いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Monday, May 9, 2011

Senyumannya yang Terakhir, Terima Kasih Ya ALLAH

Beliau terlantar di katil hospital, menahan sakit. Dan pada saat itu, air mata aku menitis, melihat beliau lemah di situ. Bunyi mesin di situ memecah kesunyian.  Beliau tersedar, ayahku berkata sambil tersenyum, "cakap la dengan mak". Aku hanya berdiam, hanya air mata yang bagaikan sedang berinteraksi. Aku sememangnya tidak pandai dalam hal sebegini. Beliau yang tersedar, memandang muka aku. Melihat air mata aku yang mengalir, beliau memaksakan dirinya untuk senyum kepada ku. Ya ALLAH, sangat manis senyumannya. Aku membalas senyumannya namun, air mata masih mengalir. Ya ALLAH, aku sangat bersyukur! Terima kasih Ya ALLAH kerana menjadikan aku orang yang terakhir melihat senyumannya semasa beliau masih bernafas. Alhamdulillah...

0 kelopak bunga.: