いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Tuesday, April 20, 2010

Kenapa Orang Melayu Lambat Maju?

Petang tadi,L sembang-sembang dengan MakTam Maznah.Tiba-tiba Malia,orang gaji sebelah rumah baru pulang dari rumah kawannya yang merupakan orang gaji kepada keluarga Melayu menegur kami.Rumah keluarga tersebut agak dekat kerana hanya diselangi beberapa buah rumah sahaja.Malia ke rumah tersebut untuk menghantar ikan dan dibalas kacang sepat.Malia menceritakan kisah kawannya kepada kami.Begini ceritanya ;

Keluarga tersebut tidak tinggal di rumah itu,tetapi menetap di Kuala Lumpur.Jadi orang gaji tersebut menjaga rumah mereka di Kedah.Pada mulanya,tiada sebarang masalah berlaku.Lama-kelamaan,wang gaji tidak dikirimkan ke Indonesia oleh majikannya(hampir 4 bulan).Tambahan lagi,orang gaji tersebut diberi RM20 untuk 1 bulan kerana majikannya pulang ke rumah tersebut 1 bulan sekali.Kesian pada orang gaji tersebut kerana barang dapur tidak dibeli langsung.Dia hanya makan apa yang ditanam di halaman rumah tersebut.Sangat kurus tubuh badannya.Kadang-kadang berjalan kaki ke pasar yang jauhnya kira-kira 2 KM.Alasan majikannya untuk tidak membayar gaji adalah kerana dia perlukan duit untuk membiayai kos pelajaran anak-anaknya.

Pada pendapat saya,majikan tersebut tidak sepatutnya menggaji orang gaji sekiranya dia tidak mampu.Hal ini hanya menyusahkan orang gaji tersebut.Memang memalukan kaum Melayu sahaja.Sudahlah hanya tinggalkan RM 20 kepada pekerjanya untuk 1 bulan.Sangat tidak patut kerana sikit sangat nilainya.Tak cukup untuk makan,beli barangan dapur.Tambahan lagi jika kehabisan gas.Setong gas pun sudah lebih dari RM 20.Sampai kurus orang gaji tersebut dibuatnya !

Seterusnya,MakTam pula menceritakan pada L perihal salah seorang daripada pekerja bahagian binaan yang datang ke rumah ;

Pekerja tersebut bekerja dengan salah seorang dari kawan ayah L yang berbangsa Melayu.Dia membina pejabat bersama pekerja-pekerja yang lain.Dia dijanjikan untuk dibayar sebanyak RM 12,000 setelah pejabat tersebut siap.Pada minggu lepas,pejabat yang dibina telah pun siap.Jadi,dia pun menelefon kawan ayah L tersebut untuk menuntut bayaran.Akan tetapi,dia hanya mendapat alasan.Kawan ayah L berkata dia berada di Kuala Lumpur,padahal pekerja tersebut baru sahaja terselisih dengannya.Jadi,pekerja tersebut menjawab "hang nak aku bom pejabat tu baru hang nak bayar ka?".Oleh sebab itu,pekerja tersebut dibayar RM 2000.Takut punya pasal lah kot.HAHAH.

Apa nak jadi dengan orang Melayu?Mereka hanya mengharapkan untung sehinggakan sanggup untuk menipu orang lain.Apakah dengan cara ini mereka boleh untung seumur hidup tanpa menghadapi masa kejatuhan?Jangan haraplah wahai anda sekalian.Jika anda menipu dalam sebarang perkara,nescaya balasan buruk akan menanti.Kesannya mungkin akan turun hingga ke anak cucu.Contohnya,jika kita menipu dalam perniagaan,wang hasil dari perniagaan tersebut adalah haram.Sudah tentu kita akan membeli makanan dari wang tersebut dan makanan tersebut juga adalah haram.Jadi makanan tersebut akan menjadi darah dalam daging kita dah menyebabkan pembelajaran sukar masuk ke otak dan doa tidak diterima oleh-NYA.Wallahualam.

0 kelopak bunga.: