いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, June 2, 2010

Mimpi Meludah


Dulu-dulu,selalu sahaja Leelee mimpi sedang meludah-ludah. Entah mengapa boleh dapat mimpi sebegitu rupa. *Tuihh, tuihh, tuihh. Esok paginya, apabila bangun, penuh air liur atas tilam, juga atas lengan. Alahai, mimpi pun, sungguh-sungguh meludah. Teringin sangat nak tahu, macam mana kita boleh meludah walaupun tak sedarkan diri. Ada sesiapa yang tahu tak?







Kalau mimpi masuk bilik air pula bagaimana yaa? Takkan lah besar panjang pun nak kencing tilam lagi. Hahaah. Setakat ini, tak pernah lagi lah mimpi macam tu. Masa kecil-kecil pun tak pernah,agaknya lah. Hehehe. Kalau ada budak-budak yang selalu kencing malam, ada satu petua. Tapi, petua ini macam tak boleh dipakai sahaja. Hahaa. Nak tau apa? *Letak belalang atas pusat budak tu. Dulu pernah juga cuba letak atas pusat adik sebab selalu sangat kencing malam. Sampai umur 6 tahun pun kena pakai lampin lagi. Tapi, langsung tak menjadi. Haha, petua yang pelik-pelik tu, bukannya boleh percaya pun. :)



0 kelopak bunga.: