いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Tuesday, April 19, 2011

Layar Kenangan [Bahagian 2]

Assalamualaikum !

Untuk baca Layar Kenangan bahagian 1, sila KLIK SINI.

Bagi kanak-kanak perempuan, anak patung merupakan satu kemestian. Boleh dikatakan setiap kanak-kanak perempuan wajib anak patung. Main, jaga anak patung tu macam anak sendiri. Dulu, harga sebuah anak patung boleh la tahan mahalnya. Bagi yang tak berapa mampu, anak patung kertas pun jadi la. Anda pernah tengok macam mana bentuk anak patung kertas tu? Tak pernah? Okay, sat naaa.


Haaa, tu. Macam kat atas tu. 'Macam' ya, bukan betul-betul serupa. Hahah, yang tu hodoh jaa. Cacat sikit, saja test untuk bakal projek yang akan dijalankan nanti. ;D Semalam, masa lukiskan yang dalam gambar tu, teringat pulak dengan anak patung kertas yang pernah Leelee main masa kecil dulu. Satu set tu, ada la dalam RM0.20 kot. Rasanya la, tapi yang pasti, tak sampai RM1 pun.

Satu set tu ada baju, kasut, handbag, topi. Boleh kata semua cukup laa. Haaa, rantai subang pun ada. Hahaha. Rindu la pula bila teringat balik. Tapi, bila fikir balik, macam sangat bosan bila main benda tu. Hahaha. Kanak-kanak, biasa lah, semua tak kisah. Apa-apa pun boleh !

P/S : Sekarang pun ada jual lagi kah? ;D

Sekian.

Saturday, April 16, 2011

Berdiam itu Sedih?

Assalamualaikum!

Tajuk entri pada hari ini adalah seperti yang tertera di atas. Berdiam itu bermaksud sedih? Adakah seseorang itu berdiam kerana beliau sedang bersedih? Ohh, tidak semestinya.


Kadang-kadang, berdiam itu lebih baik. Bak kata seorang pensyarah, jikalau kita bercakap banyak, terserlah kebodohan kita. Kalau nak tunjuk pandai, memang boleh terserlah la kebodohan tu. Kalau nak buat lawak / jenaka macam mana pula? Kira cakap banyak juga la kan? Memang bahaya kalau kita cakap banyak, banyak bergurau senda. Takut kata-kata kita mengguris hati orang lain.

"Lidah lagi tajam daripada pedang", "kerana mulut, badan binasa". Tak semua orang boleh terima gurauan. "Rambut sama hitam, hati lain-lain", perasaan orang memang kita tak boleh jangka. Kita ingat orang tu sama saja dengan kita., tapi sememangnya lain. Peribahasa rambut sama hitam tu dah macam tak sesuai nak digunapakai hari ni. Sebab apa? Sebab, rambut pun dah lain, berwarna-warni dah. Hati perasaan lagi lah.



Banyak bercakap, risiko untuk menyakiti hati orang dan risiko untuk hati kita disakiti amat lah tinggi. Kita memang tak perasan apa yang kita cakap itu sebenarnya sangat susah untuk orang terima. Bagi kita biasa, tapi bagi orang, lain! Walaupun satu ayat yang kita keluarkan, kadang-kadang sangat lah pedas. Memang orang yang terasa itu tak akan berkata apa-apa, dalam hati, siapa yang tahu?

Kita selalu bergurau-senda dengan kawan-kawan. Kita nak gembirakan hati orang, tapi hati kita pula disakiti. Cerita kita dipermainkan berulang-ulang kali. Diejek, walau tentang perkara kecil. Lagi kita bercakap, lagi la teruk kita kena. Last-last, dapat stress. Kalau macam tu, baik kita berdiam diri, kan?

Tapi, kalau nak jadi senyap, memang susah kalau dah biasa cakap banyak. Kesimpulannya di sini, sebelum mengeluarkan sesuatu ayat, baik kita fikir dahulu kesan buruk kalau ayat itu dikeluarkan. Sediakan payung sebelum hujan.

Sekian.

Tuesday, April 12, 2011

Hari tanpa Handphone

AWAS ! : Imaginasi yang tinggi amat diperlukan untuk membaca entri ini !

Assalamualaikum!

Pernahkah anda bayangkan hari anda tanpa telefon bimbit? Hari ini, telefon bimbit boleh dikatakan benda yang sangat penting buat kita. Jadi, bila sehari telefon bimbit tiada, memang kita akan susah, bukan? Lagi lah kalau kita merantau ke tempat orang.

Kalau dahulu, boleh sahaja kita senang tanpa telefon bimbit. Susah nak jumpa orang yang guna telefon bimbit. Kalau ada pun, orang kaya-kaya. Mahal la katakan. Tapi sekarang, telefon bimbit dah bertimbun. Biasa la, zaman dah berubah. Zaman sekarang bukan zaman yang dahulu lagi. Boleh dikatakan semua orang ada telefon bimbit sendiri. Tak kira tua atau muda....

Okay, berbalik kepada tajuk entri pada hari ini, "Hari tanpa Handphone".

Cuba anda bayangkan, saat ini, anda sedang merantau di negeri orang. Tak kiralah, anda merantau untuk menuntut ilmu ataupun  menziarah negeri orang. Anda, yang sedang minum air, tiba-tiba tersedak. Teringat pula anda akan orang yang tersayang dirumah. Terasa nak telefon, bercakap dengan orang tersebut. Anda pun mencapai telefon bimbit anda yang terletak di hujung sudut meja. Anda mendapati telefon tersebut tidak berfungsi setelah menekan butang yang ada pada telefon tersebut. Rupa-rupanya, telefon anda rosak.

Hasrat di hati anda tidak tercapai. Namun, sangat sangat anda mahu ia termakbul. Mahu sangat anda mendengar suara orang tersebut. Jadi, anda pun pergi lah keluar, mencari-cari telefon awam di tempat tersebut. 5 minit kemudian, anda terjumpa sebuah telefon awam yang berdiri teguh di satu tempat. Anda pun mendekati telefon tersebut. Namun, nasib anda tak begitu baik. Walaupun telefon awam tersebut nampak seperti berkeadaan baik, akan tetapi, ia rosak. Anda tidak berputus asa, lalu mencari lagi telefon awam yang ada si tempat tersebut. Selang beberapa minit, anda terjumpa 3 buah telefon awam. Anda mencuba satu persatu, akan tetapi, telefon-telefon tersebut rosak akibat perbuatan vandalisme...

Cuba pula anda bayangkan kalau anda ingin balik kampung. Dengan telefon awam rosak, susah bukan?

Kesimpulannya, hargailah telefon bimbit anda. Jagalah mereka dengan baik, kerana mereka amat berjasa. *Ada kena-mengena kah?

Sunday, April 10, 2011

MUET

Assalamualaikum!

Alahai, Isnin ni ada MUET speaking. Masalah betul! Kepala pusing, kepala pusing,  kepala pusing!!! ~.~

*Setelah sekian lama tidak mengupdate blog, post yang amat pendek dapat dihasilkan.

Sekian, terima kasih.