いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, May 25, 2014

Kerana Orang Ketiga


Pada bulan Mac yang lepas, kawan-kawan aku merancang untuk pergi ke Melaka, berjumpa dengan kawan-kawan yang belajar di sana. Mereka mengajak aku untuk turut ikut serta. Malangnya aku menolak ajakan mereka kerana aku tahu yang ayah aku tak akan benarkan aku pergi disebabkan Melaka itu jauh dari Selangor. Ya, jauh. Oleh sebab itu, kawan aku memujuk aku supaya untuk bertanya kepada ayah aku. Siapa tahu kalau nanti aku diberi keizinan untuk pergi bersama mereka.

Sebenarnya aku sangat malas untuk bertanya kepada ayah aku kerana sudah aku tau jawapannya dan aku juga tak suka mendengar jawapan "tak boleh". Daripada mendengar jawapan "tak boleh", lebih baik tidak bertanya. Disebabkan kawan-kawan aku yang excited, aku pun berfikir dua tiga kali untuk menelefon ayah aku untuk bertanya. Lagipula, kalau mood dia baik, mungkin 10% jawapannya akan positif. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelefon.

Pada hari itu, kawan aku tidur di tempat aku. Jadi aku minta tolong dia untuk siapkan jawapan soalan. Soalan yang bakal ditanya oleh ayah aku jika jawapannya "boleh". Aku tahu soalan apa yang akan keluar jika positif. Sesudah siap jawapan untuk semua soalan yang aku ramal, aku memberanikan diri untuk menelefon ayah aku. Berikut merupakan perbualan kami :

Ayah : Hello. Haaa, awat? (suara biasa)

Aku : Tak dak pa. Ni ayah, nak tanya. Buleh dak kalau nak pi Melaka dengan kawan? (suara baik)

Ayah : Hang nak pi sana dengan apa? (suara lain)

Aku : Ummmm, depa kata nak sewa kereta.

Ayah : Toksah, toksah! Hang nak pi buat pa? Hang tau dak ada orang accident kat Ipoh?! Bawa kereta accident mati. Melaka jauh nuh. Toksah, toksah, bahaya! (suara tinggi)

Aku : Haa, tak pa la... (suara pasrah, sedih)

Ayah : Toksah toksah. Hangpa pi la naik bas ka keretapi ka. Tengok la nanti macam mana, ayah habaq lain nanti. (suara kurang tinggi)

Aku : Haa.











Begitu lah.. Disebabkan itu, aku tak suka minta-minta kalau sudah tau jawapannya "tak boleh". Orang lain accident, aku yang tak boleh pergi. Hal yang biasa, sudah selalu berlaku. Jika ada kawan-kawan aku yang mengajak bercuti atau ke tempat-tempat yang jauh, aku akan terus menolak tanpa berfikir panjang. Semuanya bahaya. Safety first~

Moral : Kalau dah tahu jawapannya, tak perlu ditanya lagi.

Thursday, May 1, 2014

Yeeeeeayyy, Kahwin Free!


Minggu ujian semakin dekat, maka ramai pelajar-pelajar UTeM yang sibuk mula belajar di perpustakaan, termasuk juga aku. Lebih suka aku belajar sendirian kerana tiada gangguan. Jika belajar berdua atau lebih dari itu, pasti terbentuknya meja di kedai kopi yang menggantikan meja di perpustakaan. Aku terkenal di sini sebagai Wiya Potpet disebabkan aku yang banyak bercakap dan suka bercakap. Boleh juga aku ini dikategorikan sebagai seorang yang peramah. Sedang aku fokus membelek-belek buku pelajaran, dalam diam Ali dan Zafri menghampiri meja ku.

"Wiya, kau tau? Zafri suka kau!" usik Ali.

"Eeee, ya la tu. Aku tak nak, aku nak kau sorang je," balasku bergurau.

Zafri yang tadi tersengih-sengih berubah menjadi segan. Sudah menjadi kebiasaan Ali mengusik teman-temannya dengan berkata begitu pada aku. Teman-teman sekelas aku juga tahu yang Ali sering bergurau begitu dengan ku. Bagi aku, itu perkara biasa, tiada perasaan yang lebih. Mungkin bagi orang lain, mereka lihat kami bedua mesra. Namun, kami tak lebih dari kawan biasa. Teman Tapi Mesra, mungkin kami boleh dikaitkan dengan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Ratu. Cuma berteman, tapi mesra. Bukan Mesra Petronas. Oleh sebab itu, seringkali kami digosipkan sebagai pasangan bercinta.

"Weh Wiya, nanti pukul 3 Madam Ros ada buat kelas revision. Kau nak ikut tak?" tanya Ali.

"Ya eh? Boleh je. Nanti kita pergi sekali tau. Kau tunggu aku," jawabku.

Kelas revision  sememangnya selalu diadakan oleh Madam Ros apabila dekatnya ujian mahupun peperiksaan akhir semester. Kata senior-senior, Madam Ros ialah salah seorang pensyarah yang bagus untuk subjek yang sedang aku ambil. Tiap kali add and drop session, pasti kelasnya yang dahulu akan penuh. Walaupun begitu, akan ada juga pelajar yang tertidur sewaktu dia mengajar. Mungkin bagi pelajar itu, cara Madam Ros mengajar membosankan atau dia sendiri yang tidak cukup tidur.

"Lagi lima belas minit pukul 3 ni. Jom gerak, nanti tempat penuh pulak,"ajak Ali.

Aku dan Zafri hanya mengikut Ali. tepat pukul 2.55 petang, kami sampai di kelas. Ada beberapa orang pelajar yg memenuhi ruangan tengah. Entah kenapa pelajar-pelajar sering membiarkan ruangan hadapan kosong seperti ada VVIP yang akan menghadiri setiap kelas. Kami bertiga memenuhi ruangan hadapan. Sedang aku duduk, kawan-kawan perempuan aku masuk duduk memenuhi ruang yang bersebelahan dengan kami bertiga.

"Wiya, duduk dengan kitaorang lah! Sini sini," panggil Suria.

"Sayang, aku duduk dengan diorang tau," usikku.

"Bongok la kau. Dah, sana! sana!" Marah Ali. Wajahnya tampak malu. Aku memang suka mengusik orang yang kelihatan tak suka apabila diusik.

***
"Wiya, aku rasa kan, kau sesuai la dengan si Ali tu," ujar Hani.

"Ya la tu. Tak nak la aku dengan dia. Aku bergurau je la."

"Eh, aku rasa nanti kau mesti kahwin dengan dia," sampuk Ima.

"Tak!" nafiku keras.

"Wiya, kalau kau kahwin dengan dia nanti, semua kos kau kahwin nanti kitaorang tanggung!" kata Suria yakin. Kawan-kawan aku yang lain setuju. Mungkin mereka tahu yang aku tak akan jadi dengan Ali. Hanya sekadar kawan. Jadi mereka boleh bertaruh sesuka hati.

"Ya la tu," balasku sambil ketawa.

***
Cuti pertengahan semester bermula. Aku tidak pulang ke kampung kerana ada program yang diadakan di UKM, Bangi. Hari yang paling aku tunggu-tunggu untuk bulan ini kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekolahku di sana. Lily, Huda, Mek dan juga Nudra. Kami bercadang untuk menghadiri kenduri abang Aini pada hari Ahad, esoknya di Shah Alam. Pukul 12 lebih, Lily bersama kawan-kawan ku datang menjemput aku di sebelah dewan UKM. Mereka meminta aku ponteng program sesi petang. Pada mulanya aku tidak mahu. Oleh sebab mereka berkeras tidak mahu menghantar aku semula, aku bersetuju dan meminta kawan aku yang sekumpulan denganku untuk meninggalkan beg pakaian aku di pondok jaga.

"Amboi Toyah, kemas aih pakai blazer," tegur Huda.

"Uish, mesti lah. Tengok orang la."

Toyah, nama panggilanku sewaktu di sekolah dahulu. Nama tersebut diberikan oleh Huda. Gabungan nama aku. Nama pertama dan nama kedua. Handphone aku berbunyi. Ada mesej Whatsapp yang masuk. Mungkin balasan dari kawan aku tadi. Sedang aku sibuk membalas mesejnya, tiba-tiba handphone aku diragut oleh Huda.

"Oii, bagi balik handphone aku!" mintaku.

"Amboi, Ali ni sapa?" tanya Huda.

Dengan pantas aku cuba merebut kembali handphone aku. Malangnya tidak berjaya. Jadi, aku terfikir satu idea. Idea untuk lock handphone aku. Sedang ralit Huda 'menyelongkar' handphone ku, dengan pantas aku menekan punat lock dan aku berjaya! Huda yang akur dengan kekalahannya memulangkan handphone aku kembali.

"Weh Toyah, yang gambaq dalam Facebook tu sapa? Yang dengan laki tuu," tanya Lily.

"Ohh, tu la Ali. Yang tadi tu kat Whatsapp yang hangpa tengok tu. Dia kan, aku suka kacau dia. Sebab dia suka kacau aku. Dok kata orang ni suka aku la, orang tu suka aku la. Aku pun jawab la yang aku nak kat dia sorang ja. Hang pun tau kan, aku kalau orang yang macam tunjuk kata dia tak suka tu la yang aku lagi suka kacau. Hahaa," balas ku.

"Ohh, kalau dia suka kat hang macam mana?" tanya Huda.

"Tak dak laa. Kami melawak ja. Kawan-kawan aku dok kata, kalau aku kahwin dia, depa nak support semua."

"Wow, best nya weyy. Biaq hang kahwin dengan dia. Buleh kahwin free," balas Lily

"Tak mau la. Tak segak pun dia."

"Mana gambaq dia? Ada dak?" tanya Huda. Aku pun menghulur kan handphone ku, biar mereka melihat gambarnya Ali.

"Wey, OK la tu," ujar Nudra. Huda dan Mek bersetuju dengan Nudra.

"La, segak ja wey aku tengok," kata Lily.

"Ish, tak mau aku kat dia."

"Toyah, kalau aku kan jadi hang, mesti aku mau. Hang tau dak sebab apa? Sebab kahwin free. Cinta tu lain kira. Hahaha," gurau Lily.

"Lagipun, cerita hang dah buleh buat novel wey. Cerita cinta yang macam dalam novel. Hehe," sampuk Mek.

"Ya la Toyah, aku nak tulis la cerita hang ni. Baguih, dah jadi idea aku untuk karang cerita. Lepas tu post kat Facebook. Haha. Cerita hang akan to be continued," sambung Lily.

***To be continued***

Moral
1. Don't judge a book by it's cover. Jangan menilai kalau tak tau cerita.