いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, February 26, 2011

2 KEMALANGAN MERAGUT NYAWA DALAM SATU JAM YANG SAMA

Assalamualaikum!

Alahai, cuti sem dah habis, blog langsung tak hias. -.-' Balik rumah, orang lain yang menghadap laptop. Bila masa nak update? Online pun, guna handphone jaa. Tak best sungguh. Update hari ni pun, kira okay la, kan? :D

Okay, berbalik kepada tajuk entri. Pagi tadi, semasa kami dalam perjalanan ke kenduri kahwin di Gemencheh, Negeri Sembilan, dua kemalangan telah berlaku.

Kemalangan 1
Kira-kira pukul 8.15 pagi, di satu simpang empat di Senawang, sebuah bas bertembung dengan sebuah kereta. Lampu isyarat di simpang empat itu semuanya rosak. Jadi, lampu isyarat menunjukkan lampu yang berwarna jingga. Pada pendapat Leelee, pemandu bas dan juga pemandu kereta(berbangsa cina) terbabit tidak perasan bahawa lampu isyarat itu rosak sebaliknya mereka ingat yang lampu isyarat baru sahaja bertukar dari hijau ke jingga seterusnya akan bertukar jadi warna merah. Mereka membawa kenderaan mereka dengan laju supaya dapat terlepas dari menunggu lampu isyarat hijau. Bas terbabit laju bergerak lurus manakala, kereta laju membelok ke kanan. Bayangkan sahaja momentum yang besar itu, bas dengan kereta bertembung. Serpihan kaca bertaburan. Ahli keluarga mangsa yang meninggal, meraung di atas tar. Bomba dan penyelamat segera ke tempat kejadian, begitu juga dengan dua buah ambulans. Polis datang dan mula menjalankan tugas. Beberapa minit selepas itu, kami terlepas dari kesesakan lalu lintas tersebut. Beberapa gambar yang sempat diambil :

Klik pada imej untuk imej yang lebih besar





Kemalangan 2
Beberapa minit setelah kami keluar dari tol Seremban untuk ke Gemencheh, kira kira pukul 8.45 pagi, kelihatan pula seseorang terbaring di atas tar jalan lebuhraya bersama motorsikalnya yang remuk. Nampak sangat kemalangan tersebut baru sahaja berlaku. Motorsikal terlanggar sebuah lori. Lori tersebut hanya parkir di tepi jalan. Mungkin penunggang motorsikal tersebut ralit atau mengantuk. Tak tau la penunggang itu berbangsa apa. *Gambar tak sempat diambil.

Ya Allah, takut tengok kemalangan sebegitu. Kita yang tengok pun dapat bayangkan rasa sakit, apatah lagi yang merasanya. Perittttttt!

Moral : Sentiasa kita berhemah ketika memandu. Jangan sesekali kita ralit sebaliknya sentiasa kita berwaspada!

Monday, February 7, 2011

Final Exam Mood

Assalamualaikum!

Esok sudah final exam!! Fuhh, cepat sungguh masa berlalu. Tak terasa langsung. Rasa macam baru ja masuk uniten semalam. *Merepek 


Okay, nanti habis exam, blog akan diupdate, blog akan dihias semula. Hehehe. Tengok atas, header dah hilang. Nampak kosong pulak kan? Takpa, takpa. Lagi berapa hari lagi, segak balik la blog ni. Hihihih.
Okay laaa. Jya nee~

P/S : 'Like' button tu pun dah gila. Chess. -.-'