いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Friday, June 25, 2010

Minit yang Terakhir Buat Aku, Di Sini

Ooh, assalamualaikum semua ~

Aduhai. sekarang jam menunjukkan pukul 12.40 pagi. Tak sampai 3 jam lagi, pukul 3 pagi akan menjelang. Waaa. :'( Sedihnya bila masa itu akan sampai. Harap sangat yang masa boleh diberhentikan. Tapi, kalau kita dah fikir macam nak hentikan masa, dah macam kita nak lawan kuasa tuhan la pulak. Uishh, tak boleh, tak boleh. Tarik balik lah ayat tadi. Huhuhu.


Pada pukul 3 nanti, kami akan bertolak ke negeri yang jauh di selatan, Selangor. Esok pagi merupakan hari pendaftaran masuk ke UNITEN. Tak sangka, masa memang cepat berlalu. Masa bagaikan KILAT, sungguh cepat berlalu. Takutnya nak hadapi hari esok. :( Esok mungkin akan rasa jantung bagai berhenti berdegup. Aduhai ~

Aiyaa, kenapa lah aku ni penakut sangat? Nak atasi ketakutan sendiri pun tak boleh. Macam teruk saja lah aku ni. :(((( Biar apa pun, tiada siapa yang boleh mengubah perasaan takut aku melainkan aku sendiri yang ubah. Waaaawaaa. Tak seronoknyaaa!


Pukul 3 nanti, mesti sedih punya. Aduh, inilah bahagian yang tak best sekali. Tak boleh lah naik main dengan adik aku. Kesian dia, tak ada kawan yang dia nak main dengan. Waaa. :( Tak best.

Apa-apa pun, memang aku kena hadapi juga semua ni. Bukannya boleh lari pun. Haiiishh, aku harap esok merupakan hari yang baik. Harap-harap semua akan berjalan lancar.

Mr. Happy. ^__^

Dah lama tak update blog kan? Huhu. Malas betul lah sekarang ni. Hari ini, hari jumaat. Aduhai~ Ni yang tak berapa nak best. :( Pukul 12 pagi dah nak bertolak ke Selangor. Hari sabtu, pendaftaran ke UNITEN. Ahh, cepatnya masa berlalu. Hurm, takut lah. :((((( Okay lah, dah merapu pulak. Untuk entri kali ini, Leelee dapat tag dari Encik Skype. Thanks ya encik. Ada pulak soalan yang perlu dijawab untuk award ini. *Award kah?

Entah la. Jawab saja lah! Melambat pulak. Cepat lah sikit!

Yalah, sabar la sikit. Jangan marah-marah. Happy la sikit. Hehehe. :)


Di bawah merupakan soalan award Mr.Happy.




1. Adakah anda happy sekarang?

~ Hurm, biasa saja. Tak kot.


2. Kenapa anda happy?

~ Tak happy pun lah.


3. Apakah benda yang boleh buatkan anda happy?

~ Tak tau lah. Heheh.


4.Pernahkah anda menerima tag?

~ Pernah saja. :)


5. Nyatakan warna yang anda suka.

~ Hijau.


6. 9 orang yang anda mahu tag.

~ Satu cukup rasanya. ^^.

- Cik YAN -


7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.

~ Kawan Leelee masa sekolah lepas.


8. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada sekarang?

~ Ya! :))


Sunday, June 20, 2010

Entahh ~

Assalamualaikum semua!

Dah lama tak update blog ni. Haissh, nak kata sibuk, tak pun. Tak tau lah macam mana. Huhuhu. Sebenarnya, sibuk main game MY EMPIRE dalam Facebook tu. Jiran banyak sangat nak kena lawat. Lagipula, masa cuti tu, tak boleh nak online sangat. Sebab, adik online main game. Duduk hostel lah katatan. Kita pun, kena lah mengalah. Hurm, *Eceyyh, kakak misali la. Hehehe. :P




Dalam pada itu, idea pula tak ada. Serupa la kalau boleh online pun, entri baru tak ada walau boleh online. aiyyaark. *Ceh, macam lah ada orang nak baca entri aku. =__=". Apa-apa saja lah. Apa yang penting, aku bahagia. :))


Aduhai~ Sabtu ni, dah nak kena daftar masuk UNITEN. Tak tau nak kata apa. Sudah la aku ni penakut. Nak pergi kedai pun, kena ada orang teman. Hissh, UNITEN tu lagi la jauh, orang mesti ramai punya. Rasa-rasanya, aku ni takut dengan orang. Alahai~ Macam mana lah aku di sana nanti. Boleh mati kott. Errkk. T__T


Heyyy, aku tak boleh sangat layan perasaan aku. Mau kena marah dengan ayah aku, kalau macam ni. Kuatkan semangat! Tinggal lagi 5 hari lagi aku akan ke sana. Harap-harap aku tak gila la kalau pergi sana. Hahaha~ Sekarang pun dah macam nak gila. Hurm, berserah saja la. Itu saja yang boleh pun. Lalalala~






Wednesday, June 2, 2010

Mimpi Meludah


Dulu-dulu,selalu sahaja Leelee mimpi sedang meludah-ludah. Entah mengapa boleh dapat mimpi sebegitu rupa. *Tuihh, tuihh, tuihh. Esok paginya, apabila bangun, penuh air liur atas tilam, juga atas lengan. Alahai, mimpi pun, sungguh-sungguh meludah. Teringin sangat nak tahu, macam mana kita boleh meludah walaupun tak sedarkan diri. Ada sesiapa yang tahu tak?







Kalau mimpi masuk bilik air pula bagaimana yaa? Takkan lah besar panjang pun nak kencing tilam lagi. Hahaah. Setakat ini, tak pernah lagi lah mimpi macam tu. Masa kecil-kecil pun tak pernah,agaknya lah. Hehehe. Kalau ada budak-budak yang selalu kencing malam, ada satu petua. Tapi, petua ini macam tak boleh dipakai sahaja. Hahaa. Nak tau apa? *Letak belalang atas pusat budak tu. Dulu pernah juga cuba letak atas pusat adik sebab selalu sangat kencing malam. Sampai umur 6 tahun pun kena pakai lampin lagi. Tapi, langsung tak menjadi. Haha, petua yang pelik-pelik tu, bukannya boleh percaya pun. :)