いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Tuesday, April 12, 2011

Hari tanpa Handphone

AWAS ! : Imaginasi yang tinggi amat diperlukan untuk membaca entri ini !

Assalamualaikum!

Pernahkah anda bayangkan hari anda tanpa telefon bimbit? Hari ini, telefon bimbit boleh dikatakan benda yang sangat penting buat kita. Jadi, bila sehari telefon bimbit tiada, memang kita akan susah, bukan? Lagi lah kalau kita merantau ke tempat orang.

Kalau dahulu, boleh sahaja kita senang tanpa telefon bimbit. Susah nak jumpa orang yang guna telefon bimbit. Kalau ada pun, orang kaya-kaya. Mahal la katakan. Tapi sekarang, telefon bimbit dah bertimbun. Biasa la, zaman dah berubah. Zaman sekarang bukan zaman yang dahulu lagi. Boleh dikatakan semua orang ada telefon bimbit sendiri. Tak kira tua atau muda....

Okay, berbalik kepada tajuk entri pada hari ini, "Hari tanpa Handphone".

Cuba anda bayangkan, saat ini, anda sedang merantau di negeri orang. Tak kiralah, anda merantau untuk menuntut ilmu ataupun  menziarah negeri orang. Anda, yang sedang minum air, tiba-tiba tersedak. Teringat pula anda akan orang yang tersayang dirumah. Terasa nak telefon, bercakap dengan orang tersebut. Anda pun mencapai telefon bimbit anda yang terletak di hujung sudut meja. Anda mendapati telefon tersebut tidak berfungsi setelah menekan butang yang ada pada telefon tersebut. Rupa-rupanya, telefon anda rosak.

Hasrat di hati anda tidak tercapai. Namun, sangat sangat anda mahu ia termakbul. Mahu sangat anda mendengar suara orang tersebut. Jadi, anda pun pergi lah keluar, mencari-cari telefon awam di tempat tersebut. 5 minit kemudian, anda terjumpa sebuah telefon awam yang berdiri teguh di satu tempat. Anda pun mendekati telefon tersebut. Namun, nasib anda tak begitu baik. Walaupun telefon awam tersebut nampak seperti berkeadaan baik, akan tetapi, ia rosak. Anda tidak berputus asa, lalu mencari lagi telefon awam yang ada si tempat tersebut. Selang beberapa minit, anda terjumpa 3 buah telefon awam. Anda mencuba satu persatu, akan tetapi, telefon-telefon tersebut rosak akibat perbuatan vandalisme...

Cuba pula anda bayangkan kalau anda ingin balik kampung. Dengan telefon awam rosak, susah bukan?

Kesimpulannya, hargailah telefon bimbit anda. Jagalah mereka dengan baik, kerana mereka amat berjasa. *Ada kena-mengena kah?

3 kelopak bunga.:

Syuk Ry said...

huhu.. ari tmpa lekrik x der ker..

Leelee said...

ada saja. haha. ;D

xazryx said...

boleh kot idop xde hp .