いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, November 18, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 1)

Assalamualaikum semua!

Hehehe, entri lagi untuk hari ini. ;D Cerita ini merupakan kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah yang sangat dicintai oleh penghuni-penghuni di situ. Selamat membaca karya yang tak seberapa. Al-maklum lah, 'first time' tulis cerita yang agak panjang ni. Hihihihi.



Bab 1 : RANCANGAN


Tepat pukul 6.20 petang,kedengaran satu bunyi yang amat membingitkan telinga menandakan waktu makan malam telah tiba.Syaza yang agak kelaparan mempercepatkan langkah ke kamarnya,F5 yang telah mndapat anugerah kamar tercantik dan terbersih dengan mengumpul sebanyak 75% setelah selesai menunaikan solat Asar.Apabila tiba di kamar,dia terus mengejutkan rakannya,Mone yang sedang lena dibuai mimpi indah untuk bertanya sama ada dia ingin mengisi perut atau tidak.

"Mone,bangun Mone.Hang nak pergi makan tak?"Syaza membangunkan Mone lalu bertanya.

"Tak nak la,"balas mone ringkas.

Dia berasa tidurnya terganggu.Mimpinya yang indah belum sempat menemui kesudahan.Namun begitu,dia tahu bahawa mimpi tersebut sukar untuk menjadi kenyataan.Dia terus bangun dari pembaringannya dan terus duduk di tepi katil rakannya,Ama yang bercadar biru muda lambang sekolah mereka iaitu Sekolah Menengah Teknik Alor Setar atau lebih dikenali dengan panggilan Astech.Pada waktu itu,dia tidak sedar bahawa sang matahari mula mengundur diri memberi peluang kepada sang bulan untuk memperagakan diri.Dia hampir terpedaya dengan keadaan persekitaran yang hampir sama dengan waktu pagi.


"Ish,ingatkan aku dah lewat untuk ke sekolah!Rupa-rupanya Maghrib hampir menjelang.Nasib baik aku tak tanya Syaza tadi.Kalau tak,dah tentu dia gelakkan aku,"bisik hati kecilnya.

Mone memerhatikan Syaza yang sedang membangunkan Leelee untuk mengajak makan bersama.Setelah itu,Mone terus menuju ke tandas blok G,aras bawah untuk berwuduk seterusnya menunaikan solat Asar.Dia berdoa supaya Allah permudahkan urusannya ketika menjawab soalan peperiksaan SPM kelak.Setelah selesai,dia bersiap-siap untuk membasahkan dan membersihkan dirinya.Dia naik ke aras 2,blok G dan menuju ke tandas untuk merealisasikan hasratnya.Pada masa yang sama,Damie turut membersihkan dirinya di tandas blok G,aras bawah.

Ketika Leelee kelihatan ingin keluar dari kamar sambil memegang kain telekung serta anak tudung berwarna hitam,Damie menyoal Leelee sama ada dia ingin bersolat di surau besar atau tidak.Dia menerima jawapan negatif begitu juga apabila menyoal Mone.

ketika Mone pergi menunaikan solat Maghrib,Yan,Jart,Leelee dan Mas mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Odie.Mereka melanjutkan lagi perbincangan tentang rancangan untuk mengenakan Mone sempena hari lahirnya yang bakal tiba pada pukul 12 tengah malam nanti.Mereka bergelak tawa merancang perkara yang akan dilakukan oleh mereka kepada Mone.Mone masuk dan terus ke lokernya untuk membelek telefon bimbit.Apabila Cikyu masuk,Pika dengan sengajam menyoal Cikyu dengan nada yang kuat tentang rancangan yang akan dilakukan oleh mereka.

"Cikyu,kejap lagi nak buat apa kat Mone?"

"Baling tahi,"balas Cikyu dengan muka yang serius.Mereka satu kamar ketawa setelah mendengar jawapan Cikyu.

1 kelopak bunga.:

- Ma StOrY - said...

zaman remaja adalah yang paling seronok... dan paling bnyk kenangan...
rse mcm nk kembali masa dlu je...
wahahaa..