いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Monday, May 30, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat [Cerpen] Part 2


Pengganti

“Assalamualaikum, mak! Fakhrul dah balik ni,” mata Fakhrul liar mencari emaknya. Sudah menjadi kebiasaan, Fakhrul akan bersalam dengan ibunya sebelum ke sekolah dan juga selepas pulang dari sekolah.

“Ya, mak datang ni,” terus ibu Fakhrul meluru ke arah anaknya dan bersalam. “Haa, Fakhrul rehat la dulu. Mak belum habis masak lagi ni. Nanti dah siap, mak panggillah , ya?”

“Baik mak,” jawabnya. Fakhrul terus ke biliknya, meletakkan beg sekolah di tepi katil. Seterusnya dia mandi dan menunaikan solat Zohor. Sesudah selesai solat, dia duduk termenung di situ. Fikirannya melayang-layang ke tempat lain, mengenangkan perjalanan hidupnya yang dirasakan tidak lama. Tiba-tiba dia tersentak, telefon bimbitnya berbunyi menerima mesej.

Fakhrul, petang nanti, jangan pula kau lupa janji kita. –Naim-

Hampir-hampir Fakhrul lupa akan janjinya untuk berlatih sempena Hari Guru yang bakal tiba dua hari lagi. Mereka akan membuat persembahan dengan menanyikan lagu “Andai Aku Pergi Dulu” dendangan Alleycats. Fakhrul akan menyanyi, manakala Naim akan bermain gitar. Semuanya idea Fakhrul.

“Fakhrul, jom makan, makanan dah sedia ni!” laung ibu Fakhrul memanggil anaknya untuk makan bersama.

“Ya, mak.”

Fakhrul merupakan anak tunggal kepada Puan Ros. Bapa Fakhrul telah meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun. Sejak dari itu, Puan Ros membesarkan Fakhrul seorang diri. Dia mengambil upah membuat baju untuk menyara keluarganya. Harta yang ditinggalkan oleh bapanya disimpan untuk perbelanjaan belajar Fakhrul.

“Mak, mak tak nak kahwin ke?” tanya Fakhrul.

“Buat apa mak nak kahwin?”

“Tak ada la. Nanti kalau Fakhrul dah tak ada, siapa yang nak jaga mak? Bukannya tak ada orang yang nak kahwin dengan mak. Pakcik Hamid kat hujung kampung tu, dah lama dia tunggu mak.”

“Ish, kamu ni Fakhrul. Jangan cakap yang bukan-bukan. Mak dah ada kamu, tak perlu mak nak kahwin lagi.”


Fakhrul terdiam sebentar. Dia tak dapat membalas kata-kata ibunya. Segera dia menukar topik.

“Mak, petang nanti Fakhrul nak keluar. Fakhrul janji nak berlatih untuk persembahan nanti dengan Naim.” Ibu Fakhrul mengangguk tanda setuju. Mereka meneruskan makan. Setelah selesai makan, Fakhrul membantu ibunya mengemas meja makan.

“Bawa motor tu hati-hati. Tengok kiri kanan sebelum melintas. Jangan terburu-buru bawa motor tu,” nasihat Puan Ros kepada anaknya sambil membasuh pinggan.

“Baiklah mak, saya bukan budak kecil lagi. Hehehehe,” gurau Fakhrul sambil mendekati ibunya untuk bersalam. “Assalamualaikum mak, saya pergi dulu!”

* * *
Bersambung...

*Cerpen yang bosan sebab terlalu detail. Maaf.

1 kelopak bunga.:

Kakkoii said...

huh... ada bakat. bila nak tulis novel lak?