いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Friday, June 25, 2010

Minit yang Terakhir Buat Aku, Di Sini

Ooh, assalamualaikum semua ~

Aduhai. sekarang jam menunjukkan pukul 12.40 pagi. Tak sampai 3 jam lagi, pukul 3 pagi akan menjelang. Waaa. :'( Sedihnya bila masa itu akan sampai. Harap sangat yang masa boleh diberhentikan. Tapi, kalau kita dah fikir macam nak hentikan masa, dah macam kita nak lawan kuasa tuhan la pulak. Uishh, tak boleh, tak boleh. Tarik balik lah ayat tadi. Huhuhu.


Pada pukul 3 nanti, kami akan bertolak ke negeri yang jauh di selatan, Selangor. Esok pagi merupakan hari pendaftaran masuk ke UNITEN. Tak sangka, masa memang cepat berlalu. Masa bagaikan KILAT, sungguh cepat berlalu. Takutnya nak hadapi hari esok. :( Esok mungkin akan rasa jantung bagai berhenti berdegup. Aduhai ~

Aiyaa, kenapa lah aku ni penakut sangat? Nak atasi ketakutan sendiri pun tak boleh. Macam teruk saja lah aku ni. :(((( Biar apa pun, tiada siapa yang boleh mengubah perasaan takut aku melainkan aku sendiri yang ubah. Waaaawaaa. Tak seronoknyaaa!


Pukul 3 nanti, mesti sedih punya. Aduh, inilah bahagian yang tak best sekali. Tak boleh lah naik main dengan adik aku. Kesian dia, tak ada kawan yang dia nak main dengan. Waaa. :( Tak best.

Apa-apa pun, memang aku kena hadapi juga semua ni. Bukannya boleh lari pun. Haiiishh, aku harap esok merupakan hari yang baik. Harap-harap semua akan berjalan lancar.

2 kelopak bunga.:

rammyd said...

alaaa.. rilek laa.. pergi menuntut ilmukan.. should be proud.. new adventure is now begins.. :)


malam pertama saya. sumpah saya nerves!

Leelee said...

ya ya ya. :)