いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Monday, May 30, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat [Cerpen] Part 2


Pengganti

“Assalamualaikum, mak! Fakhrul dah balik ni,” mata Fakhrul liar mencari emaknya. Sudah menjadi kebiasaan, Fakhrul akan bersalam dengan ibunya sebelum ke sekolah dan juga selepas pulang dari sekolah.

“Ya, mak datang ni,” terus ibu Fakhrul meluru ke arah anaknya dan bersalam. “Haa, Fakhrul rehat la dulu. Mak belum habis masak lagi ni. Nanti dah siap, mak panggillah , ya?”

“Baik mak,” jawabnya. Fakhrul terus ke biliknya, meletakkan beg sekolah di tepi katil. Seterusnya dia mandi dan menunaikan solat Zohor. Sesudah selesai solat, dia duduk termenung di situ. Fikirannya melayang-layang ke tempat lain, mengenangkan perjalanan hidupnya yang dirasakan tidak lama. Tiba-tiba dia tersentak, telefon bimbitnya berbunyi menerima mesej.

Fakhrul, petang nanti, jangan pula kau lupa janji kita. –Naim-

Hampir-hampir Fakhrul lupa akan janjinya untuk berlatih sempena Hari Guru yang bakal tiba dua hari lagi. Mereka akan membuat persembahan dengan menanyikan lagu “Andai Aku Pergi Dulu” dendangan Alleycats. Fakhrul akan menyanyi, manakala Naim akan bermain gitar. Semuanya idea Fakhrul.

“Fakhrul, jom makan, makanan dah sedia ni!” laung ibu Fakhrul memanggil anaknya untuk makan bersama.

“Ya, mak.”

Fakhrul merupakan anak tunggal kepada Puan Ros. Bapa Fakhrul telah meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun. Sejak dari itu, Puan Ros membesarkan Fakhrul seorang diri. Dia mengambil upah membuat baju untuk menyara keluarganya. Harta yang ditinggalkan oleh bapanya disimpan untuk perbelanjaan belajar Fakhrul.

“Mak, mak tak nak kahwin ke?” tanya Fakhrul.

“Buat apa mak nak kahwin?”

“Tak ada la. Nanti kalau Fakhrul dah tak ada, siapa yang nak jaga mak? Bukannya tak ada orang yang nak kahwin dengan mak. Pakcik Hamid kat hujung kampung tu, dah lama dia tunggu mak.”

“Ish, kamu ni Fakhrul. Jangan cakap yang bukan-bukan. Mak dah ada kamu, tak perlu mak nak kahwin lagi.”


Fakhrul terdiam sebentar. Dia tak dapat membalas kata-kata ibunya. Segera dia menukar topik.

“Mak, petang nanti Fakhrul nak keluar. Fakhrul janji nak berlatih untuk persembahan nanti dengan Naim.” Ibu Fakhrul mengangguk tanda setuju. Mereka meneruskan makan. Setelah selesai makan, Fakhrul membantu ibunya mengemas meja makan.

“Bawa motor tu hati-hati. Tengok kiri kanan sebelum melintas. Jangan terburu-buru bawa motor tu,” nasihat Puan Ros kepada anaknya sambil membasuh pinggan.

“Baiklah mak, saya bukan budak kecil lagi. Hehehehe,” gurau Fakhrul sambil mendekati ibunya untuk bersalam. “Assalamualaikum mak, saya pergi dulu!”

* * *
Bersambung...

*Cerpen yang bosan sebab terlalu detail. Maaf.

Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat [Cerpen] Part 1

Sahabat Karib

“Kringgggggggggggggg,”  berbunyinya loceng menandakan waktu rehat telah tiba. Riuh bunyi kerusi diseret di atas lantai simen memecah kesunyian di Sekolah Menengah Kebangsaan Payung Hijau. Suara pelajar-pelajar yang sedang berpusu-pusu untuk ke cafeteria sekolah mengganggu konsentrasi Cikgu Maya yang  sedang mengajar kelas tingkatan 6 Aman.
 
“Cikgu, dah rehat lah,”  beritahu Naim kepada Cikgu Maya sambil menutup bukunya.

“Oh, maaf. Tak sedar pula cikgu yang loceng dah berbunyi. Okay, kita berhenti di sini. Untuk subtopik yang seterusnya, kita sambung pada hari Khamis, ya,” ujar Cikgu Maya dengan nada yang lembut.

Ketua kelas mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maya dan seterusnya diikuti oleh pelajar yang lain. Sebaik sahaja Cikgu Maya keluar, penghuni kelas tersebut memulakan langkah mereka ke kafeteria kecuali Fakhrul yang sedang termenung. Naim yang tadinya sibuk untuk keluar rehat mendekati Fakhrul perlahan-lahan. Fakhrul disergahnya.

“Ish kau ni, kalau aku ada sakit jantung, dah mati aku ni tau.”

“Hahahaha, kau jangan cakap macam tu. Hidup kau panjang lagi la.”

“Ya la kau. Ajal kita Allah saja yang tahu. Aku rasa macam aku tak lama saja kat dunia ni.”

“Oi Fakhrul, janganlah kau mengarut lagi. Dah, dah. Jom kita ke kafeteria. Perut aku dah bunyi dah ni,” kata Naim sambil menarik tangan sahabat karibnya itu.

Naim dan Fakhrul merupakan sahabat sejak dari mereka kecil lagi. Mereka mempunyai perangai yang sangat berbeza. Naim merupakan seorang yang nakal dan panas baran manakala Fakhrul seorang yang baik hati, penyabar dan berfikiran matang. Dikala Naim mempunyai masalah dan inginkan pendapat, pasti dicarinya Fakhrul. Mereka sentiasa bersama jika mereka mempunyai masa lapang.

“Makcik, nasi lemak ayam satu!” ujar Naim sambil memegang sepinggan nasi lemak yang dijual di situ.

“Seringgit lima pulun sen, nak,” beritahu makcik itu. Naim mengambil dompetnya dan mendapati dompetnya itu tiada berisi duit. Dia lantas menoleh ke arah Fakhrul sambil mengerut dahinya.

“Aku faham. Tak apa, biar aku belanja kau.”

Thanks, kaulah sahabat sejati aku! Boleh la aku tak bawa duit selalu, dapat la aku makan free hari-hari. Hehehehe,” usik Naim. Dia terkenal dengan sikapnya yang sering mengusik dan mengenakan orang lain.

Mereka duduk di satu sudut di belakang kerana tempat lain sudah penuh. Naim yang kelaparan dari tadi makan nasi dengan lahapnya. Fakhrul hanya melihat kelaku Naim sambil mengunyah kuih yang dibelinya tadi.

“Alhamdulillah,” ucap Naim setelah menghabiskan makanannya. “Lambatnya kau makan Fakhrul, macam perempuan lah. Hahahahaha.”

“Biar la. Sibuklah kau ni.”

“Ehhh, apa kat belakang tu? Peliknya,” ujar Naim sambil menunjuk ke arah yang disebutnya tadi. Fakhrul menoleh dan melihat tiada apa yang pelik. Apabila dia kembali menoleh ke depan, didapatinya satu daripada kuihnya telah hilang. Dipandang muka Naim dengan pandangan yang tajam.

“Kau makan ehh?” tanya Fakhrul dengan nada seorang penyiasat. Naim hanya tersengih menampakkan giginya  sehinggakan matanya tertutup.

“Kalau kau nak, kau minta la. Bukannya aku tak nak bagi pun. Haihhh,” keluh Fakhrul. “Dah makan nasi sepinggan pun lapar lagi. Kau baca bismillah tak tadi?"

* * *
Bersambung..

*Hasil tulisan Leelee yang tak berapa. Tak tau nak sambung macam mana selanjutnya. ~.~
Selamat Hari Lahir Sahabat [Cerpen] Part 1