いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Friday, November 26, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 5)


Bab 5 : ‘SURPRISE!’

Mone masuk ke kamar dan teruk dimarahi oleh Yan. Dia melihat keadaan Zaty dan cuba untuk memujuknya. Akan tetapi, pada saat yang genting, pundi kencingnya pula penuh dan keinginan untuk ke tandas amat tinggi. Pada masa itu, ahli-ahli F5 mengambil kesempatan masuk ke dalam kamar. Mereka semua mengelilingi Zaty dan membuat muka tak puas hati. Leelee pergi memanggil Mone di tandas dengan nada marah kerana Mone mengambil masa yang lama. Tiba-tiba, Shekin masuk ke tandas dan mengucapkan selamat kepada Mone. Nasib ahli-ahli F5 agak baik kerana Mone tidak mendengar ucapan tersebut. Leelee kemudiannya menyuruh Shekin masuk ke dalam kamar untuk menyambut hari lahir Mone bersama-sama. Dia terpaksa menahan air kecilnya kerana disuruh ke kamar. Apabila Mone keluar dari tandas, Leelee terus menarik telinga Mone sambil marah-marah.

Sampai di kamar, dia tersenyum melihat ahli-ahli kamar berkumpul. Dia bagaikan sudah menghidu rancangan mereka. Mereka semua memarahi Mone tetapi dia masih tersengih-sengih. Zaty menangis dan Mone duduk di hadapannya. Mereka semua mendengar percakapan Mone dan Zaty. Mereka semua diam seketika.

“Mone, sebenarnya kami menangis sebab . . . Yan,hang sambung la, ”Zaty tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Laa. Hang la cerita.”

“Sebab . . .”

“ ‘Happy birthday’,” sambung Pika.

Mereka semua menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir versi bahasa Inggeris kepada Mone. Yan dan Syaza menabur bedak ke atas kepala Mone. Bukan itu sahaja,mereka juga memukulnya dengan bantal. Sekali lagi lagu Selamat Hari Lahir dinyanyikan oleh mereka.

“Happy birthday to you,”

“Happy birthday to you,”

“Happy birthday to . . . Mo . . . ne~, ”

“happy birthday to you !”

Mereka bertepuk tangan meraikan hari lahir Mone. Mereka bersalam-salaman sementara Pika dan Cikyu melakukan perkara yang tak senonoh kepada Mone.

“Minta maaf Mone. Hang dah tak suci, ”ucap Cikyu ketika bersalam dengan Mone. Mereka satu kamar ketawa dan gembira menyambut hari lahir Mone. Mungkin hari itu merupakan salah satu daripada hari-hari indah mereka semua.

TAMMAT

Huhh, dah tamat pun. merapukan cerita ni? Hahaha. Leelee memang tak reti buat cerita pun. ;D

Sunday, November 21, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 4)


Bab 4 : BUAT TERUK


Setelah pulang ke kamar, dia menukar pakaiannya kembali dan bersiap-siap untuk bersolat Isya’. Dalam pada itu, Zaty berada di dalam surau. Dia sedang mengarang ayat yang sesuai untuk menyambut hari lahir Mone. Apabila Mone masuk ke dalam surau, dia membuat bising dengan salah seorang yang berada di situ. Hal tersebut telah membuatkan Zaty berasa tertekan. Dengan muka ‘tension’nya, dia memarahi Mone. Mone merenung Zaty dengan pandangan yang tajam lalu menjeling kepadanya. Dia terus memakai telekung dan tidak mengendahkan Zaty. Sedang Mone sembahyang, Zaty keluar dari surau tersebut dan terserempak dengan Kak Chik yang menetap di kamar F2. Mereka bertegur sapa sesama sendiri. Zaty mengambil kesempatan untuk bertanya tentang ayat-ayat sedih.

“I miss my mom,” jawab Kak Chik.

“Bukan. Lagi sedih dari itu,” balas Zaty.

“Erm. Pi dok sana la.”

Zaty menggunakan ayat-ayat tersebut bagi mendorongnya untuk menangis. Hal ini adalah untuk menjayakan rancangannya. Dia pulang ke kamar dengan mata merah yang berair lalu menuju ke katil Leelee.

“Rasa macam nak nangis la. Sedih,” beritahu Zaty lalu mengesat matanya dengan tuala jingga.

Dia pergi ke katilnya lalu baring sambil melayan perasaannya. Mone meletakkan kain telekungnya yang telah dilipat di atas katilnya. Dia terus keluar tanpa menghiraukan Zaty. Mata Cikyu yang asalnya sedang membaca mesej di skrin ‘handphone’nya tertumpu kepada Zaty yang sedang menangis. Dia berbual-bual dengan Zaty dan disuruh memanggil Nanie.

“Nanie, Ty panggil. Acik tak tau sebab apa dia menangis,” beritahu Cikyu.

Nanie yang khusyuk mengulang kaji terpaksa berjumpa dengan Zaty. Mone yang memerhatikan Nanie berasa serba salah. Setelah berbincang dengan Nanie, Zaty meminta Nanie untuk memanggil Yan. Yan berjumpa dengan Zaty dan Nanie pulang ke meja ‘study’nya. Mereka berdua berbincang tentang rancangan seterusnya.

Tiba-tiba Yan meluru masuk ke dalam bilik ‘study’ dan memarahi Mone. Dia tidak putus-putus bertanya tentang apa yang telah berlaku dan apa yang membuatkan Zaty menangis. Suaranya kedengaran satu bilik. Suasana bertukar menjadi senyap sepi. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. Wana yang sedang membuat kerjanya berasa terganggu dengan suara nyaring Yan. Dia tidak lagi dapat menahan sabarnya. Akhirnya, sabarnya meletup dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Tambahan lagi,dia tidak tahu apa yang berlaku.

Saturday, November 20, 2010

KENA-NGAN KAMI (Bab 3)




Bab 3 : KOAY TEAW SUP


Lampu pendaflour menerangi kamar F5. Along yang sedang tidur nenyak tiada siapa yang ganggu. Kelihatan Leelee sedang menulis karangan dengan kusyuk. Pika pula sedang menjemur ‘anak-anaknya’ di bawah kipas. Syaza masuk ke kamar dan menuju ke katil Leelee dan bertanya tentang karangan yang dikarang. Dia kemudiannya menukar pakaian untuk ke dewan makan.

“Syaza, betulkah malam ini makan koay teaw sup?” soal Leelee.

“Betullah. Selalu aku pergi hari Selasa makan koay teaw sup.Aku nak pergi gosok tudung ni. Sekejap lagi hang panggil aku di surau. Okay?”

Leelee hanya mengangguk dan meneruskan pengarangan. Pika yang selesai menjemur pakaiannya meminta karangan yang dikarang oleh Leelee. Dia membaca sambil ketawa. Masuk pula Mone ke dalam kamar untul bersiap-siap.

“Oi Mone, awalnya hang siap. Baru pukul 10.15,” tegur Leelee.

“Biasalah. Aku nak kena salin seluar lagi. Nanti lambat pulak.”

Setelah selesai menyalin seluar, dia disuruh menutup suis lampu oleh Pika. Dia kemudiannya ditegur oleh Pika kerana memadamkan lampu yang salah. Apabila Leelee melihat Mone hampir siap, dia terus mencapai tudung lalu keluar dari kamar dan mengunci pintu kerana enggan pergi bersama Mone.

“Wei, tunggu la aku,” ujar Mone dengan nada sedih.

Leelee membuka kunci pintu dan bersembunyi di tepi tangga bersama Yan dan Pika. Mone terkejut apabila mereka menjerit ketika lalu di hadapan mereka. Mone, Leelee dan Yan berjalan dan meminta Aini memanggil Syaza di surau. Mereka bertiga pergi ke dewan makan bersama-sama dan melihat penghuni-penghuni asrama lelaki beratur panjang untuk mengambil makanan. Syaza memberitahu dia ternampak makanan diletak di atas pinggan dan bukannya mangkuk.

“Laaa. Bukan koay teaw sup la. Ini semua hang punya pasal la Mone. Sebab hang, koay teaw sup tak ada. Buat penat saja aku mai,” ujar Leelee. Syaza menyokong kata-kata Leelee, begitu juga dengan Yan. Leelee pulang ke kamar kerana telah ditipu oleh Mone tentang menu ‘supper’ malam itu.

Setelah kesesakan penghuni-penghuni asrama lelaki reda, mereka terus masuk ke dewan makan kerana tahap kelaparan Mone bertambah dari masa ke masa dan tidak dapat dikawal lagi. Yan terus-menerus mencari gaduh dengan Mone yang buat-buat ‘cute’. Mone makan dengan lahapnya kerana tidak makan sejak petang tadi. Setelah selesai, Yan membaca doa sesudah makan dan meletakkan pinggan dan gelas plastiknya di hadapan Mone. Dia tanpa berkata apa-apa, terus bangun dan meninggalkan meja tersebut. Syaza menyusuli Yan dari belakang. Mone terpaksa mengangkat pinggan dan gelas tersebut seorang diri.