いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Friday, November 19, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 2)

Untuk baca Bab 1, klik sini.

Bab 2 : AIR MATA

Seperti kebiasaannya, bilik ‘study’ yang berlangsir jingga pasti akan separuh penuh selepas azan Isyak berkumandang. Penghuni-penghuni asrama perempuan tingkatan lima sedang berusaha berlipat ganda kerana peperiksaan SPM bakal tiba 8 hari lagi. Ada juga di antara mereka yang belum mula mengulang kaji walaupun sedar akan kehadiran SPM yang dekat. Ahli-ahli kamar F5 semuanya sedang mengulang kaji mata pelajaran yang penting kecuali Ama. Hanya dia seorang sedang membaca majalah Dara. Mungkin dia ingin menambahkan ilmu pengetahuannya agar mudah untuk membuat karangan.

Dalam pada itu, Zaty mengajak Mone berbincang tentang isi hatinya. Mereka pergi ke bilik seterika kerana keadaannya sesuai dengan tujuan mereka. Zaty memulakan perbicaraannya dengan Mone. Dia meluahkan segala-galanya tentang perkara yang telah dilakukan oleh Mone sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati. Zaty tidak lagi memendamkan perasaannya yang selama ini bergunung dalam hati. Hal ini hanya menambahkan beban dan masalah kepadanya. Bergelinang kolam matanya semasa menceritakan masalahnya kepada Mone. Dia menegur fiil Mone yang buruk.

“Mone, Ty tak puas hati dengan kata-kata Mone sebelum ini,” beritahu Zaty kepada Mone dengan nada sedih. Mone terasa dengan penjelasan Zaty. Dia memujuk Zaty yang telah menangis. Malam tersebut bagai memahami isi hati Zaty. Hujan renyai-renyai menambahkan lagi kesedihan Zaty pada saat itu.

Setelah selesai, Zaty keluar dari bilik seterika dengan senyuman. Dia seterusnya pergi ke bilik ‘study’ dan berjumpa dengan Nanie. Dia menceritakan perbicaraannya dengan Mone kepada Nanie.

“Nanie, tadi Ty tipu Mone. Ty kata Ty tak puas hati dengan dia. Dia rasa bersalah tambah lagi bila Ty menangis depan dia,” cerita Zaty kepada Nanie. Nanie tersenyum lebar mendengar cerita Zaty kerana cerita tersebut tipu belaka.

“Kasihan Mone,”ujar Nanie sambil senyum.

“Okaylah tu. Mula-mula kita buat dia sakit hati dulu. Selepas itu,baru kita buat dia ‘happy’”, jelas Zaty, mengangkat keningnya sambil tersengih-sengih bagai kerang busuk.

1 kelopak bunga.:

Fahmie said...

bab 1 punyer kau tak link kan.so aku mcm tak paham cerite kau nie.pape pon.gud luck la yerk.^_^

Terkini:
1. Akhirnya Berakhir Sudah
2. Entry Ke-47 Nie Entry Paling Panjang Aku Pernah Tulis
3. Bila Aku Jumpe Perempuan Yang Aku Benci