いらっしゃいませ :)

いらっしゃいませ。 :)
good looking blogworms
Sila tinggalkan link anda di chatbox, ya? Terima Kasih. :)

Tuesday, April 27, 2010

Kawan Makan Kawan

Kawan makan kawan?Boleh makan kah kawan tu?Sedap?Tak sedap kot.Rasa macam nak hempuk-hempuk saja kawan yang makan tu.HEHEHE.Ada satu cerita berkenaan dengan tajuk entri ni.Ada satu kes berlaku,agak serius jugak lah.Kalau tak ada perasaan percaya,bukan saja rumah tangga boleh roboh malah pondok batu jugak. (; HEHEHE.Begini ceritanya ;

Ada sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak.Anak-anaknya berusia 12 dan 8 tahun.Mereka ini baru berpindah ke tempat baru lebih kurang 3 bulan.Jadi,anak-anaknya terpaksa berpindah di sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.Oleh sebab si isteri menghantar dan mengambil anaknya,maka bekenal-kenal la antara para ibu di situ.Mereka berempat berkawan baik.Sering kali mereka bersembang-sembang semasa menunggu anak-anak mereka pulang dari sekolah.Banyak cerita yang mereka bawa.Tak tahulah sejauh mana kebenarannya.Pada suatu hari,salah seorang daripada mereka yang bernama S menunjukkan dua dengan jarinya kepada si isteri dengan salah seorang lagi yang bernama Z.Dia ingin menceritakan tentang seorang lari kawan mereka yang bernama Y.Akan tetapi,Y datang ketika S baru saja nak buka mulut untuk bercerita.Jadi,S pun tak jadi lah nak cerita.

Gambar sekadar hiasan,Tiada kena-mengena dengan cerita ini.

Oleh sebab itu,Z pun jadi tak sabar nak dengar cerita tersebut.Maka,dia pun meminta si isteri bertanya kepada Y akan perihal tersebut kerana dialah yang paling rapat dengan Y.Apabila si isteri bertanya kepada Y,maka kecewa dengan sikap S yang suka menjaga tepi kain orang.Kebetulan,esok dan seterusnya anak Y ingin pulang dan ke sekolah dengan berjalan kaki.Jadi,S pun rasa bersalah kerana Y tidak lagi menunnggu bersama mereka.Pada hari yang lain,Z telah menghantar SMS kepada si isteri untuk meminta wang sebanyak RM250 dengan alasan igin membeli buku rujukan kepada adiknya.Si isteri pun meminta pendapat suaminya.Setelah mendapat pendapat suaminya,dia pun menolak permintaan Z.

Keesokan harinya,S menjemput si isteri ke rumahnya dan membawa Y sekali.Dia ingin menyelesaikan salah faham antara mereka berdua.Pada petang itu,sampailah si isteri bersama Y di rumah S.Mereka berbincang dan memutuskan Z yang bersalah dalam hal ini.Jadi,si isteri pun menceritakan hal yang berlaku pada hari semalamnya.S jugak menceritakan bahawa dia pun mendapat SMS dari Z untuk meminjam wang.Tetapi hanya RM200 dengan alasan yang berlainan ; iaitu ingin membeli barangan dapur.Si isteri pula memberitahu akan apa yang Z cerita padanya tentang ikan yang suaminya beli pada hari semalam,ketika menunggu di sekolah.Akan tetapi Z memceritakan hal yang berlainan tentang jenis ikan yang dibeli oleh suaminya kepada S.Dengan cerita-cerita yang dikumpul,dapat mereka simpulkan bahawa Z merupakan orang yang suka menipu.



Pada saat itu juga,S mengatakan bahawa dia ada rahsia yang sangat besar yang berkenaan dengan si isteri.Jadi,tunggu apa lagi?Si isteri mula tak senang duduk apabila rahsia tersbut berkait rapat dengannya.S pun mula bercerita."Z dok cerita yang laki kak tu dok ngorat dia.Malam-malam dok mesej,ajak keluaq la.Malam tu ada laki kak ajak dia minum kat kedai nuh.Z kata jugak yang laki kak dok boh topup kat dia".

Y pun ceritakan tentang Z kepada S."Z pun kata yang laki S kahwin 2.Sebab muka anak S yang sulung tu tak sama".Panas jugak S apabila dengar cerita dari Y.Lagi-lagi la si isteri,dah macam nak meletup pun.Tapi ditahan lagi.Cepat-cepat dia mintak izin untuk balik ke rumah.Maklumlah,orang tengah panas ni.S pun memohon supaya tidak menceritakan kepada Z.Apabila sampai saja ke rumah,mata si isteri mula berair.Di mintanya bersabar oleh Y.Setelah Y pulang ke rumahnya,si isteri mula bertanya akan cerita Z.Maka,tercetuslah pergaduhan antara mereka.2 hari si isteri menangis.Si suami tidur di masjid pada malam bertengkar itu.Menceritakan halnya kepada orang di masjid.Pergaduhan tersebut kembali reda.Dan si isteri tidak di benarkan bergaul dengan mereka lagi.Z telah dipulaukan oleh kaum-kaum ibu di situ.Mereka semua sudah tahu akan sikapnya yang suka melaga-lagakan orang lain,sikap yang suka membuat cerita palsu.

Pengajaran dari cerita di atas : Janganlah kita terlalu percayakan orang yang baru saja kita kenali.


Komen penulis : Tak tau lah cerita ni kena dengan tajuk atau pun tak.HEHEHE. ;p Hentam saja laa~

8 kelopak bunga.:

nadiaNADIOT said...

ouh , bile bce entry ni kan , teringat sorang kawan kat skola dlu . perangai die sebijik la macam si Z tu . ske melagakan orang .

Leelee said...

tak leh wat kwn org camtu,kan?
:D

REMEDY said...

kawan makan kawan ni bolehlah kiter anggap macam kawan2 x mau lawan..boleh ker?

Leelee said...

kawan xmau lawan?
camna tuu?

Aidi-Safuan said...

wow! panjang story nih. girls je kot yang paham. kami kaum lelaki semua baik2. :)

Leelee said...

aiii2~
ntah2 laki lg terukk paa.
haha.

candy said...

macam tak paham kot :( ahahaha!

Leelee said...

tak paham sudah.
haha.