いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Sunday, May 9, 2010

Jangan Pergi Lagi , MAK !

Macam tak percaya saja,yang Mak dah tak ada.Mak telah kembali ke ramatullah pada 2 Disember 2009.Ketika itu,SPM belum lagi tamat.pagi raya Haji tahun 2009,Mak dimasukkan ke Hospital Metro,Sungai Petani kerana sebelah badan tidak boleh digunakan ( tak boleh digerakkan).Sebelum itu,mak baru saja dua tiga hari dikeluarkan dari PMC oleh sebab kerap kali kaki kiri Mak sakit.Di situ,Mak diberi rawatan.Leelee bersama adik bernama Iifah naik ambulans pada pagi raya tersebut.

Mak dimasukkan ke dalam wad.Leelee menemani Mak di situ.Ayah mengambil Iifah pulang ke rumah.Lagi pula,Ayah perlu pergi ke tempat korban lembu.Pada itu,Mak telah disahkan menghidap strok.Pelik sangat sebab di PMC,tak ada pula doktor beritahu pasal strok ni.Dalam tiga hari saja Mak dah dapat penyakit ini.Hurm,kuasa Allah tiada bandingannya.Tiada apa yang boleh lawan kuasa dan kehendak-NYA.Di saat itu,Mak terkena sawan.Seperti yang diberitahu oleh doktor,mak akan terkena sawan akibat kekacauan di otak.memang mengalir air mata Leelee kerana perkara itu berlaku di depan mata sendiri.

Setelah menelefon Ayah,doktor datang meminta pengesahan untuk memasukkan Mak ke wad ICU.Leelee dan Ayah ke wad tersebut untuk melihat Mak setelah beberapa minit,menunggu untuk masuk ke situ.Apabila masuk,air mata sekali lagi membasahi pipi.Sedih melihat Mak berkeaadaan begitu.Sebelum keluar dari wad tersebut untuk pulang,Ayah suruh bercakap dengan Mak.Pada waktu itu,Mak tak dapat mengeluarkan suara.Mungkin kesan dari ubat yang diberikan sewaktu Mak diserang sawan.Sebelum pulang,Mak senyum pada Leelee.Nampak sangatlah Mak memaksakan dirinya untuk senyum.

Pada petang itu,ramai adik-beradik Mak datang untuk melawat.Mak Chaq,menangis kerana Mak tak dapat bercakap.Tambahan lagi,Mak seperti tak dengar saja.Apabila dipanggil,Mak lihat sekejap dan lihat ke tempat lain.Macam tak kenal saja.Siapa yang tak sedih?Esoknya,Mak diserang sawan buat kali kedua dan ketiga(dua kali).Setelah itu,Mak di pindahkan ke Hospital Loh Guan Lye,di Pulau Pinang.Masa itu,Ayah saja yang pergi tengok Mak.Jadi,Ayah ikut naik ke Pulau Pinang dengan menaiki ambulans.Kami adik-beradik pergi ke Pulau Pinang pada petang itu bersama ahli keluarga sebelah Mak.Apabila sampai,keadaan mak lebih teruk berbanding sebelum ini.
Gambar Mak yang terakhir.Mak minta ambil gambar Mak dengan adik.Dia kata "Ambil gambar mak lekas.Nanti kalau Mak dah tak ada,boleh hangpa tengok gambar ni".

Mak tak sedarkan diri langsung.Sedih sangat melihat keadaan itu.Kami bermalam di sebuat apartment berdekatan dengan hospital itu.Esoknya,Leelee terpaksa pulang ke asrama,Sekolah Menengah Teknik Alor Setar untuk mengambil SPM,Kertas Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.Sehari sebelum kertas Fizik,Mak Chaq telefon Leelee sebab nak ajak Leelee pergi ke Pulau Pinang untuk jenguk Mak.Mula-mula Ayah tak bagi,tapi akhirnya selepas dipujuk oleh Mak Chaq,Ayah pun izinkan pergi juga.

Malam itu,keadaan Mak nampak bertambah teruk disebabkan pembedahan yang dilakukan pada hari sebelumnya.Kepala Mak dibalut.Nampak lagi kesan darahnya.malam itu,Leelee menangis semahu-mahunya hinggakan saki kepala.Doktor minta buat pilihan sama ada mahu Mak dibawa pulang atau tinggal di hospital tersebut.Doktor mengesyorkan Mak dibawa pulang.Risiko jika Mak dibawa pulang ialah ; Mak mungkin akan meninggal dalam perjalanan pulang.Hal ini kerana,Mak bernafas hanya dengan bantuan mesin di situ.Tanpa mesin itu,Mak tak dapat bernafas dengan baik.Jadi,kami mengambil keputusan untuk membawa mak pulang.
Jikalau mak masih hidup,Mak mungkin akan cacat buat selama-lamanya.tak dapat bercakap dan lumpuh.Mak mungkin terseksa jika hidup dalam keadaan yang begini.


Mak dibawa naik ambulans bersama Tok untuk dihantar ke rumah Tok di Kampung Bukit Choras.Kami pulang bersama Ayah.Sementara itu,kami singgah di rumah Sungai Petani untuk sembahyang Maghrib.Pada saat itu,Mak sudah sampai di rumah Tok.Apabila kami sampai,mak sudah menghembuskan nafasnya.Ayah yang baru masuk,rebah ke lantai.pada saat itu,air mata tak berhenti mengalir.Sudah lah esok ada kertas Fizik.Study apa pun tidak.mak pula sudah tiada.Pening kepala dibuatnya.Leelee bergilir dengan adik kakak membaca Yaasin untuk Mak.Pada malam itu,Leelee terpaksa pulang ke asrama kerana esoknya ada kertas Fizik.Sampai di sekolah pada pukul 12 pagi.Kepala tak boleh terima ilmu lagi.Mungkin sakit sangat kerana tak berhenti menangis pada malam itu.

Esoknya,pada pukul 12 tengah hari,Mak akan disimpan di Kobah,tempat TokAyah bersemadi.Leelee tak dapat tengok Mak buat kali terakhir oleh sebab peperiksaan dijalankan.memang besar dugaan yang Leelee dapat.Apabila peperiksaan tamat,Leelee dapat berita yang muka Mak senyum saja selepas dimandikan.Pada masa Mak ditanam,cuaca menjadi redup serta hujan renyai-renyai.mak dapat disimpan dengan elok,tiada sebarang masalah yang berlaku.Rasa lega apabila mendapat berita itu.Tapi,Leelee lah orang yang terakhir yang dapat lihat senyuman Mak.Rasa sangat beruntung !Nasib baik dapat pergi memohon maaf dan lihat Mak buat kali terakhir.Alhamdulillah.Semoga Mak aman di sana ! Rindu sama Mak.

Sebelum meninggal,Mak ada cakap benda-benda yang agak pelik.Contohnya,seperti dibawah gambar di atas.Mak ada juga cakap nak buat wasiat.Tapi ayah kata "kita bukan nak mati lagi yang nak buat wasiat tu.Kita nak hidup lama lagi".Tak sangka mak yang pergi dulu.Apabila Mak sudah tiada,baru kami perasan akan kata-kata Mak sebelum ini.



P/s : Kepada anda,buat lah baik kepada ibu anda sementara mereka masih hidup.Sesungguhnya,jika sesiapa yang kematiannya sudah dekat,mereka akan berkata perkara yang agak pelik.Jadi,berwaspada lah.Dengar baik-baik akan apa yang mereka katakan !


SELAMAT HARI IBU ! :(



7 kelopak bunga.:

sI tEDI said...

Al-Fatihah buat mak LeeLee

sarah shafie said...

sedih nya..al-fatihah utk leelee..

luvly mya said...

u make me cried.
anyway, al-fatihah to ur mom
tak tercapai di akal kalau kene macam tu dahlah time SPM. ;(

Skype Crew said...

Skype hrp Leelee tabah hadapi dugaan nie...Skype xdpt bayangkan canela klu terjadi kt Skype.

Kuatkan hati yer dik...ade hikmah disebalik smua nie...

Leelee said...

yaa.
apa yang Allah tentukan,mesti ada hikmahnya.

BALI said...

halo apa kabar?
salam kenal ^_^

EDDY DY said...

Alfatihah..sedih baca entri ni....tabahkan diri yer...