いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, October 27, 2011

Kerana Plagiarism, Pelajar Dibunuh

Kolej kediaman putera, Universiti XXX, pukul 3 pagi

Di dalam bilik yang hanya diterangi lampu meja yang malap, seorang pelajar sedang duduk tekun menyiapkan sesuatu di meja belajarnya. Rakan sebiliknya sudah pun tidur dengan nyenyak. Malam itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas dan juga bunyi kerja yang dihasilkan oleh pelajar tersebut.

"Haaa, siap juga akhirnya assignment ni! Plagiarism, tak plagiarism. Janji siap", kata pelajar tersebut sambil tersenyum.

Kolej kediaman putera, Universiti XXX, pukul 7  pagi

Suasana pagi sangat kelam-kabut. Pelajar-pelajar mengerumuni satu tempat, di mana seorang pelajar mati terbunuh. Dada pelajar tersebut berlapikkan kerja assignment, ditusuk dengan sebilah pisau dapur, tepat pada jantungnya.
Do not Cross

"Boleh kamu semua beritahu kami, di mana kamu berada dan apa yang kamu buat pada jam 3 hingga 6 setengah pagi tadi?" soal seorang anggota polis kepada semua pelajar yang berada di situ.

Makmal kimia 1, Universiti XXX, pukul 9.45 pagi 


Para pelajar asasi kejuruteraan, kelas 1 sedang menunggu lab instructor datang dengan penuh sabar. Miki dan Misa duduk menunggu di atas tangga berdekatan dengan makmal kimia 1.


"Weh Miki, kau dengar tak cerita seorang budak lelaki kena bunuh pagi tadi?" soal Misa.

"Ehh, ya kah? Sebab apa dia kena bunuh?" soal Miki kembali.

"Entah, aku pun tak tau. Rasanya ada kena mengena dengan assignment sebab budak tu kena tikam dengan pisau. Antara pisau dengan dada dia, ada kertas assignment yang dah lengkap".

"Ish, siapa la yang sanggup bunuh orang sebab assignment," keluh Miki.

"Eh, jom masuk. Sir Raja dah sampai", ajak Misa.

Kolej kediaman puteri, Universiti XXX, pukul 1 pagi + 1 hari


Cahaya bulan purnama menerangi kawasan tersebut. Suasana di situ sunyi sepi.  Kedengaran suara dua orang pelajar perempuan sedang bercakap-cakap dari bilik belajar.

"Miki, boleh tak kau tolong aku buat assignment ni? Esok aku dah nak kena hantar", soal Misa memohon bantuan Miki.
Assignment

"Ala, senang saja tu. Kau copy saja apa yang kau jumpa, lepas tu kau paste and edit la apa yang patut. Bukannya lecturer tu perasan sangat pun.

"Tapi, tu kan plagiarism namanya".

"Kau ni, siapa yang suruh kau tangguh assignment tu? Haihh", keluh Miki.

"Baik, baik", jawab Misa, mengalah.

Tanpa melengahkan masa, Misa terus mencari maklumat untuk menyiapkan assignmentnya, manakala Miki menyambung semula ulangkajinya kerana ujian Fizik semakin hampir. Tidak lama selepas itu, Miki perasan yang dia terlupa bawa kalkulator.

"Misa, aku naik atas kejap tau. Terlupa bawa kalkulator la", beritahu Miki. Misa hanya menganggukkan kepalanya dan kembali menyambung kerjanya. Miki  keluar menujuk biliknya.

"Sikit lagi, sikit lagi nak siap", Misa senyum sendirian. Dia mengedit assignmentnya dan akhirnya siap. Dia tersenyum puas melihat kerjanya yang sudahpun siap.

Kalkulator

Kolej kediaman puteri, Universiti XXX, pukul 2 pagi + 1 hari


"Ish, dah tua dah aku ni", keluh Miki seorang diri sambil menuruni anak tangga. Sampai sahaja tingkat 3, dia ternampak seorang perempuan seakan terapung di tangga tingkat satu bertentangan dengan tempat dia berdiri. Miki terkejut, kaku. Kalkulator yang dipegangnya terlepas dari tangannya. Rasa takut mula menguasai dirinya. Dia tanpa berfikir panjang, mula bergegas pulang ke biliknya. Sampai sahaja dibilik, terus dikunci pintu. Dia kemudian menyelubung diri dengan selimut, memaksa dirinya tidur.

Kolej kediaman puteri, Universiti XXX, pukul 7.30 pagi + 1 hari


Miki keluar dari biliknya untuk ke kelas. Kedengaran bunyi bising suara orang bercakap-cakap datangnya dari bawah. Dia pun menjenguk ke bawah dan terlihat polis ramai pelajar-pelajar perempuan mengerumuni tempat yang di mana dia ternampak seorang perempuan seakan terapung. Terus Miki bergegas ke tempat tersebut.

Alangkah terkejutnya, Misa terbaring kaku di situ, berlumuran darah. Sahabatnya itu berkeadaan sama dengan apa yang berlaku kepada seorang pelajar lelaki terbunuh semalamnya. Miki terduduk , air matanya mengalir tanpa di suruh.

"Aku nampak, aku nampak dia terapung semalam! Tak sangka dia akan dibunuh, tapi tak ada orang pun yang aku nampak bersama dia! Tak masuk akal!" air mata Miki terus mengalir.

TAMAT

P/s : Cerita yang diadaptasi daripada mimpi. Memang mengarut, kan? Maaf, Bahasa Melayu teruk.
*Gambar dari Google

Saturday, October 22, 2011

Cara Menjaga Gigi

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog ni. Bila tengah tulis entri, mesti ada penghalang. Lepas tu simpan dalam draft dan tak bukak-bukak dah. Memang malas dah nak sambung, idea pun dah hilang. Itu sebab lah blog ni tak di-update. Hahaha.

Sekarang ni gigi Leelee yang paling bongsu sekali sedang menonjolkan diri. Sakitnya biasalah. Tapi, yang menambah kesakitan tu adalah ulcer yang berada di dalam pipi, dan ianya besar. Bukan tu saja, kat hujung lidah pun ada ulcer kecik. Kecik pun, sakit jugak. Sebelah kiri sakit ulcer bersar, sebelah kanan sakit gusi gigi baru, sebelah depan, sakit ulcer kecik. Sakitnya, Tuhan saja yang tau.

Okay, berbalik kepada tajuk entri. Hari tu, Leelee pergi klinik gigi untuk cuci gigi. Lepas habis cuci, doktor tu pun suruh la nurse dia ajar cara nak jaga gigi. Ya la, gigi bukannya boleh ganti baru. Kalau tak jaga, merana la nanti. :D Berikut merupakan cara menjaga gigi yang telah diajar oleh  nurse tersebut :


Gigi menawan


1. Gosok gigi, minimum 2 kali sehari. Gosok gigi sebelum tidur, selepas atau sebelum ambil sarapan( seelok-eloknya selepas ambil sarapan, dan selepas makan.  Menggosok gigi selepas makan boleh diganti dengan berkumur disebabkan kita tak sentiasa mempunyai masa yang lapang.


2. Tak boleh makan biskut. Jangan makan langsung biskut. Sebabnya, apabila kita makan biskut, akan ada sisa yang melekat di celahan gigi. Sisa ni takkan hilang dengan mudah, dan takkan hilang sepenuhnya. Kalau kita kumur pun, sisa yang melekat celah gigi takkan hilang.

3. Jangan makan buah yang masam. Buah yang masam mempunyai asid sitrik. Apabila kita makan buah yang masam secara terus, asid tersebut akan melekat pada gigi dan akan menghakis gigi. Lain pula dengan jus buah yang mana ianya bercampur air.


4. Kunyah makanan dengan kedua-dua belah gigi. Apabila kita kunyah makanan dengan hanya sebelah gigi, contohnya ; kita kunyah dengan menggunakan gigi sebelah kanan, makanan yang dikunyah akan terkumpul di sebelah kiri. Jadi karang gigi akan terbentuk lebih banyak pada bahagian kanan.

5. Kunyah buah yang berair atau sayur selepas makan. Air yang dikeluarkan oleh buah dan sayur apabila dikunyah akan mencuci sisa kunyahan makanan yang terlekat pada gigi.

6. Jangan gosok gigi hadapan dan gigi bahagian dalam secara melintang. Menggosok gigi secara melintang akan menyebabkan gigi terhakis dan hal ini akan menjadikan gigi sensitif. Kalau kita menggosok gigi secara menegak, sisa makanan yang terperangkap dalam poket gigi dapat dikurangkan.

7. Makan hanya 3 kali sehari. Cuba kurangkan sesi makan. Jangan saja-saja makan, contohnya ; makan makanan ringan ketika bosan. Sebabnya karang gigi akan terbentuk dengan banyak dalam satu masa.



7 tu saja yang Leelee ingat. Dah sampai sebulan dah selepas hari yang Leelee pergi klinik gigi tu.
*Cara yang nombor dua tu, memang Leelee tak boleh buat la. Terpaksa la makan dengan sebelah gigi, memang seksa. ~.~

Monday, May 30, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat [Cerpen] Part 2


Pengganti

“Assalamualaikum, mak! Fakhrul dah balik ni,” mata Fakhrul liar mencari emaknya. Sudah menjadi kebiasaan, Fakhrul akan bersalam dengan ibunya sebelum ke sekolah dan juga selepas pulang dari sekolah.

“Ya, mak datang ni,” terus ibu Fakhrul meluru ke arah anaknya dan bersalam. “Haa, Fakhrul rehat la dulu. Mak belum habis masak lagi ni. Nanti dah siap, mak panggillah , ya?”

“Baik mak,” jawabnya. Fakhrul terus ke biliknya, meletakkan beg sekolah di tepi katil. Seterusnya dia mandi dan menunaikan solat Zohor. Sesudah selesai solat, dia duduk termenung di situ. Fikirannya melayang-layang ke tempat lain, mengenangkan perjalanan hidupnya yang dirasakan tidak lama. Tiba-tiba dia tersentak, telefon bimbitnya berbunyi menerima mesej.

Fakhrul, petang nanti, jangan pula kau lupa janji kita. –Naim-

Hampir-hampir Fakhrul lupa akan janjinya untuk berlatih sempena Hari Guru yang bakal tiba dua hari lagi. Mereka akan membuat persembahan dengan menanyikan lagu “Andai Aku Pergi Dulu” dendangan Alleycats. Fakhrul akan menyanyi, manakala Naim akan bermain gitar. Semuanya idea Fakhrul.

“Fakhrul, jom makan, makanan dah sedia ni!” laung ibu Fakhrul memanggil anaknya untuk makan bersama.

“Ya, mak.”

Fakhrul merupakan anak tunggal kepada Puan Ros. Bapa Fakhrul telah meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun. Sejak dari itu, Puan Ros membesarkan Fakhrul seorang diri. Dia mengambil upah membuat baju untuk menyara keluarganya. Harta yang ditinggalkan oleh bapanya disimpan untuk perbelanjaan belajar Fakhrul.

“Mak, mak tak nak kahwin ke?” tanya Fakhrul.

“Buat apa mak nak kahwin?”

“Tak ada la. Nanti kalau Fakhrul dah tak ada, siapa yang nak jaga mak? Bukannya tak ada orang yang nak kahwin dengan mak. Pakcik Hamid kat hujung kampung tu, dah lama dia tunggu mak.”

“Ish, kamu ni Fakhrul. Jangan cakap yang bukan-bukan. Mak dah ada kamu, tak perlu mak nak kahwin lagi.”


Fakhrul terdiam sebentar. Dia tak dapat membalas kata-kata ibunya. Segera dia menukar topik.

“Mak, petang nanti Fakhrul nak keluar. Fakhrul janji nak berlatih untuk persembahan nanti dengan Naim.” Ibu Fakhrul mengangguk tanda setuju. Mereka meneruskan makan. Setelah selesai makan, Fakhrul membantu ibunya mengemas meja makan.

“Bawa motor tu hati-hati. Tengok kiri kanan sebelum melintas. Jangan terburu-buru bawa motor tu,” nasihat Puan Ros kepada anaknya sambil membasuh pinggan.

“Baiklah mak, saya bukan budak kecil lagi. Hehehehe,” gurau Fakhrul sambil mendekati ibunya untuk bersalam. “Assalamualaikum mak, saya pergi dulu!”

* * *
Bersambung...

*Cerpen yang bosan sebab terlalu detail. Maaf.