いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, November 16, 2011

Kasut

Assalamualaikum!
Gambar hiasan

Hari ni merupakan hari yang paling 'best'! (mungkin untuk bulan ni) Tak tau sebab apa. rasa sayang ditambah dengan rindu kat adik-adik, makin bertambah. Seronok sangat! Dapat jumpa kawan ASTECH yang kecik. Heheeee.

Kasut merupakan satu benda yang penting untuk kita, bukan? Cuba bayangkan kalau kasut tak wujud, semua tempat nak kena bersih. Kat sini, satu ja Leelee nak bagi pendapat. Ni pun, Leelee 'update' sebab kawan ASTECH yang kecik tu asyik sakit kaki ja bila berjalan tadi. Boleh pulak dia kata kaki dia buat hal time kami jumpa. Aduhai~

Kasut ni, kalau kita salah pilih, kita yang akan sakit. Jadi, kalau nak beli, beli la kasut yang selesa untuk dipakai. Kalau kasut tu hanya cantik, selesanya tidak, baik tak payah beli. Cantik, tapi buat kita sakit, tak ada guna jugak kan? Kalau harga mahal yang tak berapa mahal untuk kasut yang selesa, berbaloi la kan. Ya la, kasut tu kita pakai hari-hari. Tambah pulak untuk orang yang selalu kena berjalan. Seksa oh kalau tiap kali berjalan, kaki kita sakit.

Biarlah kita 'spend' duit lebih sikit untuk beli kasut yang selesa. Kumpul duit beli kasut tu. 'Handphone' boleh pulak nak beli. Kasut lagi penting kott. Tak payah la nak seksa kaki tu. Kesian laa, setiap masa kita guna kaki, kan? Biar tak berapa cantik tapi selesa. Kalau cantik dan selesa, lagi la bagus. Macam orang jugak kann? :D

Belanja la kaki pulak, bagi dia pakai kasut yang selesa bukan sekadar cantik. Badan dah dapat baju dan seluar yang selesa dan cantik. Tapi kaki asyik dapat kasut yang cantik, kasut yang padan dengan baju saja. Tak adil la kann? Fikir-fikirkan lah yaa. Pandangan saja ni. :)

*Seronok gila rasa bila kita tengah pilih hadiah untuk orang. Seronok gila lagi bila kita bagi hadiah kat orang! XDD