いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, September 7, 2014

Boyfriend


Aku mempunyai seorang kawan yang selalu mengajak aku untuk menemannya  jikalau tidak ada orang yang boleh menemannya. Oleh sebab aku jarang menolak ajakan "teman meneman" kecuali  kalau aku memang sibuk yang teruk dan  sebab aku yang selalu 'free' walaupun ada kerja. Aku jarang menolak kerana aku rasa tidak berapa 'best' kalau ada orang menolak ajakan aku untuk "teman meneman". Kawan aku ni, kalau bab shopping memang cukup lama. Masuk satu kedai, kalau boleh semua barang dia belek.

Seringkali kami masuk ke kedai baju, aku pasti mencari tempat duduk. Kalau memang niat dia beli baju, hampir 2 jam dia akan membelek-belek semua baju di situ. Jika tiada tempat duduk, aku akan keluar mencari tempat duduk. Tidak sanggup aku berdiri lama-lama sehingga sakit kaki. Tambah pula dengan badan aku besar tetapi kaki kecil, memang cepat kaki aku sakit. Kadang-kadang aku berleter sebab terlalu lama dia membelek satu baju. Satu ketika di kedai UNIQLO, ketika dia melihat satu jenis baju dan dia agak berkenan dengan 2 warna baju tersebut, dia bertanya :

"Hang, baju hitam dengan baju putih ni mana satu lagi cantik?" tanya dia sambil membandingkan di depan cermin 2 baju tersebut dengan meletakkan di badannya.

Sudah menjadi kebiasaan dia memanggil aku dengan "Hang". Boleh dikira berapa kali dia panggil aku dengan nama aku yang sebenar, Yana. Kebanyakkannya dalam satu hari, tak pernah dia panggil aku dengan nama aku.

"Baju hitam."

"Kenapa?"

"Sebab aku suka warna hitam," jawab ku.

"Alaa, betul-betul la."

"Hmmm, okay. Warna putih."

"Tapi warna putih nampak lagi besar. Kalau warna hitam nampak kecik sikit."

"Haishh, pilih la sendiri. Jangan tanya aku. Nanti hang beli yang hang suka jugak, bukan beli yang aku pilih pun."

"Tapi warna hitam nampak dull kan?" Tanya dia lagi.

"Aduh, betoi la macam dalam video yang aku tengok kat YouTube. "Things I Hate About Her". Pempuan tu macam ni la. Dia tanya pakwe dia baju mana yang cantik lagi. Pakwe dia cakap yang satu tu cantik, tapi pempuan tu cakap baju yang pakwe dia pilih tu simple pulak, pastu dia cakap yang satu lagi tu lagi cute. Lepas tu pempuan tu pilih baju tu sendiri. Lebih baik tak payah tanya. Hahaha, macam hang la. Tak paham aku pempuan," balas ku walaupun aku sendiri perempuan.

Kawan aku terus meletakkan kembali baju-baju tersebut di tempat asalnya tidak lama selepas aku balas cakapnya. Dia kemudian menuju di tempat baju yang awal-awal dia belek. Sekali lagi dia membelek baju tersebut.

"Yang hijau tu cantik," beritahu aku sebelum dia tanya.

"Tapi jarang."

"Ambik la yang kelabu."

"Tak nak la," balasnya.

"Ish, tak paham la aku dengan perempuan."

"Kau ni macam boyfriend la pulak. Hahaha."

"Mungkin aku berjiwa lelaki. Eh ni tempat awai tadi yang aku dok tengok badan aku kurus dak lagi. Hahaha," balasku.

"Kau bukan gemuk pun."

"Gemuk lah." jawabku sambil mengikut dia yang berlalu keluar dari kedai tersebut tanpa membeli apa-apa.

***

Nota : Diri sendiri pun aku tak boleh nak faham. *mengeluh sendiri*

1 kelopak bunga.:

tetris unblocked said...

I am an avid reader who likes engaging content. That's why I am here. Your original views on this topic are refreshing and interesting. You've done a great job of expressing your views. Thank you.
tu 95| call of duty| clicker heroes| strike force heroes 2| kitten cannon