いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Friday, May 20, 2011

Hati Aku, Biar Aku sendiri yang Jaga

AWAS : Ini ialah entri luahan perasaan !

Perlukah kita jaga hati orang lain? Satu soalan, dan jawapan aku, sangat perlu. Ya, bagi orang yang macam aku, orang yang agak bodoh, orang yang tak berani nak mengeluarkan kata-kata terpendam, SANGAT PERLU adalah jawapan bagi soalan tersebut. TERSANGAT-SANGAT-SANGATLAH PERLU! Kenapa? Sebab aku tak boleh duduk dengan senang kalau orang meluat dengan aku, erti kata lain, BENCI. Aku akan fikir pasal hal tu setiap masa, gila kan aku ni? Ya, memang gila, aku mengaku. Orang gila pun tak mengaku diri depa tu gila, kan?

Orang tak jaga hati aku atau aku ni yang terlalu sensitif? Atau aku terlalu teruk sehinggakan bersangka buruk terhadap orang? Mungkin... Aku selalu menangis, menangis bukan sebab manja, tapi hati aku terluka. Selalu aku menangis keluar air mata, menangis dalam hati, aku tahan air mata, sebabkan orang lain. Rugi air mata saja, kan? Itu sahaja yang mampu aku buat. Kalau ada orang marah aku atau kutuk aku, tak sanggup aku nak balas balik, aku menangis, dalam hati. Sakit wehhhh! Kalau aku marah pun, aku menangis jugak, sebab dah lukakan hati orang tu. Kalau macam tu, baik aku menangis awal-awal.

Kenapa aku senang sangat menangis? Kenapa aku susah terima kata-kata orang? Kenapa aku susah nak terima jawapan yang negatif? Kenapa?! Ohhhhhh, aku benci diri aku sangat-sangat.  Orang aku tipu aku, aku menangis. Orang tolak permintaan aku, aku menangis. Orang tak layan aku, aku menangis. Orang tak ambil kisah pasal aku, aku menangis. Orang marah aku, aku menangis. Orang kutuk aku, aku menangis. Susah betul jadi aku, susah nak faham diri aku sendiri.

Aku cuba buat benda yang aku nak orang buat pada aku. Aku elakkan buat benda yang aku tak suka buat pada aku. Tapi, tak ada apa yang jadi. Aku ambil tahu pasal orang, aku tolong orang, aku cuba jaga hati orang. Kalau aku rasa aku terlukakan hati orang, aku cuba elak untuk lukakan hati orang lagi. Aku elak dari memalukan orang. Aku cuba memahami perasaan orang. Tapi, aku dapat benda sebaliknya. Nampaknya, aku telah lakukan perkara yang teruk.

Kalau aku sayang orang, peratus untuk aku menangis untuk orang tu disebabkan perkara kecil, sangatlah tinggi. Ohh, sangat malang bagi orang yang telah 'disayangi' oleh aku. Aku mohon maaf bagi orang yang dikehendaki. Aku memangnya takut untuk rapat dengan orang. Tapi, hangpa yang buat aku macam ni. Sorry sangat-sangat sebab aku ni macam budak kecik yang selalu nakkan perhatian.

Hati aku, biar aku yang jaga. Hati hangpa, takpa, jangan risau, aku boleh jaga. Kalau aku tak jaga hati aku, sapa lagi nak jaga kan? Kalau aku tak jaga, nanti aku akan dapat strok. Aku perlu lakukan amal dengan lebih banyak kerana aku tau, aku dah tak lama di dunia. Aku akan berusaha untuk menjadi dewasa! Aku tau, aku belum matang. Kalau aku ini buah mempelam, aku masih dikategorikan sebagai buah mempelam hijau, yang masih putik. Maaf aku mohon lagi sekali... Aku akan berusaha untuk menjaga hati kalian dengan lebih baik.

Assalamualaikum!

*Luahan perasaan sangat! :'(

4 kelopak bunga.:

Anak Ibu dan Ayah said...

Tak terasa. Tak terasa.

Syahidah said...

olololo.. yana jgn la sedih. xpa2. apa yg kita buat baik kt org, walaupun x dpt hasil kt dunia, tp kita dpt pahala. Allah nk uji la ni. dan kita kena sentiasa buat baik walaupun kita dapat balasan jahat drpd sapa2 pon. tu sbb Allah nak bg peluang utk kita kutip pahala. sabaq eh. Ida tau yana kuat. tabah!

Cik Hati said...

hati manusia mmg susah dijaga... namun... cubalah selagi termampu... :)

atikNAOshi said...

i like ur title...
same goes to me.. bila org yg disyangi oleh kita buat bnda slh even kecik sekalipun kita dah rs sedih...

relax dear :)