いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, August 25, 2010

Si Betina Gatal !

Assalamualaikum semua, oh para pembacaku yang setia. :P

Ini merupakan entri kedua pada bulan Ogos ini. Whoa~ semakin bertambah bulan, semakin berkurang entri. Sampaikan boleh buat hipotesis pula. :) Huhuhu. Apa boleh buat, ilham tak ada. Jikalau Leelee tulis entri tentang diri Leelee, entri yang seperti diari yang sepenuhnya, sudah tentu bosan. Tiada siapa yang mahu baca, bukankah begitu? :)

Hari ini merupakan hari yang agak baik. Kelas pun ada 2 sahaja. Kelas Bahasa Inggeris, pensyarahnya tiada. Akan tetapi, ada pula kerja yang dia tinggalkan. Hari Khamis ini dia mahu tengok. Teruklah, satu apa pun tak buat lagi. ~.~ Itulah yang buatkan kami lemah. Seterusnya, Leelee dengan bangganya ingin memberitahu bahawa Leelee telah berjaya pergi ke Upten ( foodcourt yang terletak di pintu belakang Uniten) seorang diri. Yeah!! First time kot seorang diri pergi. Betul lah kata orang, apabila kita terlalu terdesak, kita akan mampu untuk menghadapi cabaran yang sedang kita hadapi.

Ehh, terlajak lah pulak. Berbalik kepada tajuk entri, " Si Betina Gatal ". Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, petang tadi yang pada waktu itu, azan waktu Maghrib sudah berkumandang. Leelee ternampak satu aksi yang panas dan juga aksi manja di tepi jalan. Ya Allah, si betina cuba menggoda si jantan dengan melakukan aksi panas ! Tak senonoh betul ! Pada mulanya, si jantan tak layan pun. Si betina tetap tak putus asa. Ya la, macam mana si jantan tu nak layan kalau ada orang yang lalu lalang kat situ. Betul tak? Apabila 'line' sudah 'clear', si jantan pun mulalah menunjukkan belangnya. Terus sahaja dia 'ngap' si betina tu. Si betina tu pula, bukannya nak melawan ka apa. Dia dengan relanya terima apa yang si jantan tu buat. Haishhh, memang tak senonoh. Sudah la waktu Maghrib. Leelee tak sempat nak ambil gambar atau pun video sebab masa tu, Leelee belum lagi berbuka. Maklum lah, terlambat beli makanan.

Apalah yang nak jadi dengan kucing zaman sekarang. -__-' Waktu Maghrib pun menjadi. Kucing sudah menjadi haiwan yang tidak malu. Perlukah kita memansuhkan peribahasa "malu-malu kucing"? :)

Wednesday, August 18, 2010

Ooh UNITEN, Teruknya Aku!

Assalamualaikum semua ! :)

Sudah lama blog ini tak diupdate. Berhabuk teruk, kan? Proses mencuci mengambil masa yang agak lama. Maaf para pembaca setia ku. Masa yang panjang diperlukan untuk memikirkan penulisan yang seterusnya. :P Lagi pula, sekarang ini Leelee 'agak' sibuk. Macam-macam terjadi. Itu, ini. Aduhai~


Okay, berbalik kepada tajuk asal. UNITEN, sudah hampir dua bulan Leelee belajar di sini. Akan tetapi, masih tak dapat nak menyesuaikan diri. Rasa menyesal datang sini. Aiyaaa. ;( Kawan pun tak ada. Lagi la teruk. Salah siapa? Diri sendiri, semestinya !

Minggu lepas, sepatutnya Leelee pulang ke Kedah. Disebabkan program Campus Survival yang diadakan pada sabtu lepas, tak jadi Leelee balik Kedah. Oleh sebab SCORUN dan berkaitan dengan assignment jugak. Leelee terpaksa berkorban. Memang boring tahap semasa program itu dijalankan.

Berikutan merupakan gambar yang berjaya diambil. :)


Letih tengok orang hias booth. Hahaha. Dari jauh, nampak cantik pulak kan? :) Leelee terlibat dalam persembahan bagi kelas kami. Menari, main-main atas pentas dengan kain kuning yang dipinjam dari kelab ASTENA. Baju hitam kami kena pakai. Agak baik jugak persembahan kami. Leelee ja yang buatkan persembahan tu nampak teruk, berterabur! ;( Dah la tak tau nak buat apa semasa lagu diubah. Semua pakat tengok sesama sendiri. Hahaha, okay lah jugak dari tercengang kat depan tu. :)

Cerita sudah habis. Huhuhu, langsung tak MENARIK~ -___-' Itu sahaja yang Leelee mampu tulis. Sudah, Jumaat ini ada test Fizik. Hurm, macam mana lah nanti~ Nak study, tak reti pulak. Kenalah reti-retikan. . . . Setakat ini sahaja untuk malam ini. Sekian~