いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, May 13, 2010

Akibat Minum Air Sejuk


Minum air berais atau sejuk merupakan rutin harian.Selalunya,pagi-pagi pun dah cari air sejuk.Rasa seperti tak boleh hidup tanpa ais.Tak senang duduk.Kadang-kadang,pergi cari ais kiub dalam peti ais.Kunyah-kunyah.Ternyata nikmat sekali.Hahaha.Rosak lah gigi nanti.Alahai~

Walaupun selesema,air sejuk tetap menjadi pujaan hati.Memang tak boleh tinggal.Akibatnya,suara jadi serak.Sakit tekak nak keluarkan suara.Sehinggakan suara tak keluar langsung.Hahaha.Hilang suara pun tak apa,janji puas dapat minum air sejuk.Pabila dapat minum air sejuk tatkala matahari sedang terpacak di langit,tatkala rasa panas menyelubungi diri,memang rasa sangat puas hati.Bagaikan iklan air Coke yang di tayangkan di dalam televisyen.Ahhh~Nyaman sekali.

Kadang-kadang,ketika hari panas dan pada itu kita minum air sejuk,sejuknya air itu naik hingga ke kepala dan akan rasa pening sebentar.Hal ini kerana,dalam darah mengandungi urik asid yang tinggi.Toksik tersebut akan terbongkar keluar jika kita mengambil air sejuk.Kita dapat mengawal pembongkaran toksik tersebut dengan meminum air yang sejuk biasa dan kemudian tinggatkan kesejukkan dengan meminum air sejuk dari peti ais.

Kadang kala,kesan air yang diminum bukanlah disebabkan,tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh.Air sirap mengandungi pewarna yang dapat melemahkan buah pinggang.Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah.Air koko (bermilo) mempunyai tanin dan kafein yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.

Air sejuk sebenarnya dapat menguatkan antibodi bukan melemahkannya.Jadi,minum air sejuk ketika selesema itu sangatlah bagus!Para ibu mengandung juga sangat digalakkan minum air sejuk.Kesimpulannya,air sejuk baik untuk kesihatan.


Info Kesihatan : Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin

Monday, May 10, 2010

Cita-cita Budak Sekolah Rendah.

Wahhh~Semua orang pasti mengalami zaman sekolah rendah kan?Jangan nak tipu kalau cakap tak pernah masuk sekolah rendah.Pengalaman semasa sekolah rendah memang tak dapat dilupakan.Semasa darjah satu,cikgu ajar ABC,kenal nombor.Kalau tak buat kerja sekolah,kena denda.Hahaha.Masa rehat,bawa bekal,makan bawah pokok.Ada juga yang main tiang-tiang sementara tunggu masuk kelas.

Dalam kelas Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris,pasti cikgu akan suruh murid-murid mengarang sebuah karang tentang diri masing-masing.Isi yang paling penting selalunya ialah CITA-CITA.Semua akan menulis tentang cita-cita.Antara cita-cita yang popular dalam kalangan pelajar sekolah rendah ialah ;


1.Polis.


2.Doktor



3.Askar/Tentera.


4.Cikgu.



5.Peguam.


Masa darjah satu,Leelee bercita-cita nak jadi seorang cikgu sebab nak jadi macam Mak.Tapi bila dah besar.macam-maca sudah tahu.Jadi,cita-cita pun bertukar.Hahaha.Cita-cita anda masa sekolah rendah dulu macam mana?Kongsi la sikit.Heee~ ((;


P/S : Cita-cita yang di atas,Leelee ambil dari kebanyakan kawan-kawan.Masa sekolah rendah,banyak juga ambil biodata kawan-kawan.Hohoho~Hasil dari itu,dapat juga buat entri.