いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, December 10, 2011

2 Saat. Kejam?

Assalamualaikum!

Hari ni Leelee pergi jumpa kawan kat KTM Serdang. Masa tengah dok tunggu kawan sampai, ada seorang perempuan(promoter) ni datang tegur. *nak promote benda la tu. Perbualan kami adalah seperti di bawah :

Promoter : Hai adik. Adik asal mane?


Leelee : Kedah.

Promoter : Oh, kedah~ Adik belajaq mana? *Dan dan tukaq cara cakap. Bunyi tak berapa nak betoi.

Leelee : Uniten.

Promoter : Oh, boleh akak ambik masa adik due saat? *gila tak logik!

Leelee : Aaaaaa. (sambil sengetkan kepala) *tak tau nak jawab apa.

Promoter : Tunggu kejap eh. (berfikir sekejap) Aaaa, adik ikut akak la.Kat sana tu.

Leelee : (ikut saja) *tak tau nak jawab apa. Nak tolak pun tak berani.

Promoter : Okay, adik pernah dengar tak 'anak seniman malaysia'? *dah lupa nama seniman apa entah. hentam saja.

Leelee : (geleng kepala)

Promoter : Bla bla bla... adik ada insurans?

Leelee : Hmmm (sengetkan kepala, tak jawab soalan, mata meliar cari kawan) *taksure ada atau tidak. tapi rasanya ada.

Promoter : Oh, mati katak la ni? bla bla bla bla....

Leelee : (senyum, mata meliar lagi cari kawan)

Promoter : Bla bla bla... bla bla bla....

Leelee : (dok tengok orang yang lalu) *dalam hati " haaa, dia dah sampai! ish, perempuan ni tak habis lagi".

Promoter : Bla bla bla bla.

Tiba-tiba 'handphone berbunyi'.

Leelee : (angkat, pastu letak sebab dah nampak kawan)

Promoter : Siapa?

Leelee : Kawan. Tu (tunjuk kawan) Kejap eh? (sambil jalan ke arah kawan)

Promoter : Ok, kejap.

Dah sampai kat kawan.

Leelee : Wehh, orang tu dok cakap dengan aku. Camna ni? Nak pi dak kat dia?

Kawan : Biaq la kat dia. Lantak aa. Hari tu aku dengan kawan aku pun kena gak, tapi kami blah ja. Jom! (sambil tarik tangan Leelee)

Leelee : Jalan ikut kawan sambil tengok orang tu. (tak sampai hati pun nak blah camtu. kesian tu ada, rasa macam kejam gila)
Sekadar Hiasan

Hahahaha, kejam? Tapi dua saat dia lama sangat. Jenuh la nak dengar, bukannya kita berminat pun. Hahaha. Kalau tolak pelawa dari awal kan lagi bagus dari lari tengah jalan. Kalau la perkataan "tak mau", "tidak" senang untuk dikeluarkan. Alahai~