いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, June 14, 2014

Salted Caramel (Part 1)


“Miki, nanti nak balik tunggu aku tau,” ujar Kazu sambil menyimpan buku nota dan alat tulisnya di dalam sling bagnya..

“Okey, jumpa nanti,” balas Miki sambil senyum . Kelihatan giginya yang tersusun rapi.

Kazu dan Miki merupakan sahabat baik sejak dari kecil. Rumah mereka berdekatan, jadi mereka sering pulang bersama. Setiap hari, Miki akan menunggu Kazu di gelanggang bola keranjang. Tubuh Kazu yang tinggi lampai dan dengan skillnya yang ada membuatkan dia terpilih menjadi salah orang pemain tetap untuk setiap pertandingan bola keranjang. Tidak kurang juga, kawan satu kelabnya, Hiro yang mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama.

“Hiro! Kazu!” sorak para pelajar perempuan yang sedang kusyuk menonton ahli kelab bola keranjang berlatih. Kazu dan Hiro sering menjadi bahan bualan para pelajar perempuan kerana rupa paras mereka yang tampan dibandingkan dengan ahli-ahli yang lain. Tambahan lagi, mereka merupakan ahli kelab bola keranjang yang paling cekap bermain.

Bunyi kasut yang bergesel dengan lantai bergema. Sorakan bertambah kuat apabila Hiro mendapat bola. Hiro berlari ke arah jaring pihak lawan sambil melantun-lantun bola di lantai. Malangnya langkahnya dihalang pihak lawan. Kazu yang sudah bersedia, berada di hadapan jaring. Hiro memanggil nama Kazu dan dengan pantas, dia  membaling bola ke arah Kazu. Kazu terus menjaringkan bola dengan membuat slam dunk, menamatkan latihan pada hari itu. Para pelajar perempuan yang menonton menepuk tangan dan bersorak.

“Kazu,” panggil Miki dari jauh.

Kazu berjalan menuju ke arah Miki dan di pertengahan jalannya, dia berselisih dengan Hiro. Pandangan Kazu tajam, Hiro menjeling. Mereka tidak bertegur sapa, hanya mata mereka yang berinteraksi. Miki hairan melihat tingkah laku mereka berdua kerana sebelum ini mereka berdua sangat rapat. Namun begitu, Miki kurang mengenali Hiro kerana mereka hanya berjumpa sewaktu latihan bola keranjang. Hanya bertegur sapa. Selain anak orang kaya, sikap Hiro yang sering melayan perempuan itu yang hanya Miki ketahui.

Kazu menyambut tuala dan air yang dihulur Miki. Wajah Kazu serius. Miki seakan mahu bertanya tentang hal Kazu dengan Hiro, namun dibatalkan hasratnya. Kelihatan Hiro mesra melayan para pelajar perempuan yang dari tadi menunggu latihan habis. Kazu menjeling ke arah Hiro.

“Kazu, hebat kau main tadi,” puji Miki untuk mengalih pandangan Kazu.

“Biasa saja la. Eh, kalau si Hiro tu dekat-dekat dengan kau, jangan kau layan,” balas Kazu. Pandangannya tajam.

“Tapi kenapa?”

“Jangan. Just jangan.”


**Bersambung**

0 kelopak bunga.: