dan Harimau ada kaitan? Siapa yang tahu?


Ada Udang di Sebalik Batu.
Ada udang di sebalik batu bermaksud ada muslihat atau niat di sebalik sesuatu perbuatan yang baik. Ada apa di sebalik batu? Udang? Ikan ada tak? Banyak lagi binatang yang ada berdekatan dengan batu, tetapi, kenapalah pencipta ini memilih udang? Pelik juga. Ada juga ikan yang hidup di sebalik batu. Bentuknya seakan-akan ular. Rasanya, jikalau ikan itu digunakan dalam peribahasa ini, lebih sesuai. :P


Babi Merasa Gulai.
Maksudnya ialah, menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. Kenapa pilih Babi? Adakah sebab Babi itu sangat hina? Adakah kerana Babi sangan lurus? Pelik, Babi juga yang dipilihnya. Tiada binatang lain lagi kah? Keldai juga ada bukan? :)


Belut Jatuh ke Lumpur.
Peribahasa ini pula bermaksud, senang sekali. Belut digunakan dalam peribahasa ini kerana badannya licin. Teramat senang untuk jatuh jika kita memegangnya.Oleh sebab badannya yang berlendir. Akan tetapi, ada juga ikan yang badannya licin. Antaranya ialah ikan Keli dan juga ikan Semilang. Badan mereka juga licin. mengapa pencipta peribahasa ini tidak memilih mereka? Mungkin beliau ingin memilih binatang yang terbaik sahaja.


Lima sahaja yang Leelee boleh ulaskan pada malam ini.*Ulaskah begitu? Hehehe, pandai-pandai saja meng'komplen' pasal peribahasa ni. sudah orang cipta itu, sudah la. Terima saja hakikatnya. :PP Apa pula pendapat anda tentang hal peribahasa ini? Kongsi la yaaaa. Oke lah, nak tidur kot. Nak siap-siap juga untuk esok pagi. Hehehehe. Daaa.


Assalamualaikum~
Sehingga bertemu lagi di lain ENTRI. :) Selamat Malam. ZzzzzZZzz

5 kelopak bunga.:

Frank Lampard said...

teringat zaman sekola dlu2 blaja mende2 ni.

Nusa said...

hurm....peribahasa!
ape kate wat topic sal xprnt d negeri org lak :D
sure lg menarik kan :D

fazrin2211 said...

peribahasa org dulu memang best, kalau peribahasa budak2 sekarang, ganas2 sikit

!!!~ZuE SmiLeYx5~!!! said...

hahaaha...akak x pena pown dgr peribahasa yg babi merasa gulai tue...heheh

Aidi-Safuan said...

bler nak update nih?