いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, September 7, 2014

Boyfriend


Aku mempunyai seorang kawan yang selalu mengajak aku untuk menemannya  jikalau tidak ada orang yang boleh menemannya. Oleh sebab aku jarang menolak ajakan "teman meneman" kecuali  kalau aku memang sibuk yang teruk dan  sebab aku yang selalu 'free' walaupun ada kerja. Aku jarang menolak kerana aku rasa tidak berapa 'best' kalau ada orang menolak ajakan aku untuk "teman meneman". Kawan aku ni, kalau bab shopping memang cukup lama. Masuk satu kedai, kalau boleh semua barang dia belek.

Seringkali kami masuk ke kedai baju, aku pasti mencari tempat duduk. Kalau memang niat dia beli baju, hampir 2 jam dia akan membelek-belek semua baju di situ. Jika tiada tempat duduk, aku akan keluar mencari tempat duduk. Tidak sanggup aku berdiri lama-lama sehingga sakit kaki. Tambah pula dengan badan aku besar tetapi kaki kecil, memang cepat kaki aku sakit. Kadang-kadang aku berleter sebab terlalu lama dia membelek satu baju. Satu ketika di kedai UNIQLO, ketika dia melihat satu jenis baju dan dia agak berkenan dengan 2 warna baju tersebut, dia bertanya :

"Hang, baju hitam dengan baju putih ni mana satu lagi cantik?" tanya dia sambil membandingkan di depan cermin 2 baju tersebut dengan meletakkan di badannya.

Sudah menjadi kebiasaan dia memanggil aku dengan "Hang". Boleh dikira berapa kali dia panggil aku dengan nama aku yang sebenar, Yana. Kebanyakkannya dalam satu hari, tak pernah dia panggil aku dengan nama aku.

"Baju hitam."

"Kenapa?"

"Sebab aku suka warna hitam," jawab ku.

"Alaa, betul-betul la."

"Hmmm, okay. Warna putih."

"Tapi warna putih nampak lagi besar. Kalau warna hitam nampak kecik sikit."

"Haishh, pilih la sendiri. Jangan tanya aku. Nanti hang beli yang hang suka jugak, bukan beli yang aku pilih pun."

"Tapi warna hitam nampak dull kan?" Tanya dia lagi.

"Aduh, betoi la macam dalam video yang aku tengok kat YouTube. "Things I Hate About Her". Pempuan tu macam ni la. Dia tanya pakwe dia baju mana yang cantik lagi. Pakwe dia cakap yang satu tu cantik, tapi pempuan tu cakap baju yang pakwe dia pilih tu simple pulak, pastu dia cakap yang satu lagi tu lagi cute. Lepas tu pempuan tu pilih baju tu sendiri. Lebih baik tak payah tanya. Hahaha, macam hang la. Tak paham aku pempuan," balas ku walaupun aku sendiri perempuan.

Kawan aku terus meletakkan kembali baju-baju tersebut di tempat asalnya tidak lama selepas aku balas cakapnya. Dia kemudian menuju di tempat baju yang awal-awal dia belek. Sekali lagi dia membelek baju tersebut.

"Yang hijau tu cantik," beritahu aku sebelum dia tanya.

"Tapi jarang."

"Ambik la yang kelabu."

"Tak nak la," balasnya.

"Ish, tak paham la aku dengan perempuan."

"Kau ni macam boyfriend la pulak. Hahaha."

"Mungkin aku berjiwa lelaki. Eh ni tempat awai tadi yang aku dok tengok badan aku kurus dak lagi. Hahaha," balasku.

"Kau bukan gemuk pun."

"Gemuk lah." jawabku sambil mengikut dia yang berlalu keluar dari kedai tersebut tanpa membeli apa-apa.

***

Nota : Diri sendiri pun aku tak boleh nak faham. *mengeluh sendiri*

Saturday, September 6, 2014

Senyum Sendiri


Ketika sedang berjalan di kompleks beli belah The Mines dengan kawan ku, aku teringat akan handphone aku yang tadi berbunyi. Dengan kasarnya aku cuba mengambil handphone aku di dalam beg sehinggakan talinya terputus. Beg yang aku beli dari awal semester ini, pada bulan Jun rupanya hanya boleh bertahan selama tiga bulan. Padan juga dengan harganya, RM12.

"Alamak, tali beg aku putus la."

"Macam mana la kau buat sampai putus gitu?" tanya kawan aku.

"Tak dak la. Tadi aku nak ambik henpon, tapi malas nak ambik elok-elok. Putus la pulak," jawab ku.

Kawan aku memberi cadangan untuk terus beli yang baru. Alang-alang sudah ada di situ. Lalu kami berjalan mencari beg baru untuk aku. Niat utama aku untuk mencari beg yang mempunyai gambar Doraemon tapi yang tidak kelihatan keanak-anakkan kerana aku suka Doraemon. Niat kedua ialah mencari beg yang harganya kurang dari RM20 kerana aku miskin, tiada duit.

Kedai pertama yang aku terjumpa beg yang harganya kurang dari RM20, tapi kurang berkenan di hati. Seterusnya kami mencari-cari di kedai kecil-kecil di tengah laluan kompleks beli belah itu dan di kedai-kedai yang kelihatan agak mahal barang di dalamnya. Mahal bagi aku, tapi bagi kawan aku harganya biasa. Akhirnya beg pertama yang aku jumpa itu yang sesuai untuk aku beli kerana tidak jumpa beg yang murah di tempat lain.

"Aku nak beli beg yang awai tadi la."

"Kau pegi dulu kedai tadi, aku nak pegi kedai luggage kejap,"

"Tapi aku tak dak duit,"

"Hahaha, tak ada duit ye. Kejap ye, mak bagi. Nanti tunggu mak kat kedai tu tau," ejek kawan aku sambil menghulurkan duit kertas RM20.

Setelah itu, aku terus menuju ke kedai itu dan mengambil beg yang tak berapa aku berkenan itu. Sebelum membayar, aku melihat-lihat dulu barang-barang di situ. Tiba-tiba, aku teringat akan hal yang melucukan bagi aku sewaktu aku masih berpraktikal di Denso.Aku tersenyum sendiri. Sememangnya aku banyak ekspresi muka yang automatik terserlah bersesuaian dengan perasaan aku. Dalam pada itu, kawan aku sampai.

"Asal kau senyum kat laki tu?"

"Hah, laki mana pulak? Aku senyum sebab teringat benda lawak la."

"Tu, laki kat situ," katanya sambil menunjuk ke arah 2 lelaki.

"Bukan lah," balas ku sambil menuju ke kaunter pembayaran.

***
Nota : Senyum sendiri, nanti ada yang perasan.