いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, August 25, 2010

Si Betina Gatal !

Assalamualaikum semua, oh para pembacaku yang setia. :P

Ini merupakan entri kedua pada bulan Ogos ini. Whoa~ semakin bertambah bulan, semakin berkurang entri. Sampaikan boleh buat hipotesis pula. :) Huhuhu. Apa boleh buat, ilham tak ada. Jikalau Leelee tulis entri tentang diri Leelee, entri yang seperti diari yang sepenuhnya, sudah tentu bosan. Tiada siapa yang mahu baca, bukankah begitu? :)

Hari ini merupakan hari yang agak baik. Kelas pun ada 2 sahaja. Kelas Bahasa Inggeris, pensyarahnya tiada. Akan tetapi, ada pula kerja yang dia tinggalkan. Hari Khamis ini dia mahu tengok. Teruklah, satu apa pun tak buat lagi. ~.~ Itulah yang buatkan kami lemah. Seterusnya, Leelee dengan bangganya ingin memberitahu bahawa Leelee telah berjaya pergi ke Upten ( foodcourt yang terletak di pintu belakang Uniten) seorang diri. Yeah!! First time kot seorang diri pergi. Betul lah kata orang, apabila kita terlalu terdesak, kita akan mampu untuk menghadapi cabaran yang sedang kita hadapi.

Ehh, terlajak lah pulak. Berbalik kepada tajuk entri, " Si Betina Gatal ". Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, petang tadi yang pada waktu itu, azan waktu Maghrib sudah berkumandang. Leelee ternampak satu aksi yang panas dan juga aksi manja di tepi jalan. Ya Allah, si betina cuba menggoda si jantan dengan melakukan aksi panas ! Tak senonoh betul ! Pada mulanya, si jantan tak layan pun. Si betina tetap tak putus asa. Ya la, macam mana si jantan tu nak layan kalau ada orang yang lalu lalang kat situ. Betul tak? Apabila 'line' sudah 'clear', si jantan pun mulalah menunjukkan belangnya. Terus sahaja dia 'ngap' si betina tu. Si betina tu pula, bukannya nak melawan ka apa. Dia dengan relanya terima apa yang si jantan tu buat. Haishhh, memang tak senonoh. Sudah la waktu Maghrib. Leelee tak sempat nak ambil gambar atau pun video sebab masa tu, Leelee belum lagi berbuka. Maklum lah, terlambat beli makanan.

Apalah yang nak jadi dengan kucing zaman sekarang. -__-' Waktu Maghrib pun menjadi. Kucing sudah menjadi haiwan yang tidak malu. Perlukah kita memansuhkan peribahasa "malu-malu kucing"? :)

6 kelopak bunga.:

Syimir Yunusi said...

hahah..kalu aku hbaq msti ang x pcaya...
aku prnh kena mcm 2 tapi syukur laa allah nk jga aku lg..
mlm sblum p amik result,ada awek yg mber aku bwk mai jmpa aku..
dia ajak aku wat 'projek'..
ha3..terketaq2 kaki aku fikir nk hadapi cm naa..
nsib bek aku ingat yg aku ni pngerusi prs n ajk surau asrma..
klu x, aku ngap pmpuan 2..
huhuhu

Syimir Yunusi said...

mmg setan 2 pngaruh dia kuat...
tp mujur msih ada sebesar zarah iman dlm hati aku..
aku dok trbayang api jaa..
he3

- Ma StOrY - said...

biar je allah laknat...
lkita plak perlu amal maaruf nanhi mungkar...
skrg2 dlm hati kita benci bnda mcm tue...

Abang Long said...

Sebab itu Allah memilih manusia menjaga dunia, dan bukannya kucing...

http://abanglongonline.blogspot.com

Aidi-Safuan said...

hahha... camne tau tuh kucing betina yang start buat aksi panas dulu? dah check ke? :P

atikNAOshi said...

hahaa..psl kucing ke rupenye..