いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, December 5, 2010

Ooh, Tidak!!

Assalamualaikum semua! :)

Sejak awal minggu lepas, perasaan gila akan J-Drama juga K-Drama dah mula muncul dalam hati ini. Aduh, susah betul nak buang perasaan ini. Ooh, tidak!! Sekali tengok, terus saja nak sambung lagi. Bila dah tamat, rasa nak menangis saja. Tak dapat terima kenyataan yang drama tu dah tamat, kononnya lah. Tapi, kenapa mesti setiap drama atau cerita kena tamat? KENAPAAAA?!!!

Alamak, ter'over' la pulak. Hahaha. Okay, okay. Balik kepada idea utama, Leelee nak bercerita sikit pasal sebuah drama Jepun yang diadaptasi daripada sebuah manga "Yankee-kun to Megane-chan". Drama ni, nak kata dah lama ditayangkan, baru jugak; nak kata baru, tak la baru sangat. Drama ni ditayangkan di Jepun pada bulan April 2010. Baru jugak ehh? Hehehe.


Drama ini mengisahkan tentang seorang yankee(budak nakal/samseng), Shinagawa Daichi(Narimiya Hiroki) yang tak tahu apa yang dia nak buat dalam hidupnya. Tak ada impian lah maksudnya, kan? Suatu hari, seorang pelajar perempuan yang bernama Adachi Hana(Naka Riisa) meminta tolong Daichi untuk membawanya ke sekolah kerana kakinya sakit ketika Daichi berada di tepi pantai.


Hari pertama di sekolah, Hana menjadi ketua kelas dengan keinginan hatinya. Dia sentiasa mendesak Daichi untuk terlibat dalam kegiatan kelas. Dia takkan mengalah selagi Daichi tak ikut katanya. Tiba satu hari, Daichi dapat tahu yang Hana merupakan bekas yankee.


Hana yang menyesal menjadi yankee, cuba mengubah dirinya menjadi perempuan yang biasa. Dia berusaha membantu Daichi supaya tidak membuat kesalahan sepertinya yang dulu. . . "Yankee akan tetap yankee", begitulah rakan sekelas mereka sering katakan. Menjadi seorang dipulaukan, terasing, memang menyedihkan.


Waaaaaaaa, drama ni memang bestttt! Siapa yang belum tengok tu, dipersilakan tengok. Tak rugi dehh. ;D Yang tak bestnya, cepat sangat drama ni habis. Haihhh.


Sekian. :)

P/S : Jangan lupa tengok, tau?! :D

3 kelopak bunga.:

ahmad endo said...

drama ni memang best pun...hehehe

nas said...

waduhha...aku xminat la drama korea...cmne korang leh minat ek? haha

basikalhijau said...

Leelee klu ada ceta tu,upload la kat sini..