いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, April 16, 2011

Berdiam itu Sedih?

Assalamualaikum!

Tajuk entri pada hari ini adalah seperti yang tertera di atas. Berdiam itu bermaksud sedih? Adakah seseorang itu berdiam kerana beliau sedang bersedih? Ohh, tidak semestinya.


Kadang-kadang, berdiam itu lebih baik. Bak kata seorang pensyarah, jikalau kita bercakap banyak, terserlah kebodohan kita. Kalau nak tunjuk pandai, memang boleh terserlah la kebodohan tu. Kalau nak buat lawak / jenaka macam mana pula? Kira cakap banyak juga la kan? Memang bahaya kalau kita cakap banyak, banyak bergurau senda. Takut kata-kata kita mengguris hati orang lain.

"Lidah lagi tajam daripada pedang", "kerana mulut, badan binasa". Tak semua orang boleh terima gurauan. "Rambut sama hitam, hati lain-lain", perasaan orang memang kita tak boleh jangka. Kita ingat orang tu sama saja dengan kita., tapi sememangnya lain. Peribahasa rambut sama hitam tu dah macam tak sesuai nak digunapakai hari ni. Sebab apa? Sebab, rambut pun dah lain, berwarna-warni dah. Hati perasaan lagi lah.



Banyak bercakap, risiko untuk menyakiti hati orang dan risiko untuk hati kita disakiti amat lah tinggi. Kita memang tak perasan apa yang kita cakap itu sebenarnya sangat susah untuk orang terima. Bagi kita biasa, tapi bagi orang, lain! Walaupun satu ayat yang kita keluarkan, kadang-kadang sangat lah pedas. Memang orang yang terasa itu tak akan berkata apa-apa, dalam hati, siapa yang tahu?

Kita selalu bergurau-senda dengan kawan-kawan. Kita nak gembirakan hati orang, tapi hati kita pula disakiti. Cerita kita dipermainkan berulang-ulang kali. Diejek, walau tentang perkara kecil. Lagi kita bercakap, lagi la teruk kita kena. Last-last, dapat stress. Kalau macam tu, baik kita berdiam diri, kan?

Tapi, kalau nak jadi senyap, memang susah kalau dah biasa cakap banyak. Kesimpulannya di sini, sebelum mengeluarkan sesuatu ayat, baik kita fikir dahulu kesan buruk kalau ayat itu dikeluarkan. Sediakan payung sebelum hujan.

Sekian.

3 kelopak bunga.:

Adamson said...

Diam2 pun xboleh jugak.. kena luah jugak katanye.. heheh lain org lain cara kan3.. :-)

p/s: nak cakap lapik dulu btul x??

CintaHati said...

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."

Diam adalah satu ibadah (:
tapi betul lah..benda yg perlu diluahkan..kita patut luahkan..

cik mun said...

yup..kadang2 kata2 kita akan menyakitkan hati org lain..