いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, May 25, 2014

Kerana Orang Ketiga


Pada bulan Mac yang lepas, kawan-kawan aku merancang untuk pergi ke Melaka, berjumpa dengan kawan-kawan yang belajar di sana. Mereka mengajak aku untuk turut ikut serta. Malangnya aku menolak ajakan mereka kerana aku tahu yang ayah aku tak akan benarkan aku pergi disebabkan Melaka itu jauh dari Selangor. Ya, jauh. Oleh sebab itu, kawan aku memujuk aku supaya untuk bertanya kepada ayah aku. Siapa tahu kalau nanti aku diberi keizinan untuk pergi bersama mereka.

Sebenarnya aku sangat malas untuk bertanya kepada ayah aku kerana sudah aku tau jawapannya dan aku juga tak suka mendengar jawapan "tak boleh". Daripada mendengar jawapan "tak boleh", lebih baik tidak bertanya. Disebabkan kawan-kawan aku yang excited, aku pun berfikir dua tiga kali untuk menelefon ayah aku untuk bertanya. Lagipula, kalau mood dia baik, mungkin 10% jawapannya akan positif. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelefon.

Pada hari itu, kawan aku tidur di tempat aku. Jadi aku minta tolong dia untuk siapkan jawapan soalan. Soalan yang bakal ditanya oleh ayah aku jika jawapannya "boleh". Aku tahu soalan apa yang akan keluar jika positif. Sesudah siap jawapan untuk semua soalan yang aku ramal, aku memberanikan diri untuk menelefon ayah aku. Berikut merupakan perbualan kami :

Ayah : Hello. Haaa, awat? (suara biasa)

Aku : Tak dak pa. Ni ayah, nak tanya. Buleh dak kalau nak pi Melaka dengan kawan? (suara baik)

Ayah : Hang nak pi sana dengan apa? (suara lain)

Aku : Ummmm, depa kata nak sewa kereta.

Ayah : Toksah, toksah! Hang nak pi buat pa? Hang tau dak ada orang accident kat Ipoh?! Bawa kereta accident mati. Melaka jauh nuh. Toksah, toksah, bahaya! (suara tinggi)

Aku : Haa, tak pa la... (suara pasrah, sedih)

Ayah : Toksah toksah. Hangpa pi la naik bas ka keretapi ka. Tengok la nanti macam mana, ayah habaq lain nanti. (suara kurang tinggi)

Aku : Haa.











Begitu lah.. Disebabkan itu, aku tak suka minta-minta kalau sudah tau jawapannya "tak boleh". Orang lain accident, aku yang tak boleh pergi. Hal yang biasa, sudah selalu berlaku. Jika ada kawan-kawan aku yang mengajak bercuti atau ke tempat-tempat yang jauh, aku akan terus menolak tanpa berfikir panjang. Semuanya bahaya. Safety first~

Moral : Kalau dah tahu jawapannya, tak perlu ditanya lagi.

0 kelopak bunga.: