いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Wednesday, April 21, 2010

Layar Kenangan.

Zaman kanak-kanak merupakan yang lenggang,tiada masalah yang berat ditanggung. Teringat balik masa-masa lalu, ketika masih kecil. Banyak permainan yang dimainkan.Lagi seronok jika permainan yang memerlukan ramai pemain. Dulu-dulu, Leelee ada juga main permainan kahwin-kahwin. Tapi tak pernah lagi lah jadi Sang Mempelai tu, cuma sekadar jadi penonton saja,menghadiri kenduri. Leelee bersama rakan-rakan yang lain terpaksa menyambut pengantin dengan menabur bunga-bunga ketika mereka berjalan menuju 'pelamin'. Seterusnya, kami melakukan beberapa adat bersanding kepada mereka. hal ini adalah untuk menjadikan lagi persandingan tersebut. Ada hati juga nak merasa kahwin masa kecil-kecil begini. HAHAH.

Seterusnya ialah permainan cikgu-cikgu. Leelee pernah juga berlakon jadi cikgu, conteng-conteng papan hitam. Maklumlah,dulu-dulu bercita-cita nak jadi cikgu tapi sekarang dah berubah cita-cita. Biasalah, dah besar baru cerdik sikit nak pilih kerjaya. Okay, balik kepada permainan tadi, permainan ini memerlukan beberapa barang. Antaranya ialah kapur, papan hitam, dan juga rotan atau kayu. Papan hitam tu boleh juga digantikan dengan pintu, janji boleh ditulis. Rotan tu pula untuk mengajar, tunjukkan huruf atau nombor yang ditulis di papan hitam. Kalau orang yang menjadi murid tu salah sebut, rotan dia pun boleh. HAHAHAH, tapi jangan kuat sudah, tak pasal-pasal riuh satu kampung.

Selalunya budak-budak kampung akan main permainan guli,tuju kasut atau tin aci ligan(kejar-kejar) serta sorok-sorok. Memang seronok main aci ligan ni, tapi ada juga risikonya. Setiap kali main, pasti ada yang tercerdera akibat jatuh tersungkur. Itulah, lari laju sangat sampai tak nampak apa yang ada di depan. Riuh sekampung apabila permainan ini dimainkan. Mana taknya, sipi-sipi nak kena sentuh dengan orang yang meligan itu, menjerit tak ingat dunia. HAHAHA, tak mau jadi penangkap la tu. Kalau Leelee pun,tak mau juga jadi yang mengejar tu.Ya lah, letih sangat nak kejar mereka yang ramai. HAHAHA.

Di sekolah pula, banyak tiang yang ada di koridor. Jadi apa tunggu lagi? Jom lah main.Permainan yang seronok dimainkan apabila guru tiada dalam kelas mahupun waktu rehat. Permainan ini memerlukan pemain lebih daripada 2 orang. Leelee selalu main bersama kawan-kawan sementara menunggu kelas petang bermula. Kadang-kadang main juga Zero Point, bawa getah ke sekolah. Memang pengalaman yang sukar dilupakan,bermain bersama-sama rakan-rakan. Banyak lagi permainan yang dimain, tapi kebanyakannya sudah hilang dalam ingatan. Paling tak boleh dilupakan ialah permainan kahwin-kahwin. Sang mempelai tu merupakan adik kakak. HAHAH. Memang lawak la bila diingatkan semula. (=

0 kelopak bunga.: