いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Tuesday, October 25, 2011

Suami Bakar Isteri Bermotifkan Cemburu



Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang bertarung nyawa dan tidak sedarkan diri selama 10 hari akibat melecur lebih 80 peratus pada badannya selepas dibakar suami sendiri dipercayai bermotifkan cemburu, akhirnya meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa Suriani Yahaya, 28, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 4.30 pagi selepas kecederaan yang dialami mangsa bertambah teruk dan gagal diselamatkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan mangsa yang bertugas di HKL itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya itu.
Katanya, sehingga kini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka diperoleh selewat-lewatnya esok.

"Suspek yang juga suami mangsa kini masih dalam tahanan reman dan dijadualkan akan tamat esok. Namun, polis akan cuba mendapatkan permohonan baru untuk sambung reman selama seminggu bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setakat ini, polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, mangsa yang baru tiba di rumahnya di Kampung Baru dikatakan memasuki bilik air untuk mandi sebelum suaminya didakwa sengaja membuang puntung rokok ke bilik berkenaan menyebabkan satu letupan kuat berlaku. 
Difahamkan, sebelum mangsa tiba di rumahnya, suspek berusia 28 tahun itu dikatakan terlebih dulu menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol dalam bilik air itu sebelum bertindak membuang puntung rokok sebaik melihat isterinya memasuki bilik berkenaan.



P.S : Ni la yang terjadi apabila emosi menguasai diri. Teruk sungguh! Harap-harap laki tu dapat hukuman yang setimpal. Al-Fatihah untuk si Isteri.


P.Ss : Nasib baik laki tu tak cerdik macam pembunuh dalam anime Detective Conan. :P


+Sumber

2 kelopak bunga.:

Fikri said...

Knapala byk org waras yg gila skrg ni. Hai.. tah la. Al-Fatihah untuk si isteri.

cik pieja hut said...

apelah nasebb