いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Thursday, February 19, 2015

Highland Towers


Sedang aku baring di atas katil setelah pulang dari bertemu Wana, tiba-tiba sahaja hati aku terdetik untuk turun membasuh baju. Namun begitu, jam telah pun melebihi pukul 12 pagi. Sudah menjadi rutin aku membasuh baju pada waktu orang tidur. Alasannya adalah untuk mengelak dari bertembung dengan kaum lelaki yang menghantar atau menjemput anak, pacar dan seumpamanya. Tidak seperti hari-hari lain, pada waktu itu aku berasa seram kerana teringat dan terbayang-bayang akan cerita seram yang diceritakan oleh Wana​ sewaktu kami makan di Pizza Hut.
 ***

"Meow," notifikasi Whatsapp aku berbunyi. Wana hampir tertipu lebih dari dua kali. Tiap kali mendengarkan suara anak kucing dari handphone aku, dia bersedia melihat di bawah meja.

"Ish Leelee, aku kira nak tengok bawah meja ja, kot-kot ada anak kucing." Wana kembali menyambung makan setelah dia hampir menjenguk di bawah meja.

"Hahaaa, hang ni.. Kat sini mana ada kucing laaa." Aku ketawa.

"Leelee, hang nak dengaq cerita seram dak?" Wana bersuara setelah seketika diam.

"Cerita pasai kucing ka?" Aku menyuap cebisan pizza ke dalam mulut aku.

"Bukan. cerita seram la."

"Hantu ka? Ish, tak mau la. Satgi aku takut." Aku menyedut air yang berwarna coklat gelap. Lalu aku menyambung makan.

“Leelee dengaq laa. Ni pasai boyfriend kawan aku, depa pi Highland Towers.” Wana melihat aku sambil memegang pizzanya yang sudah digigit sekali.

“Hmm, ok la. Cerita, cerita.” Oleh sebab kedengaran menarik, aku meminta Wana bercerita walaupun aku bakal takut jika benar ceritanya seram. Aku berhenti makan dan fokus melihat wajah Wana.

“Boyfriend kawan aku ni, dia pi Highland Towers tu dengan geng-geng dia. Kawan aku tak pi pun. Dalam geng depa tu ada sorang pempuan..”

“Period?” Aku mencelah. Tekaan aku itu berdasarkan cerita-cerita seram yang lazim. Selalunya, perempuan yang period sering di ganggu.

“Haa, period. Lepas tu, masa kat sana, depa naik la sampai tingkat atas. Betoi la orang dok cerita ada dengaq-dengaq bunyi tu. Depa pun dengaq bunyi.” Wana meletakkan jari-jari kirinya serenjang dengan permukaan meja lalu ditarik ke belakang dengan lembut tanpa mengeluarkan bunyi.  Aku mengganguk tanda faham.

“Laaa, hat tu ja ka?” Aku mengerut kening.

“Ada gi.”

“Oooh, ingatkan habeh dah. Plot tak lengkap. Apa kena ngan pempuan period tu? Hihi.” Aku tersengih.

“Sebelum balik tu, depa pun singgah la kedai makan. Dok sembang, gelak-gelak. Tapi pempuan sorang tadi tu ja yang senyap. Dok tunduk bawah ja.” Wana menyambung ceritanya.

Hmm ni mesti kena rasuk,” hatiku berbisik membuat andaian.

“Lepas tu, ada la pakcik kat kedai tu tegoq depa. Dia tanya “Korang ni dari mana?” Depa pun bohong la pakcik tu, habaq kata dari jalan-jalan. Pakcik tu balas kat depa “Baik korang cakap betul-betul, korang ni dari mana?” Lepas tu, baru depa jawab betoi yang depa tu baru balik dari Highland Towers. Pastu, pakcik tu kata “Sekarang korang pegi hantar balik apa yang korang  ambil dari sana.” Depa pun pi la Highland Towers tu balik..”

“Sat, takkan depa terus pi situ balik ja? Takkan depa tak pelik kot pasai pa pakcik tu suruh pi hantaq benda yang depa ambik. Takkan depa tak tanya benda apa yang depa ambik?” Aku mencelah, musykil. Begitu banyak persoalan yang bermain di minda aku, seperti lirik lagu Najwa Latif, Cinta Muka Buku.

“Ya la. Mesti la depa syak pempuan period tu. Dah dia sorang ja yang senyap masa depa hat lain dok huuhaaa huhaaaa. Tak seram pulak kalau depa pi tanya pempuan tu depan depan.” Wana membalas serius.

“Ohh, haa, betoi jugak.” Tiba-tiba sahaja aku berasa seram apabila aku membayangkan aku berada di kedai makan bersama kumpulan boyfriend kawan Wana.

“Depa pun pi balik Highland Towers tu. Depa naik tingkat atas, pastu depa dengaq kawan depa tu nangis.  Sampai ja kat bawah lepas depa ambik kawan depa tu, pempuan(hantu) tadi tu hilang. Takdak dah.” Wana memusingkan pergelangan tangan kanannya yang bermaksud tiada.

“Haaa?” Aku bersuara. Wajah aku kelihatan tidak mengerti.

“Dakk, masa depa naik atas tu, pempuan(hantu) tu tak ikut. Pastu masa awai-awai kawan depa nangis tu, depa tak dengaq,” Wana menjelaskan kepada aku.

“Ohh, kira masa hantu tu ikut, kawan depa teriak kat atas tu, depa tak dengaq la?”

“Haa.” Wana jawab ringkas.
 ***

Mengingatkan cerita seram dari Wana, aku terus membatalkan hasrat  untuk membasuh baju pada malam itu dan membaca buku One Piece yang baru dibeli sehingga ketiduran.

Nota : Kisah benar ni. Yang pasal kawan aku cerita tu, tak sure pulak sebab kawan dia yang cerita kat dia.