いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, May 12, 2010

Apabila Dia Mula Bersuara.

Aduhai~Muhammad Haris yang ku sayang,yang comel tiada tandingannya.Kalau dia dibawa ke mana-mana,pasti ada yang mahu mendukungnya.Teserlah sangat kecomelannya.Dari kecil hinggalah besar(3 bulan),ada sahaja orang yang minta untuk menjaganya.Alahai,bertuah sungguh budak ini.Popular sangatlah.Hahaha.Apabila dia bersama dengan orang yang tidak dikenali,dia seolah-olah berpura-pura baik di hadapan mereka.Senyum sahaja tidak pun,langsung tak memberi respon kepada orang yang mendukungnya.



Baru lahir.


2 bulan.


3 bulan.


Apabila sahaja bersama kami(keluarga) suaranya terus keluar.Sakit telinga mendengarnya.Dia suka sahaja menjerit.Letih sungguh jika menjaga Si Haris yang Comel lote ini.Selalunya,dia akan menangis diiringi dengan leteran.Comel apabila dia begitu.Muka sebeknya sangatlah comel sehinggakan semua ingin mencubit-cubit pipinya yang tembam.Oleh itu,mari kita tonton video Haris dengan suaranya yang comel.Ada juga dia menjerit di penghujungnya.

video

Pada mulanya,Leelee ingin merakamnya semasa dia sedang menjerit.Akan tetapi,apabila Leelee bersiap sedia untuk merakan,dia mula senyap dan melihat kamera.Nampaknya,dia ingin menunjukkan sikap yang baik di hadapan kamera.Sudah dua atau tiga kali Leelee cuba untuk merakam dan akhirnya gagal.Tak mengapalah,dapat rakam yang senyap pun dah kira okay la.Hee~

video

Apabila kita suruh dia menjerit,dia senyap dan begitulah sebaliknya.Haris , Haris~

1 kelopak bunga.: