いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, April 21, 2010

Mimpi.

Siapa yang tak suka tidur?Kalau tak suka,terpaksa lah tidur juga.Hal ini adalah untuk memulihkan kembali tenaga yang digunakan pada siang hari.Jika kita terlalu letih,mata kita akan terlelap buat seketika.Dan ketika anda tidur,pernahkan anda bermimpi?.Tak kiralah buruk mahupun indah.Sebenarnya,semua orang mengalami mimpi termasuklah binatang.Whoooaa !Hebat kan?

Kalau L bermimpi,memang susah nak bangun dah.Pasang radio kuat-kuat di sebelah telinga pun dah tak dengar.Tak kiralah mimpi indah atau buruk.Memang layan sungguh-sungguh lah.Biasa lah,bukannya senang perkara yang kita mimpi menjadi realiti.HEHEHE.Selalunya mimpi tentang pergi ke Jepun berjumpa dengan keluarga angkat,memang seronok lah.Kadang-kadang tu sambung tidur jika terjaga semata-mata nak dapatkan mimpi tadi.Akan tetapi,jarang sangat mimpi yang telah kita mimpi akan bersambung kembali.

Seronok ! seronok ! seronok !Nak mimpi lagii.Teringin sangat nak jumpa keluarga angkat semula.Tapi apakan daya,duit tak ada untuk ke Jepun.Aduhai~Okay,balik kepada mimpi tadi.Ada juga mimpi buruk yang pernah L mimpi.Mimpi tentang dikejar hantu,pengembaraan yang seram.Selalu kalau dapat mimpi sebegini rupa,memang nak cepat bangun sahaja.Tapi setelah bangun,menyesal pula tak sudah.Biasa lah,bukan senang L nak mengembara.HUHUHU.Mengembara dalam mimpi memang mencabar.YEAH!!

2 kelopak bunga.:

Aidi-Safuan said...

haha..baru2 nih termimpi pasal kawin ngan the most annoying girl in my class. giler horror. :p

Leelee said...

Haaa,mana tau jodoh kan?
haha.
;p