いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Saturday, December 25, 2010

Main-main Dengan Gambar dalam Majalah!

Bila difikirkan balik, main-main dengan gambar dalam majalah, best jugak kan? Heeee~


Ada lagi laaaaaaaaaaaaaaa. :)

Wednesday, December 22, 2010

10 Creative Doorstops

Ohh, sungguh comel mereka-mereka ini, bukan? :)


Ada lagi gambar...

Koleksi Gambar Keluarga. Menarik atau Pelik?

Assalamualaikum Semua!

Gambar keluarga menggambarkan sebuah keluarga. Hahaha, memang la kan. Dah nama pun gambar keluarga, memang la gambar tu gambar keluarga. ;D Jom jenguk mana yang ada!

Gambar lagi. . .

Tuesday, December 7, 2010

Tataplah Puas-puas Profile Facebook(versi lama) Anda

Assalamualaikum semua!

Hari ni hari kedua Leelee dengan profile baru Facebook yang semak. Tak best, tak best! Huuuu, tak leh tukar lagi~ Profile kita tu semak kiri kanan. Dengan atas bawah. Dengan tagged photos terjuntai. Sakit ja mata memandang.


Kepada sesiapa 'ter-upgrade' profile, jom la join satu page kat Facebook. Semua pakat dok komplen kat situ. Jom, jom! Kepada yang belum upgrade tu, jangan seronok sangat. Tengok la puas-puas profile anda tu. Nanti ada yang terubah sendiri.

*Pendek betul entri hari ni. :P

Monday, December 6, 2010

Profile baru Facebook Semak!

Assalamualaikum semua!

Huh, hari ni merupakan hari yang teruk buat Leelee. Dari pagi, sampai la sekarang. Aduh! Antara perkara buruk ialah:

1. ID terjatuh semasa nak kunci pintu rumah.

2. Handphone terjatuh selepas turun dari tangga.

3. Handphone strip pulak terjatuh.

4. Leelee hampir jatuh dari tangga.

5. Masa bergegas ke kelas Calculus, beg terbukak.

6. Masa masuk kelas Calculus, digelakan orang.

7. Terpaksa duduk di bahagian belakang dalam kelas Calculus (terlewat).

8. Satu apa pun tak paham apa yang diajar dala kelas Calculus (tak boleh tumpu. Orang kat depan tinggi sangat.

9. Masa beli makanan ; polystyrene terbalik.

10. Profile Facebook dah tak boleh tukar ke bentuk lama!

Yang last tu yang teruk tuu. Aduhai~ Silap betul tadi. Ingatkan, bila kita upgrade, boleh kita tukar pada yang asal. Rupa-rupanya tidak. Sepatutnya, kat tepi "GET THE NEW PROFILE" tu, bagi la warning yang kalau dah ubah, tak boleh patah balik! Ishh, geram betul!

Tengok, semak kan?

Cara 'deactivate' tu tak bertahan lama pun. Ramai yang menyesal, nak ubah pada yang lama. Apakan daya, yang lepas dah lepas. Waaaa, macam nak nangis ja bila tengok profile dah jadi huduh. :'( So, bagi yang nak upgrade tu, baik fikir beribu-ribu kali. Nanti menyesal tak sudah. Kalau suka, teruskan dengan niat tu.

P/S : Sebab hal ni, Leelee terpaksa batalkan entri ala artis Jepun untuk hari ni. Isk.

Sekian. :'(

Sunday, December 5, 2010

Ooh, Tidak!!

Assalamualaikum semua! :)

Sejak awal minggu lepas, perasaan gila akan J-Drama juga K-Drama dah mula muncul dalam hati ini. Aduh, susah betul nak buang perasaan ini. Ooh, tidak!! Sekali tengok, terus saja nak sambung lagi. Bila dah tamat, rasa nak menangis saja. Tak dapat terima kenyataan yang drama tu dah tamat, kononnya lah. Tapi, kenapa mesti setiap drama atau cerita kena tamat? KENAPAAAA?!!!

Alamak, ter'over' la pulak. Hahaha. Okay, okay. Balik kepada idea utama, Leelee nak bercerita sikit pasal sebuah drama Jepun yang diadaptasi daripada sebuah manga "Yankee-kun to Megane-chan". Drama ni, nak kata dah lama ditayangkan, baru jugak; nak kata baru, tak la baru sangat. Drama ni ditayangkan di Jepun pada bulan April 2010. Baru jugak ehh? Hehehe.


Drama ini mengisahkan tentang seorang yankee(budak nakal/samseng), Shinagawa Daichi(Narimiya Hiroki) yang tak tahu apa yang dia nak buat dalam hidupnya. Tak ada impian lah maksudnya, kan? Suatu hari, seorang pelajar perempuan yang bernama Adachi Hana(Naka Riisa) meminta tolong Daichi untuk membawanya ke sekolah kerana kakinya sakit ketika Daichi berada di tepi pantai.


Hari pertama di sekolah, Hana menjadi ketua kelas dengan keinginan hatinya. Dia sentiasa mendesak Daichi untuk terlibat dalam kegiatan kelas. Dia takkan mengalah selagi Daichi tak ikut katanya. Tiba satu hari, Daichi dapat tahu yang Hana merupakan bekas yankee.


Hana yang menyesal menjadi yankee, cuba mengubah dirinya menjadi perempuan yang biasa. Dia berusaha membantu Daichi supaya tidak membuat kesalahan sepertinya yang dulu. . . "Yankee akan tetap yankee", begitulah rakan sekelas mereka sering katakan. Menjadi seorang dipulaukan, terasing, memang menyedihkan.


Waaaaaaaa, drama ni memang bestttt! Siapa yang belum tengok tu, dipersilakan tengok. Tak rugi dehh. ;D Yang tak bestnya, cepat sangat drama ni habis. Haihhh.


Sekian. :)

P/S : Jangan lupa tengok, tau?! :D

Ada Apa Dengan Status 'SPONGEBOB PATRICK' Di Facebook?

Assalamualaikum semua!

Huhh, dah lama Leelee tak update blog kan? Huhuhu, idea tak dapat nak keluar. Tak kiralah berapa kali perah otak pun, macam tu jugak.

Okay, berbalik kepada tajuk entri kali ini. Selepas pukul 12 tadi, ramai pulak rakan rakan kat Facebook yang update status tentang kartun bawah laut. Benda kuning dalam laut yang hidup dalam sebuah nanas. Haihhhh, pelik pelik. Nampaknya, Leelee ni dah ketinggalan zaman agaknya, eh? Sudah la sekarang ni tengah obses tentang drama Jepun. Dengan tiba-tiba, FACEBOOK pulak dilanda dengan virus SPONGEBOB. Memang hangat la. Ishhhh, memang menganggu ketenteraman jiwa betul! Iskkk, nak layan drama Jepun pun dah tak ada mood.

Tadi, terlintas dalam kepala nak cari alasan virus ni tersebar. So, pergi la search dekat FACEBOOK untuk 'posts by everyone'. Fuhhhh, setiap saat empat lima status yang diupdate. Ada jugak yang menghadapi masalah sukar untuk memilih PATRICK ataupun SPONGEBOB. Semuanya PEREMPUAN yang update. Pelik kann? Yang lelaki, garu kepala saja. Kasihan.. :P

Lawak saja apabila membaca status orang yang tak tau hal ini. HAHAHA. Rasa macam ketinggalan zaman. Fuhh, memang rasa diri diasingkan, rasa bodoh saja. HAHAHA. Jom baca status yang ada.


Klik untuk imej yang lebih besar






Sekian. :)

P.S : Tadi baru ja tau. Hehehe, ingatkan hari Spongebob sedunia. Rupa-rupanya bukan. Haha. Nak tau sebabnya? Cari kat jawapan kat Yahoo! Ada kat situ. Elok jaaa. ;D