いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, June 14, 2014

Salted Caramel (Part 1)


“Miki, nanti nak balik tunggu aku tau,” ujar Kazu sambil menyimpan buku nota dan alat tulisnya di dalam sling bagnya..

“Okey, jumpa nanti,” balas Miki sambil senyum . Kelihatan giginya yang tersusun rapi.

Kazu dan Miki merupakan sahabat baik sejak dari kecil. Rumah mereka berdekatan, jadi mereka sering pulang bersama. Setiap hari, Miki akan menunggu Kazu di gelanggang bola keranjang. Tubuh Kazu yang tinggi lampai dan dengan skillnya yang ada membuatkan dia terpilih menjadi salah orang pemain tetap untuk setiap pertandingan bola keranjang. Tidak kurang juga, kawan satu kelabnya, Hiro yang mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama.

“Hiro! Kazu!” sorak para pelajar perempuan yang sedang kusyuk menonton ahli kelab bola keranjang berlatih. Kazu dan Hiro sering menjadi bahan bualan para pelajar perempuan kerana rupa paras mereka yang tampan dibandingkan dengan ahli-ahli yang lain. Tambahan lagi, mereka merupakan ahli kelab bola keranjang yang paling cekap bermain.

Bunyi kasut yang bergesel dengan lantai bergema. Sorakan bertambah kuat apabila Hiro mendapat bola. Hiro berlari ke arah jaring pihak lawan sambil melantun-lantun bola di lantai. Malangnya langkahnya dihalang pihak lawan. Kazu yang sudah bersedia, berada di hadapan jaring. Hiro memanggil nama Kazu dan dengan pantas, dia  membaling bola ke arah Kazu. Kazu terus menjaringkan bola dengan membuat slam dunk, menamatkan latihan pada hari itu. Para pelajar perempuan yang menonton menepuk tangan dan bersorak.

“Kazu,” panggil Miki dari jauh.

Kazu berjalan menuju ke arah Miki dan di pertengahan jalannya, dia berselisih dengan Hiro. Pandangan Kazu tajam, Hiro menjeling. Mereka tidak bertegur sapa, hanya mata mereka yang berinteraksi. Miki hairan melihat tingkah laku mereka berdua kerana sebelum ini mereka berdua sangat rapat. Namun begitu, Miki kurang mengenali Hiro kerana mereka hanya berjumpa sewaktu latihan bola keranjang. Hanya bertegur sapa. Selain anak orang kaya, sikap Hiro yang sering melayan perempuan itu yang hanya Miki ketahui.

Kazu menyambut tuala dan air yang dihulur Miki. Wajah Kazu serius. Miki seakan mahu bertanya tentang hal Kazu dengan Hiro, namun dibatalkan hasratnya. Kelihatan Hiro mesra melayan para pelajar perempuan yang dari tadi menunggu latihan habis. Kazu menjeling ke arah Hiro.

“Kazu, hebat kau main tadi,” puji Miki untuk mengalih pandangan Kazu.

“Biasa saja la. Eh, kalau si Hiro tu dekat-dekat dengan kau, jangan kau layan,” balas Kazu. Pandangannya tajam.

“Tapi kenapa?”

“Jangan. Just jangan.”


**Bersambung**

Tuesday, June 10, 2014

Dah Tua Pun Main Barbie?!

"Eh Yana, kau nak masuk Toys R Us tak? Mana tau ada Doraemon."

"Haa, nak nak. Jom," balasku menerima ajakan Wan NurHidayah binti Wan Mohd Razali.

Kami berdua masuk ke dalam kedai tersebut, mencari-cari Doraemon. Malangnya tidak ada. Kebanyakannya dari animasi barat.

"Manaa, takdak pun Doraemon, kartun omputih ja aja ni," keluh ku.

"Tu Pororo, bukan omputih tu," kata Hidayah sambil menunjukkan patung Pororo yang berada di atas rak, bahagian paling atas.

Begitu teruja sekali aku melihat alat mainan di situ. Kereta control, helicopter control, wah seronoknya! Dalam kedai tersebut, hanya aku yang kelihatan begitu teruja di bandingkan kanak-kanak yang ada di situ. Tiba di satu sudut anak patung Barbie. Aku merenung dalam-dalam setiap Barbie doll itu, mencari-cari Barbie doll Fashionista.

"Kau nak beli ke? Yang ni comel." 

"Haa, aku cari Barbie Fashionista tu. Tangan dia buleh buat macam-macam. Buat jadi model lukisan aku. Aku nak jadi pelukis komik pulak. Huhuhu," balasku.




Ada 3 Barbie Fashionista yang menarik minat aku. Aku bersama Hidayah membandingkan ketiga-tiga anak patung keras tersebut. Sedang asyik kami memilih-milih, dengan tiba-tiba aku berasa ada satu pandangan tajam. Dari awal aku sudah perasan ada mata yang memandang. Ada beberapa kanak-kanak di situ memandang kami dengan pandangan aneh.

Pandangan mereka seperti sedang bermonolog dalaman. Antaranya ;

"Eh, dah besar pun main patung Barbie?"

"Ish, macam budak-budak. Aku yang budak ni pun tak se'excited' macam tu."

" Eee, memalukan orang tua yang lain betul."

"Bestnya dah besar, boleh beli Barbie dengan duit sendiri."

"Terencat akal apa?"

Aku membalas pandangan mereka dengan senyuman lalu menyambung keasyikan memilih patung Barbie yang bagus. Pulang ke rumah, aku menyesal membeli Barbie sebagai model lukisan kerana lukisan aku kelihatan pelik. Badannya yang tidak normal!

*Tapi warna merah aku suka pulak.